Wednesday, November 30, 2016

Aih.......mengamuk sakan Khairuddin ni!

*PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO ADALAH PENGKHIANAT BANGSA, AGAMA DAN NEGARA*

Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung kini bakal memaparkan serta mempamerkan pemimpin-pemimpin UMNO yang mengkhianati bangsa, agama dan tanahair._

*Saya nak bagi tahu kaki bodek minda lemah otak udang Salleh Tun Said bahawa beliau adalah pengkhianat dan musuh negara nombor satu!!* Bukannya YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad!!

Pemimpin-pemimpin UMNO yang tiada aqidah agama kerana mereka sanggup bersubahat dengan pelbagai salahlaku Najib Tun Razak di dalam menyelewengkan dana syarikat 1mdb berjumlah puluhan bilion ringgit.

Rasuah dilarang keras oleh agama islam.

Inilah kualiti pemimpin-pemimpin UMNO!! Demi untuk mempertahankan kedudukan poket, pangkat serta perut; mereka sanggup bersubahat dengan tokoh pemimpin pencuri yang telah menyelewengkan kekayaan negara dan wang rakyat.

Saya nak bagi tahu Pemangku Timbalan Presiden UMNO bahawa beliau adalah orang pertama yang bakal disoal oleh malaikat munkar dan nankir bila masuk ke liang lahat kelak!! *Dato Seri Zahid Hamidi faham hukum-hakam agama tetapi beliau tidak mempraktikkan ajaran agama islam secara tulen berteraskan al-quran serta as-sunnah.*

Beliau jangan cakap pasal hukum-hakam agama!! Zahid Hamidi tidak layak untuk cakap pasal hukum agama kerana dia sendiri tidak mengikuti ajaran agama islam secara tulen.

Mereka semua nak pilih jalan ke neraka itu hak pemimpin-pemimpin UMNO tapi tolong jangan heret kami bersama ke jalan neraka jahanam!!

*Dalam apa jua keadaan saya akan tetap lawan kemungkaran sehingga kebenaran timbul!! Rakyat harus dibela dan negara Malaysia wajib diselamatkan!!*

Ikhlas dari:

KHAIRUDDIN ABU HASSAN
30 November 2016

Video: Kerajaan Kelantan menggunakan pelbagai jentera kerajaan untuk membuka sekatan org asli untuk balak dikeluarkan

[11/30, 08:51] ‪‬: *Ratusan Polis + Pga + Forest masuk meredah sekatan Orang Asli di Kg Petei, Gua Musang.*

TMB - Dato Mohd Amar kata masa perjumpaan dengan Mustafa Along bersama rombongan Sahabat Alam Malaysia, Sdr Meor Razak di SUK pada 1 November 2016 haritu. Tapi

Sampai hati Kerajaan Kelantan menggunakan pelbagai jentera kerajaan untuk membuka sekatan org asli bagi membolehkan balak di keluarkan.

Orang Asli siap menyayikan lagu NEGARAKU bagi menghentikan ratusan manusia dari merempuh sekatan mereka.

Viralkan

[11/30, 09:45] ‪‬: Orang Asli DIGARI macam mereka melakukan kesalahan berat seperti bunuh, dadah, rompakan bersenjata dll. Padahal mereka hanya senyap dan tidak melawan waktu mempertahankan *HUTAN KELANTAN* daripada diratah Pembalak.

Tidak berperikemasusiaan! Sedangkan tangkapan ini dibuat oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan shja, bukannya polis.

Polis hanya membantu.

Tidak berhati perut Kerajaan Kelantan, apabila mereka orang asli minta berunding, mereka hantar Polis, Pga dan Ranger Jbtn Hutan untuk Robohkan sekatan mereka dan TANGKAP mereka.

Kejam! Viralkan, kita tegur kerajaan yang membela pembalak lebih daripada rakyatnya sendiri

[11/30, 10:14] ‪‬: Demi Tanah dan Hutan!

Orang Asli Berarak Dari IPD Gua Musang ke Mahkamah Gua Musang - Wow!

https://www.facebook.com/syam.ghaz.18/videos/1842665509353527/

[11/30, 10:14] ‪‬: Penuh cerita isu orang Asli Kena tangkap dikelantan dalam fb dan group whatsapp.Media kelantan pula dah jadi lidah seperti UMNO. Diorang cakap yang kena tangkap itu bukanlah org Asli Kelantan sebaliknya dari luar.

Nampak sangat kejahatan media dikelantan menipu fakta sebenar. Yang kena tangkap itu adalah sememangnya pengundi2 orang Asli Negeri Kelantan .

Kerajaan PAS Kelantan dah jadi seperti kerajaan UMNO yang sanggup menipu fakta rakyatnya demi kuasa.

Apabila berkerjasama dengan pemimpin yang zalim maka mereka juga turut menjadi zalim.

Terima kasih NGO Sahabat Alam Malaysia( SAM ) yang mempunyai rangkaian hingga keluar Negara berkenaan Alam Sekitar kerana mendedahkan perkara yang sebenar.

LRL

*SENARAI PENUH 47 Orang Asli Gua Musang di Tahan.*

• 41 - lahir di Kelantan

• 5 - lahir di Perak

• 1 - lahir di Selangor

~ _Temubual saya sendiri dengan seorang wanita Asli Gua Musang, suaminya orang Perak (kod 08) dan menetap di Gua Musang, Kelantan._

Jika ikut kenyataan di Harakahdaily, menyebut *HAMPIR SEMUA yang ditahan bukan penduduk tempatan dan berasal dari Perak dan PAHANG.*

Sebenarnya dari senarai ahli, TIADA LANGSUNG dari PAHANG dan Hampir Semua dari negeri Kelantan.

