Monday, July 31, 2017

Zahid tersasul atau terlupa akan dirinya?

Sunday, 30 July 2017
AWAS!!!...GOLONGAN MAMAK DAN INDIA MUSLIM BAKAL KENA 'PANCUNG' MASA DEPANNYA OLEH ZAHID HAMIDI?

Semua orang tahu Zahid Hamidi berketurunan Jawa dan dalam satu temubual dengan stesen televisyen Indonesia tidak lama dahulu,  nampaknya beliau berbangga dengan keturunannya yang berasal dari negara jiran itu.

Namun, Zahid Hamidi rupa-rupanya tidak sekadar berketurunan Jawa, tetapi juga sepertinya anti dengan golongan mamak dan keturunan India Muslim di negara ini.

Tidak seperti Najib yang mahu memberi taraf Bumiputera kepada keturunan India Muslim dan meletakkan kedudukan yang tinggi dalam kerajaan kepada sekian ramai mereka yang berketurunan mamak dan India Muslim, Zahid Hamidi sebaliknya seolah-olah bersikap anti terhadap kelompok tersebut.

Dengan beliau mengungkit darah keturunan Tun Mahathir Mohamad, ramai yang jadi tidak faham apa kaitan dan tujuannya Timbalan Perdana Menteri itu berbuat demikian?
Lebih sukar difahami kerana Zahid Hamidi kononnya sudah 30 tahun mengunjungi Kaabah pada setiap akhir Ramadan tanpa pernah tertinggal melakukannya walau sekali pun.

Apakah begitu sekali cara berpolitik orang yang selalu berbangga dan bercerita dengan kawan-kawan mengenai kemampuannya mengunjungi Kaabah setiap tahun?

Kenapa Zahid Hamidi menampakkan sikap antinya itu dan apa kaitannya keturunan Tun Mahathir dengan persoalan politik, khususnya skandal 1MDB dan kecurian wang yang berlaku dalam negara?

Apakah tindakannya itu dapat menambahkan undi untuk UMNO dan BN?

Atau ia sebaliknya hanya menjadikan UMNO dan BN makin dibenci serta ditolak?

Jika demikian, apakah tujuan Zahid Hamidi berbuat begitu?

Apa salahnya Tun Mahathir yang berketurunan India Muslim dan menjadi Perdana Menteri selama ini sedangkan darah itulah yang membina banyak pembangunan seperti KLCC, KLIA, LRT, Lebuhraya Utara-Selatan dan pelbagai lagi sepanjang pemerintahannya?

Apakah dengan mengungkit darah keturunan Tun Mahathir, Zahid Hamidi cuba menyanggah hasrat Najib mahu memberi taraf Bumiputera kepada golongan India Muslim?

Apakah juga Zahid Hamidi tidak senang dengan kedudukan Ali Hamsa sebagai Ketua Setiausaha Negara, Irwan Siregar sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, Reezal Merican Naina Merican sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri Luar Negeri, Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji, Shahrizat Jalil sebagai Ketua Wanita UMNO, Aziz Sheikh Fadzir dan Musa Sheikh Fadzir sebagai Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu dan Ketua UMNO Bukit Mertajam dan lain-lain lagi yang berketurunan mamak dan India Muslim?

Kalau Zahid Hamidi begitu curiga dan lantang mendakwa Tun Mahathir yang berketurunan India Muslim telah mempergunakan orang Melayu, apakah ia juga bermaksud semua yang berketurunan India Muslim berperangai begitu?

Apakah nasib mereka yang berketurunan India Muslim, baik dalam UMNO atau kerajaan selepas ini - dikekalkan dan diberi peluang bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang atau Zahid Hamidi akan memainkan peranan berbisik kepada Najib agar menggugurkan satu persatu mereka itu? 

Bagaimana jika ditakdirkan Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri?

Apakah hanya Jawa saja yang mendapat tempat dan semua India Muslim akan diketepikan?

Awass....mamak dan India Muslim semua, Zahid Hamidi mula merbahaya kepada anda!! (ShahbudinHusin 30/07/2017)

Posted by Shahbudin Husin at 19:23 

Apakah Melayu haprak itu Zahid Hamidi?

Monday, July 31, 2017
SESUDAH SUBUH
Tindakan Zahid kepada Dr Mahathir keterlaluan?

Dalam hati saya selama ini masih mengharapkan Ahmad Zahid Hamidi menjadi pengganti kepada Najib Razak. Alasan utama saya ialah kerana beliau berasal dari orang kampung, di masa kecilnya dia pernah melalui hidup susah pernah menjual aiskrim dan kupas kelapa. Latar hidup itulah menarik hati saya. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu melihat lagi anak bangsawan meneruskan legasi kebangsawanan sebelum ini menjadi perdana menteri Malaysia.

