Pemandu lalok ecstasy rempuh anggota polis hingga maut
20/07/2017 7:52pm
Oleh MOHD. HUSSAIRY SIDEK
Mangsa (gambar kecil) maut ditempat kejadian selepas dirempuh kereta yang dipandu lelaki di bawah pengaruh ecstasy malam tadi.
KUALA SELANGOR - Seorang anggota polis berpangkat konstabel maut selepas dilanggar sebuah kereta jenis Honda Civic ketika sedang menunggang motosikal di Jalan Klang-Teluk Intan di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.01 pagi itu, mangsa, Konstabel Mohamad Azreen Anuar, 27, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ruslan Abdullah berkata, berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku apabila kereta terbabit yang dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun dari arah Klang menghala ke Teluk Intan itu dikatakan hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang motosikal mangsa jenis Honda EX5.
"Bagaimanapun, pemandu terbabit kemudiannya terbabas ke bahu jalan dan melanggar dua lagi mangsa pejalan kaki masing-masing berusia 19 dan 37 tahun.
"Anggota polis terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian. Salah seorang pejalan kaki yang berusia 19 tahun pula cedera di bahagian kaki manakala rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Ruslan, pemandu terbabit dipercayai melarikan diri selepas kejadian itu memandangkan dia tidak dikesan berada di lokasi kejadian selain tidak membuat laporan polis.
"Bagaimanapun, kita berjaya menahan pemandu terbabit pada petang ini. Hasil pemeriksaan air kencing kita dapati pemandu terbabit yang berasal dari Sekinchan itu positif dadah jenis ekstasi," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE

Penulisan yang bermanfaat bro.. thanks - http://essenaquatic.xyz
ReplyDeleteini patutnya hukum mati untuk pemandu yang mengakibatkan orang lain hilang nyawa kerana telah melanggar hukum. tidak perlu dikasihani lagi.
ReplyDeletebiar jadi satu pengajaran kepada semua orang