Thursday, July 13, 2017

Hah tu dia orang Kota Bharu.......berpedang hanya kerana sisha?

Berang sisha dirampas, 3 lelaki serang penguat kuasa dengan pedang samurai 
Muhafandi MuhamadAstro Awani |  Julai 13, 2017 13:46 MYT
Berang sisha dirampas, 3 lelaki serang penguat kuasa dengan pedang samurai
Tiga lelaki menyerang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan pedang samurai dan parang, malam tadi. -Gambar hiasan
KOTA BHARU: Tiga lelaki menyerang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan pedang samurai dan parang, malam tadi.

Tindakan mereka dipercayai kerana berang selepas anggota penguat kuasa menyita peralatan menghisap shisha mereka.

Suspek turut merosakkan dua kenderaan MPKB-BRI yang digunakan dalam operasi membanteras penjualan shisha.

Kemarahan mereka berlanjutan ke kediaman Ketua Unit Operasi MPKB-BRI Mohd Halimi Md Salleh yang terletak di berek 12.

Suspek mengugut supaya perniagaan mereka yang menyalahi Seksyen 102 (2) Akta 171 Kerajaan Tempatan dan Undang-Undang Kecil Perniagaan tidak diganggu.

No comments:

Post a Comment