Tolong sebarkan pada semua. Nafikan tuduhan dan Fitnah mereka. Tq

Syam Ghaz

Ipd Gua Musang

Bohong dan kantoi: Tak malukah Ulamak?

Wednesday, November 30, 2016
Harakah Kantoi! Majoriti Yang Ditahan Rakyat Kelantan Bukan Penduduk Luar..
Pinjam ayat Mat Saman Kati.. Semalam, Harakah pun menyiarkan berita kononya hampir kesemua OA yang ditangkap adalah orang luar, terutamanya dari Pahang dan Perak.

"Harakah ni akhbar parti ulamak, dan sepatutnya bercakap benar itu adalah sifat-sifat ulamak"

"Tapi bila tengok senarai yang ditangkap, aku cuma boleh cakap...ulama ale uto."

Bukan aku kata tapi Mat Saman Kati yang kata.. mana-mana penyokong PAS yang rasa pedih bolehlah memaki hamun dia kat Facebook dia di SINI

Malah ada yang mengatakan semenjak ketegangan antara PAS dan UMNO semakin kendur.. cara lidah rasmi parti tersebut membuat laporan sudah hampir sama dengan cara lidah rasmi UMNO melaporkan..

Apa yang Lidah Rasmi PAS itu telah laporkan hingga menjadi serangan netizen?..
GUA MUSANG: Seramai 47 Orang Asal direman ekoran membina sekatan laluan lori balak di Pos Bihai dan Pos Tohoi, di mana ia bertentangan dengan Akta Perhutanan Negara 1984. 
Hampir kesemua Orang Asal yang ditahan dalam operasi tersebut bukan penduduk tempatan, sebaliknya berasal dari Pahang dan Perak.

Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan (Operasi), Radhi Chu Abdullah berkata, mereka yang terlibat dibawa ke Mahkamah Seksyen Gua Musang. 
"Mereka diambil tindakan di bawah kesalahan Seksyen 32 dan Seksyen 47 serta Seksyen 81 Akta Perhutanan Negara 1984," katanya selepas operasi meroboh sekatan tersebut hari ini.
Laporan penuh bacalah di SINI

Kenapa lidah rasmi PAS itu dianggap hampir sama dengan cara lidah rasmi UMNO melaporkan berita?

Lapor Harakah..

Hampir kesemua Orang Asal yang ditahan dalam operasi tersebut bukan penduduk tempatan, sebaliknya berasal dari Pahang dan Perak.
Hakikatnya.. majoriti yang ditangkap itu adalah rakyat negeri Kelantan..

 

 
Majoriti memiliki MyKad dengan kod 03 iaitu kod bagi negeri Kelantan... kenapa nak ikut cara lidah rasmi UMNO ni? - sumber

Inilah tindakan terpuji dengan restu sebuah kerajaan yang mengaku Islam

Belum habis Orang Asli nyanyi lagu Negaraku, Perhutanan Kelantan mara roboh sekatan
30 November 2016 | ARIF ATAN
Beberapa wanita Orang Asli melihat barangan yang mungkin boleh diselamatkan selepas bangsal di sekatan yang dibina dirobohkan Jabatan Perhutanan semalam

Dilihat banyak pihak sebagai tidak berperikemanusiaan, kerajaan negeri Kelantan tetap berdegil meredah sekatan jalan (blockade) Orang Asli di Gua Musang semalam walaupun mereka sedang menyanyikan lagu Negaraku.

Satu rakaman video yang mulai tersebar pagi ini memaparkan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan menggunakan pembesar bersuara meminta Orang Asli yang berkumpul di sekatan Simpang Petei itu supaya berundur dan mengosongkan lokasi tersebut.

Turut dimaklumkan dalam video yang menyaksikan kedatangan ramai anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) adalah untuk merobohkan binaan di sekatan itu dengan alasan menyalahi Enakmen Perhutanan Negara.

“Tuan-tuan diminta berundur dan mengosongkan kawasan ini,” dipetik daripada rakaman video berdurasi dua minit itu sebelum lebih 200 anggota pihak berkuasa terbabit mara sebaik palang buluh yang merentangi laluan balak itu diangkat.

Sumber aktivis di tempat kejadian memberitahu Malaysia Dateline, operasi berkenaan telah memusnahkan tidak kurang 20 bangsal dan binaan Orang Asli yang berfungsi sebagai tempat mereka berkumpul bagi menghalang lori balak keluar dari kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, Perias dan Stong Selatan dengan menggunakan gergaji berantai.

Sementara itu, seramai 47 Orang Asli ditahan dalam operasi merobohkan 35 bangsal semalam.

Turut dirampas dua bilah parang dan sumpit selain menyita beberapa unit motosikal milik Orang Asli.

Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Mohd Radhi Chu Abdullah dilaporkan berkata, mereka ditahan mengikut Seksyen 32, Seksyen 47 dan Seksyen 81 Enakmen Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) kerana menduduki dan memasuki kawasan hutan simpan tanpa kebenaran.
Ratusan Orang Asli berkampung di sekatan jalan Hutan Simpan Balah sejak dua bulan lalu tetapi digempur pihak kerajaan negeri semalam

Konflik Orang Asli dengan kerajaan negeri yang dilihat berpihak pada kepentingan syarikat pembalak berlaku apabila masyarakat tempatan mendapati aktiviti pembalakan di kawasan didiami mereka semakin mengancam sumber air dan makanan.

