Ku Nan label Dr Mahathir, Zaid ‘orang kecewa’ tak perlu dilayan
Tengku Adnan yang juga setiausaha agung Barisan Nasional be rkata, waktu mereka sudah pun berakhir dan tidak wajar menjadi ejen pemecah-belah keharmonian negara.
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menyifatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Zaid Ibrahim sebagai “orang kecewa” yang perlu berhenti daripada memecahbelahkan perpaduan negara.
Beliau yang juga setiausaha agung Barisan Nasional berkata, waktu Dr Mahathir, yang kini mengetuai PPBM, manakala Zaid yang berada dalam DAP sudah pun berakhir dan tidak wajar menjadi ejen pemecah-belah keharmonian negara.
“Waktu anda sudah berakhir, lupakanlah. Jangan nak jadi ejen pemecah-belah yang mencetuskan suasana tidak harmoni kepada negara.
“Kepelbagaian dan perpaduan adalah kunci untuk Malaysia berkembang dan inilah yang kerajaan sedang lakukan. Mereka perlu berhenti dan cermin diri sendiri,” kata beliau.
Menteri wilayah persekutuan berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran dan Sesi Pengundian Rumah Wilayah Persekutuan (Rumawip) di sini hari ini.
Tengku Adnan seterusnya mendakwa Zaid yang pernah menganggotai Kabinet ketika era kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, memandangkan beliau kecewa “maka bila bercakap akan jadi bermasalah.”
“Dia jadi menteri pun sekejap sahaja, tak boleh buat kerja.
“Sekarang tidak tahu apa yang dia nak seperti Si Luncai dengan labunya. Saya percaya kita tak boleh pakai kata-kata orang kecewa,” katanya.
Sebelum ini, beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu melayan ajakan debat dengan Dr Mahathir dalam program “Nothing to hide 2.0” dan mengaggapnya sebagai tidak perlu.
Susulan itu, Zaid, bekas menteri undang-undang, menyifatkannya sebagai “tukang angguk” Najib, dan berkata debat itu perlu dilakukan kerana Dr Mahathir banyak menyumbang kepada negara.
“Tun Mahathir beri peluang kepada orang Melayu merasai apa makna kejayaan. Najib beri kami rasa apa makna kehidupan di negara seperti negara Taliban – miskin, tidak berpendidikan dan ganas sekali gus,” kata Zaid seperti dipetik FMT semalam.
Zaid kata Ku Nan cuma ‘tukang angguk’
Zaid Ibrahim berkata setiausaha agung Umno cuba menangkis cabaran Dr Mahathir kepada Najib untuk berdebat di forum 'Nothing to Hide 2.0'.
PETALING JAYA: Ahli DAP Datuk Zaid Ibrahim menggelar Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor “tukang angguk” yang cuba menangkis cabaran Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat di forum “Nothing to Hide 2.0”.
“Ku Nan cuma ‘tukang angguk’, dia akan mengangguk apa sahaja kata-kata bosnya,” kata bekas menteri undang-undang itu kepada FMT, dan menambah Najib tidak akan berani menyahut cabaran bekas perdana menteri itu.
Forum yang dirancang Pemuda PPBM Shah Alam pada 13 Ogos ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada Dr Mahathir dan Najib menjawab segala tuduhan dan fitnah yang dilempar terhadap mereka.
Beliau berkata Dr Mahathir “tidak betul” kerana mencabar Najib berdebat, seperti yang didakwa Tengku Adnan, kerana Dr Mahathir sudah banyak menyumbang kepada negara.
“Tun Mahathir beri peluang kepada orang Melayu merasai apa makna kejayaan. Najib beri kami rasa apa makna kehidupan di negara seperti negara Taliban – miskin, tidak berpendidikan dan ganas sekaligus,” katanya.
Sebelum ini, Tengku Adnan menuduh Dr Mahathir “tidak betul” kerana mencabar Najib berdebat dan beliau tidak tahu apa yang ingin dicapai oleh pengerusi Pakatan Harapan itu dalam perdebatan tersebut.
“Cukup-cukuplah. Mengapa terus mengganggu perdana menteri? Kerajaan sekarang sedang ditadbir oleh Najib dengan caranya sendiri.
“Negara ini tidak ada masalah, negara ini makin maju,” kata menteri wilayah persekutuan itu sambil menambah Dr Mahathir mungkin kecewa kerana anaknya Datuk Seri Mukhriz tidak dipilih sebagai naib presiden Umno pada pemilihan parti lalu.
Zaid bagaimanapun tidak setuju dengan dakwaan Tengku Adnan bahawa negara ini tidak ada masalah sambil menyifatkan komen itu sebagai “tidak bertanggungjawab”.
Bekas menteri itu berkata Dr Mahathir marah kerana pertumbuhan negara tidak berubah, bukan kerana Mukhriz tidak dipilih sebagai naib presiden Umno.
“Malaysia yang dia bina sekarang negara miskin yang dikendalikan pencuri,” kata Zaid.
No comments:
Post a Comment