Monday, July 24, 2017

Bakal terjadi dua tsunami: Harapan atau temberang atau syok sendiri ni?

Dua tsunami bakal tenggelamkan UMNO-BN pada PRU14
Pada 24 Julai 2017

RAUB, 24 JUL: Kesedaran politik masyarakat Melayu kian mula dirasai khususnya di kawasan luar
bandar termasuk penempatan Felda yang mana sebelum ini sukar untuk ditembusi pihak pembangkang.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengubah lanskap politik tersebut yang sebelum ini dikuasai UMNO.

Namun, kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu, bagi memastikan kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang, tsunami luar bandar harus berlaku tanpa meminggirkan kepentingan fenomena yang sama di kawasan bandar.

“Tsunami bandar tanpa tsunami luar bandar tidak akan memberi kesan kepada perubahan politik di Putrajaya,” katanya dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan sesi dialog di Durian Sebatang, Dong dekat sini, semalam.

“Tsunami luar bandar, tanpa tsunami bandar pula, ekoran hilang keyakinan dan harapan terhadap kemampuan proses pilihan raya untuk membawa perubahan politik juga tidak akan berhasil dan sia-sia.”

Tsunami bandar pada PRU13 lepas telah membawa kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat yang meraih lebih 50 peratus undi popular selain berjaya menafikan dua pertiga majoriti Barisan Nasional (BN).

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata, kawasan Felda bukan lagi kubu kuat UMNO berdasarkan sambutan baik yang diterima daripada peneroka dalam program yang dijalankan parti baru itu di kawasan tersebut.

“Kawasan ini ikut sejarah yang lepas sebahagian besarnya dimenangi UMNO. Kawasan Melayulah kubu kuat UMNO.

“Saya nak bagi berita yang tak berapa baik (untuk) Barisan Nasional (BN) jangan mimpi macam tu lagilah,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pagoh dipetik laporan media. – sumber

No comments:

Post a Comment