Malangnya, saranan Orang Asli terbabit supaya kerajaan negeri menghentikan aktiviti pembalakan terbabit tidak dilayan bahkan pada 28 September lalu, terdapat Orang Asli nyaris terputus kaki dalam usaha menghalang pihak syarikat pembalak daripada memasuki wilayah tanah adat mereka.

Turut mengejutkan pada hari kejadian apabila dua das tembakan dilepaskan oleh salah seorang daripada kira-kira 30 individu terbabit dipercayai bagi menakutkan dan menggertak Orang Asli yang membuat sekatan di Simpang Petei, Pos Tohoi itu.

Masyarakat Orang Asli mengambil keputusan membina sekatan terbabit selepas notis tuntutan kepada syarikat pembalak serta aduan kepada Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC), Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tidak berhasil.

Rayuan sama turut diajukan kepada kerajaan negeri Kelantan dan Pejabat Perdana Menteri serta memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) tetapi masih gagal menghalang aktiviti pembalakan di tanah adat yang didiami keturunan mereka sejak bergenerasi lalu.

Untuk rekod, sebanyak 100,000 hektar hutan di Gua Musang iaitu dua kali ganda keluasan negeri Perlis musnah akibat aktiviti pembalakan sejak 20 tahun lalu.
Perhutanan Kelantan menuduh Orang Asli menceroboh walaupun mereka sudah bergenerasi mendiami kawasan hutan di hulu negeri itu

Untuk apa kita pedulikan, biarkan pengundi menilai dan walaun yang puji puja!

Hadi dan Najib akan sepentas lagi 4 Disember ini
30 November 2016 | BORHAN AHMAD
Najib dan Hadi akan duduk sepentas lagi 4 Disember ini.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi akan duduk sepentas, kali ini dalam Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya yang diadakan serentak dengan Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU-16).

Majlis anjuran badan-badan Islam bukan kerajaan di Malaysia itu akan berlangsung di Stadium Titiwangsa 4 Disember ini mulai jam 8 pagi.
Najib dan Hadi sedondon 27 Disember lalu.

Peristiwa ini bakal mengulangi peristiwa 27 Disember 2015 lalu, apabila Najib dan Hadi berpakaian sedondong dalam Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015.

Bagi penyokong mereka, pasangan yang berpakaian baju Melayu merah jambu dan duduk bersebelahan antara satu sama lain di Grand Seasons Hotel memberi harapan kepada kerjasama di antara kedua-dua parti Melayu terbesar di negara ini.

Hadi dijemput untuk menyampaikan ucaptama manakala Najib pula untuk merasmikan majlis itu, yang memberi tumpuan kepada perpaduan umat Islam di seluruh wilayah tanpa mengira ideologi.

Ini selepas Najib, minggu lalu, menghulurkan perdamaian kepada PAS semasa Perhimpunan Agung Umno ke-69.

Kebanyakan pegawai majlis itu juga memakai baju merah jambu yang dipilih sebagai warna tema untuk majlis berkenaan.

Sementara itu, Abdul Hadi dilaporkan turut dijemput untuk menyertai Perhimpunan Agung Umno kali ini, namun tidak pasti apakah Hadi akan hadir atau tidak. 

Hadir atau tidak, nada pemimpin Umno sangat bersahabat dengan Pas dalam PAU 2016 ini.
Zahid ketika berucap dalam PAU 16, tak tahalluf siasi tak apa asal tabayyun.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno (yang menjalankan tugas Timbalan Presiden) mengajak sebuah parti politik agar merapatkan hubungan silaturahim bersama mereka.

Ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Umno untuk Pemuda, Wanita dan Puteri Umno malam tadi, Zahid berkata, "Kita sesama kita, buka buku baru, kita rapatkanlah silaturahim, kita hendaklah berlapang dada dan hulurkan tangan sesama kita".

Tanpa menyebut nama parti itu, Zahid berkata, beliau bersyukur kerana parti itu telah mula memahami Umno.

"Ada satu ketika, ada rakan kita yang berada di luar sana, tidak begitu berkenan dengan kita. Tetapi kita bersyukur kerana mereka telah mula memahami keadaan kita," katanya yang dipercayai ditujukan kepada Pas.

SU Jaringan juga ditahan namun mereka berikrar tidak akan berganjak

SU Jaringan antara ditahan di Gua Musang
WARTAWAN SINAR HARIAN - 29 NOVEMBER 2016
Mustafa Along

GUA MUSANG - 'Saya pun kena tangkap sekali," itu antara luahan pertama Setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (Jaringan), Mustafa Along, ketika dihubungi.

Tambah Mustafa yang berada di Pos Bihai, selain dia, 14 yang lain turut ditangkap menjadikan jumlah tangkapan kini seramai 32 orang termasuk tahanan di Simpang Petei.

"Kami berada di sini lebih 100 orang iaitu terdiri daripada penduduk di kawasan sekitar. Namun, hanya 15 orang sahaja yang ditangkap secara rawak.

"Mereka (Perhutanan) juga turut merobohkan sekatan yang kami bina pada 4 November lalu. Tak apa lah, nanti kita buat lain," katanya lagi.

