Monday, July 17, 2017

Parah benar dah PAS ni: Dakwaan Murtad oleh Ketua Penerangan PAS Tanah Merah terhadap Amanah (PAN) bagi mereka

Video sumber You Tube
Lagi budaya takfiri.Mereka Pendakwa,Hakim dan Mahkamah .

TUDUHAN MURTAD OLEH KETUA PENERANGAN PAS TANAH MERAH DAN IMPLIKASINYA DI SUDUT ENAKMEN SYARIAH KELANTAN

Ucapan yang dibuat oleh Mohd Najmi Zakaria, Ketua Penerangan Pas Kawasan Tanah Merah dalam ceramahnya yang sedang diviralkan sekarang mempunyai beberapa implikasi undang undang:

1. Seksyen 9 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 memperuntukkan mana mana orang awam yang ada maklumat tentang perlakuan tersebut hendaklah memberi maklumat tersebut kepada Pegawai Penguatkuasa Agama dengan serta merta.

2. Seksyen 54 dan 55 Enakmen yang sama memperuntukkan  Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah menyiasat maklumat tersebut dan mengemukakan laporannya kepada Jabatan Pendakwa Syarie untuk kes pendakwaan.

3. Jika Ketua Pendakwa Syarie mendapati maklumat tersebut ada bukti yang kukuh bahawa PAN adalah murtad dan wajib dibunuh seperti yang didakwa oleh Ketua Penerangan Pas Tanah Merah itu, maka orang PAN boleh didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 kerana melakukan perbuatan yang bercanggah dengan hukum syarak, manakala pemimpin PAN pula boleh didakwa di bawah Seksyen 124 Enakmen yang sama kerana telah menyebabkan seorang keluar Islam.

Samada PAN itu merujuk kepada seseorang atau kepada mana mana objek lain, terserahkan kpd Ketua Pendakwa Syarie dan Hakim Syarie yang memutuskan. Yang pasti PAN telah dituduh murtad dan boleh dibunuh.

4. Jika siasatan mendapati kata kata tersebut benar benar dituturkan oleh Ketua Penerangan Pas Tanah Merah, tetapi tidak ada bukti PAN sebagai murtad atau seolah olah telah murtad, maka beliau boleh didakwa di bawah Seksyen 24, Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 kerana telah menuduh orang Islam yang lain sebagai kafir.

Terserahlah kepada mana mana orang awam yang ada maklumat berhubung perlakuan tersebut untuk membuat laporan di bawah Seksyen 9, Enakmen Acara Jenayah Syariah 2002 samada memberi maklumat bahawa PAN adalah murtad sebagaimana dakwaan Mohd Najmi, atau memberi maklumat bahawa Mohd Najmi telah melakukan perlakuan yang boleh disifatkan sebagai "Takfir".

USTAZ CHE IBRAHIM MOHAMED
Naib Pengerusi AMANAH
Kelantan

- sumber

1 comment: