Friday, July 21, 2017

Bala, bila Setan hidup di kalangan manusia!

Mayat kanak-kanak ditemui dibungkus dengan plastik
20/07/2017 10:07pm
Anggota polis memeriksa lokasi di mana mayat seorang kanak-kanak lelaki ditemui dalam bungkusan plastik petang tadi.

KUALA LUMPUR - Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang dibungkus dengan plastik hitam ditemukan dalam longkang dekat sebuah bengkel kereta di Kampung Chin Lee Batu 6, Kepong di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata mayat kanak-kanak dipercayai berusia antara tiga hingga empat tahun itu ditemukan oleh seorang lelaki warga asing yang melakukan pembersihan longkang di kawasan itu, kira-kira pukul 3 petang tadi.

"Lelaki berkenaan terhidu bau busuk dari satu bungkusan plastik warna hitam sebelum beliau terlihat kaki kanak-kanak itu dalam keadaan berulat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Rusdi berkata pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu memakai lampin pakai buang dan masih berpakaian lengkap.

"Terdapat kesan retak iaitu hentakan pada sebelah kanan kepala kanak-kanak itu," katanya.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh dan mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. - sumber

No comments:

Post a Comment