Tambah Mustafa, tangkapan itu dibuat bukan kerana mereka melawan kerja-kerja merobohkan sekatan, namun kerana didakwa menyalahi undang-undang dengan membina sekatan berkenaan

'Kami tak akan berganjak'
WARTAWAN SINAR HARIAN -29 NOVEMBER 2016

GUA MUSANG - Penahanan Orang Asli di sekatan Simpang Petei, di sini, oleh pihak polis dan Jabatan Perhutanan Kelantan, tidak memberi apa-apa kesan buat komuniti di sini.

Setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (Jaringan), Mustafa Along berkata, biarpun jumlah tahanan bertambah dan sekatan di Simpang Petei, dirobohkan, mereka tidak akan berundur.

"Itu bukan cara penyelesaian dan kami tidak akan berganjak dan tak takut ditangkap. Kami tetap akan bertahan di sini dan kita akan buat semula sekatan itu nanti.

"Buat masa ini, rakan-rakan yang ditahan telah terputus hubungan kerana alat komunikasi mereka dirampas. Saya difahamkan, mereka ditempatkan dalam trak di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis," katanya lagi.

Terdahulu, seramai 16 Orang Asli ditahan dalam operasi merobohkan sekatan di Simpang Petei, Pos Tohoi, Gua Musang, setakat jam 2 petang, hari ini.

Tinjauan Sinar Harian di SK Kuala Betis mendapati, pada jam 3.25 petang, trak yang dipercayai membawa tahanan telah dibawa menuju ke Gua Musang.

Bagaimanapun, media dihalang untuk memasuki kawasan berkenaan

Kenyataan Media KUASA: Mengenai penangkapan Orang-Orang Asli Temiar

KENYATAAN SEGERA KUASA MENGENAI PENANGKAPAN RAKAN-RAKAN ORANG ASLI TEMIAR GUA MUSANG

Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA menggesa 41 orang Asli yang ditahan dalam operasi serbuan Blockade Gua Musang hari ini segera dibebaskan.

Insiden ini tidak akan berlaku jika pihak berkuasa negeri sendiri menghormati dan mengikuti garis panduan/manual pembalakan dan pembukaan ladang Hutan Akta Perhutanan Negara 1984 dengan memilih kawasan yang kurang sensitif untuk pembukaan ladang hutan daripada memilih hutan simpan yang kaya spesis dan mempunyai kepentingan sosial yang penting.

Perjuangan masyarakat orang Asli Temiar bukan baru lagi. Mereka telah mula berjuang sejak 5 tahun yang lalu lagi dan telah mernggunakan pelbagai jalan yang ada termasuk berunding, bermesyuarat, berdialog dan berhimpun secara aman di hadapan pejabat SUK Kelantan. Namun segalanya menemui jalan buntu dan tidak dilayan kerajaan negeri.

Kemuncaknya, mereka terpaksa melakukan halangan 'blockade' di Pos/Kampung mereka setelah keadaan sudah mencapai sampai tahap kritikal yang mana ada yang jatuh sakit ekoran meminum daripada bekalan air yang penuh dengan lumpur, koridor pencarian sumber makanan/herba dan kepentingan ekologi yang lain.

KUASA sendiri pernah meninjau kawasan Hutan Simpan Kekal Balah, HSK Gunung Stong Selatan dan HS Perias beberapa bulan yang lalu. Terbukti hasil kajian kami, terdapat pencerobohan rizab sungai, mengeruhkan sungai bekalan minuman, gangguan sensitiviti seperti pembalakan di kawasan kubur, tebangan habis di kawasan berkecerunan lebih daripada 45 darjah, berketinggian lebih 1,000 m daripda paras laut dan melibatkan kawasan hutan asli yang kaya dengan spesis flora dan fauna.

Jelas sekali, pembalakan di sini bukannya pembalakan secara terpilih. Sebaliknya ia adalah pembalakan tebang habis (clear cutting) untuk pembukaan ladang TLC (Timber Latex Clone). Lalu apakah yang tinggal jika semuanya dimusnahkan?

Kini, segala kemusnahan, kemudaratan dan konflik telah berlaku secara terang-terangan dan masyarakat Asli pula ditangkap kerana mempertahankan hak mereka untuk hidup, mendapatkan sumber makanan, minuman dan tempat tinggal (koridor hutan)

KUASA mendesak pihak kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan sebagai agensi pelaksana menghentikan segera aktiviti yang menzalimi alam dan masyarakat orang asli ini serta bertanggungjawab dalam segala kemudaratan dan kemusnahan  yang telah terjadi. KUASA juga menggesa pihak berkuasa membebaskan rakan-rakan orang Asli yang ditahan.

Pihak berkuasa harus ingat bahawa bukan orang Asli yang melanggar undang-undang, sebaliknya pihak kerajaan negeri yang terlebih dahulu melanggar undang-undang peraturan mereka sendiri.

KUASA juga menggesa seluruh rakyat untuk solidariti bersama masyarakat orang Asli Temiar Gua Musang dan Orang Asli di seluruh negara amnya dalam perjuangan mereka mempertahankan khazanah alam. KUASA mengiktiraf peranan orang Asli sebagai penjaga alam yang menjaga sumber-sumber bekalan air kita, sumber oksigen, makanan, biodiversiti dan pengawalan bencana.

