Wednesday, July 19, 2017

Apa dah jadi pada negaraku tercinta ini?

Isteri lihat suami maut dilibas parang oleh penyamun menyamar polis
Adie Sufian ZulkefliAstro Awani |  Julai 19, 2017 11:11 MYT
Isteri lihat suami maut dilibas parang oleh penyamun menyamar polis
Siasatan awal mendapati suspek mengambil beg milik mangsa yang berisi wang tunai RM3,000 dan dua telefon bimbit sebelum melarikan diri. - Foto Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut dikelar oleh sekumpulan lima lelaki yang dikatakan menyamar sebagai anggota polis  yang sebelum itu bertindak menyamun mangsa dan isterinya.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Farid Al-Athrash Wahid, ketika kejadian kira-kira jam 1 pagi, mangsa seorang warga Myanmar yang dikenali sebagai Min Tun Um, 54, dikatakan sedang tidur dengan isterinya di sebuah bangsal berhampiran tapak projek perumahan Bukit Bintang Maya, di sini.

Lima lelaki terbabit dikatakan telah mengejutkan mangsa sebelum meminta pasport kononnya ingin melakukan pemeriksaan.

Salah seorang daripada suspek kemudiannya bertindak merampas beg isteri mangsa sebelum mengikat wanita terbabit di sebatang pokok berhampiran bangsal.

Lebih menyayat hati isteri mangsa melihat salah seorang suspek telah melibas parang serta menikam suaminya sebelum terdengar jeritan suaminya.

Sejurus kemudian kesemua suspek terus melarikan diri ke kawasan bawah bukit.

Siasatan awal mendapati suspek mengambil beg milik mangsa yang berisi wang tunai RM3,000 dan dua telefon bimbit sebelum melarikan diri.

Katanya, kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.

Suspek dikenal pasti sebagai warga tempatan dan polis  melancarkan operasi mengesan mereka.

No comments:

Post a Comment