KUASA KEPADA RAKYAT

Hafizudin Nasarudin
Presiden
Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA)

Tuesday, November 29, 2016

Puak-puak Tok Lebai pun bohong ke?

Perhutanan Kelantan mahu tangkap individu sekat laluan lori balak
28 November 2016 | ARIF ATAN
Notis mahkamah yang diterima Orang Asli petang tadi

Tangkap. Itu keputusan Mesyuarat Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan hari ini berhubung penglibatan Orang Asli dalam sekatan (blocked) laluan lori balak di tiga lokasi Hutan Simpan Kekal (HSK) di Gua Musang.

Tidak memerlukan waran mahkamah, Jabatan Perhutanan mendakwa pihaknya akan menggunakan Akta Perhutanan Negara 1984 bagi tujuan operasi tersebut.

Menurut laporan Harahkahdaily, rundingan ekoran sekatan di HSK Balah, Perias dan Gunung Stong Selatan berakhir pada 20 November lalu selepas dimulakan 3 Mac.

Mengulas perkembangan terbaharu ini, seorang aktivis dari Kelantan memberitahu rundingan yang didakwa pihak kerajaan negeri kononnya bermula sejak 3 Mac itu adalah satu pembohongan.

Bahkan, kerajaan negeri dikatakan langsung tidak melayan saranan Orang Asli untuk proses rundingan yang sewajarnya dan lebih adil kepada hak masyarakat itu.

Sementara itu, Malaysia Dateline diberitahu kumpulan Orang Asli di sekatan Kelawong Pos Pasik telah menerima satu notis dari Mahkamah Majistret Gua Musang petang tadi supaya hadir untuk memberi kenyataan bertulis pada 19 Disember, pukul 2.30 petang depan.

“Notis tersebut telah diserahkan oleh dua angota polis dari IPD Gua Musang dan telah meminta rakan-rakan (Orang Asli) di blockade supaya menurunkan tanda tangan tetapi mereka enggan,” kata sumber itu.

Esok roboh sekatan? 

Kaum wanita Orang Asli di Gua Musang turut berada di blocked membantah aktiviti membalak yang melampau

Dalam hal berkaitan, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan polis difahamkan akan merobohkan sekatan dibina Orang Asli di Simpang Petei esok.

“Kami baru dapat maklumat yang PGA (Pasukan Gerakan Am) dari Terengganu sudah berada di IPD Gua Musang dengan kekuatan anggota seramai dua lori,” tambahnya lagi.

Sejak semalam, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan meninjau dua sekatan dibina Orang Asli yang dikatakan sebagai laluan utama aktiviti membalak yang menyumbang 53 peratus daripada perolehan hasil kerajaan negeri.

Link kaitan:

Peguam Khalid desak polis siasat samseng Pasir Salak di bawah Sosma

Exco, ahli majlis buat laporan polis terhadap blog fitnah MBSA


Usaha Umno perdaya Pas untuk dapat undi Melayu hancur, dakwa Khalid …

Seronok juga baca tentang silat dan kuntau ni.......

SILAT JAMAL, KUNTAU TAJUDDIN DAN PENCAK HADI
November 2016 sesuai benar dikenang-kenang sebagai bulan silat.

Secara khusus ia bermula pada 5 November apabila kumpulan Baju Merah berkumpul dan berarak – sejauh kira-kira 30 meter – ke bangunan berhampiran pejabat Malaysiakini.

Tidaklah kumpulan Baju Merah itu bersilat sambil berarak ke pejabat portal ini. Mereka berpencak silat di tepi jalan berhampiran pondok pengawal.

Nasib tidak baik juga mereka – yang dikatakan Jamal seramai 10,000 orang – tidak terfikir bersilat sambil berarak ke pejabat Malaysiakini.

Jika tidak, tentu ia menjadi detik yang sangat menarik dan unik untuk dirakam apabila Baju Merak mempelopori seni protes menyerupai perarakan pengantin.

Untuk tujuan gambar dan publisiti memang menariklah jika anak buah Datuk Seri Jamal Md Yunos itu bergerak serentak dan seirama – sambil menutup muka – ketika melakukan tunjuk perasaan.

Barangkali itu namanya tunjuk perasaan berbudaya Melayu asli.

Kemudian Baju Merah mempamerkan kehebatan mereka lagi beberapa hari menjelang BERSIH5.

Jika berhampiran pejabat Malaysiakini mereka memecahkan batu konkrit dengan kepala dan mematahkan batang kayu dengan memukul badan sendiri, ketangkasan dan kehebatan itu naik setingkat lagi.

Silat dalam kompleks beli-belah

Kali ini mereka menggunakan kayu berbara dan pedang. Malah Jamal sendiri menunjukkan kehebatan dan kekebalan sesuai dengan tubuh sasanya.

Ketua Umno Sungai Besar itu membuktikan belakang tubuhnya adalah sekeras besi apabila kayu yang dihempukkan ke situ akhirnya patah.

Nasib baik juga kaki orang berbaju hitam dan bertopeng itu tidak patah selepas menendang belakang Jamal.

Kemudian Sabtu berikutnya – 12 November – geng Baju Merah bersilat lagi. Kali ini berhampiran Dataran Maybank di Jalan Bangsar.

Namun daripada peristiwa yang berlaku membabitkan Jamal dan Baju Merahnya, ‘silat’ paling klasik berlaku sehari kemudian.
Bertempat di Ampang Jamal berpencak dan penyokongnya berpencak di dalam kompleks beli-belah Ampang Point. Rakaman video menunjukkan Jamal seperti mendakwa dia ditumbuk anggota polis tetapi kemudian menafikannya.

Darah Jamal ‘tumpah’ dan dia mendakwa menjadi mangsa pengikut Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin.

Sehari sebelum BERSIH5, polis pula memulakan langkah ‘silat’ mereka dengan menahan Jamal dan orang kanannya. Maka tinggallah anak buah Jamal – Datuk Armand Azha Abu Hanifah – untuk membuktikan silatnya juga tidak kalah hebatnya untuk mengepalai anak-anak muda berarak ke Padang Merbok.

Cuma selepas itu silat Armand Azha ‘tawar’ apabila dia juga ditahan polis dan direman selepas perhimpunan BERSIH5 berakhir pada 19 November.

Selang sehari kemudian Anggota Parlimen Pasir Salak pula berpencak di dalam Dewan Rakyat. Sebagai wakil rakyat bagi kawasan yang pernah menyaksikan J W W Birch ditikam, tentulah semangat pahlawan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mudah benar dapat disaksikan.

Di Dewan Rakyat Tajuddin seolah-olah menikam hati dan perasaan ramai wanita – terutama Teresa Kok.

Herdikan ‘pejuang’ Pasir Salak

Namun jangan sangka Tajuddin menjadi musuh majoriti wanita. Menurut timbalan menteri pertanian dan industri asas tani itu, masih ramai wanita menyayangi beliau, termasuk “yang tua dan muda” di Pasir Salak iaitu kawasan yang diwakilinya.

Kok mungkin memiliki kemahiran kuntau tersendiri namun ia tidak menghalang Khalid Samad (AMANAH-Shah Alam) untuk bangkit sebagai ‘pembela’.

Maka bersilat pulalah Khalid dengan Tajuddin. Silat dengan lidah itu kemudian berjangkit ke pencak menggunakan surat peguam.

Cuma yang kurang sedap ialah, tempias pertarungan seni bela diri itu terkena pula pada wartawan.

Pada 24 November persembahan seni silat itu bebar-benar berlaku di pekarangan parlimen. Di lokasi yang sepatutnya selamat dan dikawal rapi ‘pejuang’ Pasir Salak tiba dan mengherdik Khalid.

Salah seorang daripada mereka yang hadir ialah anak Tajuddin sendiri. Di mana Tajuddin semasa kekecohan itu berlaku? Tidak dapat dipastikan, tetapi adakah ia aneh?

Pada November 1874 Birch dilantik sebagai residen British pertama di Perak dan tugasnya adalah mengutip cukai serta mentadbir negeri itu.

Yang terancam dan tergugat ialah golongan bangsawan seperti Datuk Maharajalela, Ngah Ibrahim, Datuk Sagor. Maka tugas menghabiskan Birch diserahkan kepada Siputum dan Pandak Indut.

Pengikut yang taat itulah bertanggungjawab merejam lembing ke tubuh Birch.

Namun cerita silat pada November 2016 tidak berakhir di situ saja. Pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat, satu lagi silat dipersembahkan.

Lebih menarik silat pada 24 November itu dihidangkan dengan jurus Islamik. Maklumlah, langkah itu dibuka dalam gelanggang yang dibacakan manteranya oleh PAS.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai naib ketua Kesatuan Ulama Sedunia mendapat kebenaran kerajaan membentangkan usul pindaan kepada Akta 355 berkaitan bidang kuasa mahkamah syariah.

Namun usul pindaan itu sendiri mengalami pindaan selepas mendapat pandangan daripada pelbagai pihak termasuk wakil BN beragama Islam yang bertemu – atas jemputan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kali kedua usul itu dilafazkan untuk pembentangan di Dewan Rakyat Abdul Hadi kemudian memohon huraian mengenainya dibuat pada sesi sidang akan datang.

“Walaupun rang undang-undang ini khas untuk (umat) Islam sahaja, masih ada pertikaian dan perbahasan di luar.

“Oleh itu saya pohon untuk buat huraian pada sesi akan datang,” katanya.

Demi kemaslahatan ummah

Ia pun sejenis ‘silat’ juga. Ia pencak yang menduga. Sesuai benarlah dengan imej PAS seperti dipamerkan mereka pada muktamar lalu – bertengkolok, bersampin dan berkeris bagai.

Panjang keris memotong pulut kuning di Kota Bharu itu bagaikan simbol kepada panjangnya strategi dan akal PAS membawa idea untuk memperkasa mahkamah syariah mengikut tafsiran mereka.

Dan benar juga kata-kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah seperti dilaporkan media rasmi parti itu, Harakahdaily, pada 24 November.

Kata Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan, PAS “bersedia pada bila-bila masa” untuk membentang pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 bagi bacaan kali kedua “sekiranya diberi laluan”.

Kata kunci kepada kenyataan itu ialah “pada bila-bila masa”. Justeru tindakan Abdul Hadi menunda pembentangan dan huraiannya pada masa lain masih tetap terletak di bawah skop “pada bila-bila masa”.

Langkah itu dilihat pihak yang tidak senang dengan gerak PAS sebagai pencak menghadapi pilihan raya umum. Kata Datuk Husam Musa, berpendapat langkah ‘silat’ Abdul Hadi itu petanda parlimen akan dibubarkan pada suku pertama 2017.

Namun Zahid segera mengingatkan orang ramai supaya tidak terburu-buru membuat andaian terhadap usul Abdul Hadi itu.

Menurut timbalan perdana menteri sebarang langkah ke arah penerimaan usul Abdul Hadi memerlukan beberapa langkah lain dan sama sekali tidak dapat dilaksanakan pada persidangan lalu.

Ahmad Zahid berkata jika usul itu diterima sekalipun, langkah seterusnya ialah bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan perbincangan dengan semua parti, bukan saja komponen BN.

Bagaimanapun untuk keselamatan dan kemaslahatan ummah lebih baik kita jangan terlalu memperkatakan usul berkenaan. Bimbang juga kita kalau-kalau menjadi Ahok.


Al-Abror Mohd Yusuf adalah anggota sidang redaksi Malaysiakini.

Bukan dalam bidang kuasa kita: Sama-sama tengok jerlah nanti

Khalid banding hukuman penyerangnya dan pasangan kasari penguat kuasa MBSA

  | November 28, 2016
Khalid yakin penyerangnya berniat melancarkan serangan di dalam kawasan Parlimen, manakala suami isteri yang menghalang penguat kuasa wanita MBSA itu tidak berniat berbuat demikian dan ia berlaku tanpa perancangan.
RAWANG: Khalid Abdul Samad akan membandingkan hukuman yang bakal dijatuhkan ke atas penyerangnya di Parlimen dan pasangan suami isteri yang mengasari penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), minggu lalu.
“Saya mahu lihat, setakat manakah hukuman yang akan dijatuhkan ke atas penyerang saya ini berbanding hukuman yang dijatuhkan ke atas 2 individu didakwa menghalang penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) baru-baru ini,” katanya dalam ceramah di Bandar Tasik Puteri, Rawang, malam tadi.
Ini kerana, ahli Parlimen Shah Alam itu yakin penyerangnya berniat melancarkan serangan di dalam kawasan Parlimen, manakala pasangan suami isteri yang menghalang penguat kuasa wanita MBSA di Sungai Buloh itu tidak berniat berbuat demikian dan kejadian itu berlaku tanpa sebarang perancangan.
Bagaimanapun, kedua-duanya dijatuhkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM3,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam, Jumaat lalu.
“Saya nak lihat hukumannya nanti. Kalau lebih ringan daripada yang dikenakan ke atas 2 orang itu atau setakat denda sahaja, tahulah kita,” katanya dalam majlis anjuran PKR Selayang itu.
Seramai 8 lelaki dan 3 wanita berusia 28 hingga 54 tahun, termasuk anak Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman ditahan polis Jumaat lalu dan dibebaskan malam kelmarin, bagi membantu siasatan berhubung serangan ke atas Khalid pada Khamis lalu.
Sekumpulan individu dilaporkan mengacau Khalid dan menjerit “Hidup Pasir Salak! Hidup Pasir Salak!” ketika beliau memasuki bangunan Parlimen, Khamis lalu, kerana berang dengan tindakannya menggelar Tajuddin sebagai “menteri sial” selepas merujuk Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai “satu-satunya wanita dengan Kok” di Parlimen pada Isnin minggu lalu.
Kelmarin, Khalid dilaporkan berkata, beliau tidak percaya Umno sebodoh itu untuk mengarahkan ahli-ahlinya menyerang beliau di luar bangunan Parlimen, minggu lalu.
Dalam pada itu, pengarah komunikasi Amanah itu turut mendakwa kerajaan mengamalkan budaya samseng dengan menahan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma.
Katanya, Sosma digubal untuk mengawal pengganas, tetapi Maria hanyalah ibu tunggal berusia 60 tahun beranak 3 yang memperjuangkan pilihan raya adil dan bersih dengan mengajak orang ramai berhimpun secara aman.
“Inilah undang-undang Sosma yang kami bahas sampai jam 4 pagi (di Parlimen) kerana ia undang-undang yang zalim.
“Kalau pilihan raya bersih, semua orang akan puas hati yang dengan sendirinya mengekang keganasan. Kalau pilihan raya tak bersih, pihak yang teraniaya akan tidak berpuas hati dan boleh melahirkan bibit keganasan.
“Jadi, apa yang Maria buat ini nak elakkan keganasan dan sangat tidak wajar dikenakan tindakan di bawah Sosma,” kata Khalid.

Khalid Samad gembira dengan kenyataan setiausaha agung Umno yang parti itu tiada mempunyai sebarang kaitan dengan serangan terhadapnya pada Khamis lalu.

Tahanan SOSMA: Pengalaman 10 malam Maria

10 malam Sosma Maria
Alyaa Alhadjri     28 Nov. 2016, 8:53 malam
 
 
Selepas melalui malam-malam yang menjerihkan, ia bukan alasan untuk Maria Chin Abdullah mengambil masa panjang berehat di rumah.

Sejurus selepas dibebaskan daripada tahanan polis petang tadi, dia pulang untuk disambut tiga anaknya - Azumin, Aziman Azemi Yunus. Turut menunggu di rumah itu ialah bapa Maria Chin.

Sejurus kemudian rakan-rakan dari BERSIH mula tiba meraikan kegembiraan Maria Chin yang sebelum itu ditahan mengikut Sosma - iaitu nama lain yang lebih mudah untuk menjelaskan Akta Kesalahan Jenayah (Langkah-langkah Khas) 2012.

Agenda seterusnya ialah menuju Dataran Merdeka yang sejak 27 November lalu menjadi tempat berkumpul penyokong BERSIH untuk mendesak Maria Chin dibebaskan.

Malam ini Maria Chin hadir sendiri di lokasi itu.
"Saya tiba di sini (rumah) dan mereka semua datang," katanya dengan nada gembira kepada Malaysiakini.

Maria Chin ditanya apakah yang mula-mula dilakukannya sebaik tiba di rumahnya.

Menjelang jam 6 petang petugas media sudah berkumpul di depan rumahnya tetapi masing-masing masih teragak-agak untuk memanggil Maria Chin keluar.

Aktivis Suaram, Amir Abdul Hadi, yang tidak tidak lama kemudian memujuknya untuk bertemu media seketika.

Sambil mengucapkan penghargaan kepada penyokongnya Maria Chin juga menyampaikan mesej khas kepada ketiga-tiga anak lelakinya yang sentiasa menyokong dalam sebarang keadaan.

"Saya kagum dengan ketabahan anak-anak dan mereka tidak pernah meragui saya," katanya.

Ditanya pengalamannya ditahan sendirian selama 10 hari, Maria Chin berkata, kesan utama dialaminya adalah rasa bercelaru.

"Anda tidak tahu waktu ketika itu siang atau malam. Lampu dalam sel itu dibiarkan terpasang sepanjang masa dan tidak ada sebarang tanda menunjukkan waktu sebenar," katanya.

Kadang-kadang ada lobak merah

Lebih memburukkan keadaan kata pengerusi BERSIH itu, polis menutup matanya setiap kali dia dibawa keluar dari bilik tahanan untuk disoal siasat.

Soalan yang ditanyakan pula, kata Maria Chin, kebanyakannya berkaitan sumbangan Open Society Foundation - yang dikaitkan dengan hartawan George Soros - serta operasi Global BERSIH dan butiran akaun pertubuhan berkenaan.
Setiap sesi soal jawab, katanya, berlangsung lebih enam jam dengan tempoh rehat yang singkat di antaranya.

"Empat hari pertama memang menyeksakan. Saya sakit belakang sebab berbaring di atas papan dan hampir-hampir tidak dapat tidur langsung," katanya.

Mengenai hidangan pengalas perut, Maria Chin berkata, dia diberikan roti dengan sedikit kaya "yang tak tahu pun ia wujud" pada makanan itu.

Juga diberikan, air teh yang kelihatan seperti air lumpur serta sedikit biskut.

"Untuk makan tengah hari dan malam, mereka memberikan saya (lauk) daging sebesar kotak mancis api. Kadang-kadang ia datang bersama sepotong lobak merah.

"Mereka juga memberikan air manis yang rasanya sangat teruk," katanya.

Seorang aktivis Global BERSIH, Ivy Josiah, menambah menu itu tentu boleh menyebabkan seseorang mendapat diabetes dalam tempoh yang sangat singkat.

Sepanjang ketiadaan Maria Chin, Ivy sering dilihat menemani Azumin, Aziman Azemi bersama Cynthia Chin (adik Maria).

Sementara itu di sebalik kegembiraan mereka melihat Maria Chin pulang, anak kedua, Aziman, berkata masih banyak yang perlu dilakukan bagi mencabar penahanan aktivis terbabit di bawah Sosma.

"Ini baru langkah pertama kami - membawa ibu pulang," katanya yang kini berusia 23 tahun.

Maria Chin juga menegaskan dia akan memfailkan saman bagi mencabar penahanannya yang dianggapnya "tidak adil".

Ditanya kemungkinan pihak berkuasa akan bertindak keras ke atas perhimpunan yang diadakan untuk menyokongnya, Maria Chin berkata, ia adalah "bodoh" kerana hanya akan menambah kemarahan rakyat.

Tsunami melanda Sabah?

Monday, 28 November 2016

TSUNAMI DI SABAH

Mula-mula ramai tak ambil endah Shafie Apdal buat apa pun. Malahan ada yang memperlekehnya. Maklumlah...kononnya dia menang sebagai Naib Presiden UMNO pun sebab orang UMNO Semenanjung yang sokong. Orang Sabah bukan tahu apa-apa. Diorang tau ikut aja.

Haha...sekarang apa macam?

Kemana Shafie pergi, dia tetap mendapat sambutan yang hangat.

Biar gambar berbicara:

Di Sandakan:
 
 
Di Lahad Datu:
 
 
Di Kudat:
 
Di Sepanggar:
 
 
Apa yang diharapkan oleh UMNO apabila Parti Warisan Sabah ditubuhkan (penjenamaan semula sebuah parti lama), adalah - Shafie akan terpencil dan terkontang-kanting dengan parti barunya - macam adik Pairin Kitingan, Jeffry Kitingan. 

Tetapi telahan itu ternyata meleset. Rakyat Sabah amat dahagakan cerita sebenar. Mereka tidak mahu lagi terkepung dalam sindrom "naivety" yang menyebabkan mudah diperdaya oleh pemimpin yang pandai putar alam.

Sebab itu agaknya, perkara berikut ini terjadi, walaupun ternyata dia hanya membawa budaya keganasan:
Buktikan UMNO Sabah tidak begitu terdesak sehingga sanggup nak bawa masuk pemain import yang selalu main kasar. 

Tetapi urang Sabah ndak takut. 

Gambar kredit: https://www.facebook.com/groups/warisansabah/

Posted by Yong Intan Noor at 22:05