Peluang yang Allah berikan kepadanya hari ini cukup baik, dengan menjadi timbalan perdana menteri. Zahid tidak merancang sampai ke situ, tetapi Allah sudah membuka jalan buatnya. Sepatutnya dia mesyukuri sedalam-dalamnya anugerah yang tidak ternilai itu. Menjaganya seperti menatang minyak yang penuh, atau persis membawa turun madu tualang dari dahan yang tinggi.

Jawatan itu hanya selangkah lagi akan menempatkan beliau di kerusi keramat PM. Zahid diharap menjadi anak kampung, golongan marhaen pertama untuk menjadi PM Malaysia. Sesuailah untuk Malaysia kalau mempunyai PM dari kalangan orang kampung setelah ia dimulai dengan keturunan raja - feudal, (Tunku Abdul Rahman) kemudian kelas menengah dan teknokrat (Razak Hussein dan Hussein Onn), anak pendidik Dr Mahathir Mohamad, cucu ulama Abdullah Ahmad Badawi kemudian anak bangsawan moden, Najib Razak hari ini. Itu yang hati kecil saya harapkan.

Sesungguhnya harapan saya secara peribadi lebih besar kepada beliau berbanding dengan bekas-bekas TPM sebelum ini, Musa Hitam, Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin. Walaupun dari segi ketinggian dan upaya minda politik Zahid jauh lebih rendah dari mereka itu, adakalanya sekelas dengan siasah Pak Pandir sahaja, tetapi saya meletakkan harapan itu kepadanya. Biarlah dia melengkapkan dirinya dengan "profesionalisme" ketika dia menjadi PM kelak. 

Biarlah kalau Zahid tidak mempunyai pengetahuan politik, pentadbrian, diplomatik bertaraf antarabangsa, atau pun rangkaian seluas mereka itu, tetapi Zahid ada nilai dan darjah lain pada dirinya untuk mengatasi kekurangan itu. Beliau tidak ada landasan ilmu dan pernah terlibat dalam medan perjuangan untuk membentuk dirinya menjadi pemimpin seperti mana Musa Hitam atau Anwar Ibrahim. Beliau tidak menyertai gerakan sosial bertaraf dunia, tetapi dia ada aset lain yang menarik.

Beliau mempunyai pendidikan ilmu agama yang agak kemas kerana pengajiannya dalam bidang Islam. Sebagai anak orang kampung mengambil berat kepada masalah agama, akhlak dan tahu serba sedikit hukum beliau dibentuk dalam lingkungan itu. Dia arif mengenai bau selut dan hamis seludang pinang dan sawit yang mereput. Inilah nilai diri yang ada kepadanya diharap dapat dipergunakan menjadi perisai untuk menghiasi dirinya bila jadi pemimpin nombor satu agar tidak lupa dunia.

Kerana latar belakang pendidikan itu Islam, bukan Barat seperti PM sebelum ini, beliau banyak mengetahui istilah-istilah Arab, tahu menyebut dua tiga patah perkataan dalam bahasa Arab, termalogi Islam dan tahu memetik sepatah dua hadith-hadith Nabi yang sering diajar di Taksi dan Pasti. Kebolehan dan kepetahannya ini jauh dibandingkan dengan orang lain termasuk juga Najib Razak. Bahkan saya mendapat tahu di zaman pemuda Umno dahulu semasa Zahid mendamping Najib dalam gerakan itu kesilapan sebutan al Fatihah Najib dibetulkan olehnya.
Itulah kelebihan yang ada kepada si Zahid, walaupun belum nampak jelas apakah idealisme Islam yang hendak dibangukan dalam pentadbiran negara menerusi kedudukannya sebagai timbalan perdana menteri kini. Apa yang berlaku kini beliau hanya meretorikkan Islam tetapi tidak mengamalkannya. Falsafah Islam yang syumul belum dikuasai sepenuh dan semantapnya. Kita tidak menemui apa-apa penulisan mengenai falsafah kepimpinan Islam olehnya untuk dijadikan acuan atau pun panduan umum.
Pun begitu kerana latar belakang agama itu menyebabkan orang seperti saya dan mereka yang mudah terpasung dengan perwatakan dan keperiabdian Islam, tertarik kepadanya. Kita berharap Islam akan menyubur dalam praktikalnya seiringan dengan kedudukkannya, dan akhirnya dia akan melaksanakan apa yang menjadi impian semua itu.

Saya pernah menegaskan hujah saya, kenapa saya mahu Zahid berbanding dengan Hishamuddin Hussein. Sebabnya ialah kerana Zahid orang bawahan, berbanding Hishmuddin sebagai orang ada-ada. Golongan marhaen kalau dia jadi pemimpin, lebih memahami masalah rakyat di bawah. Hanya jauhari mengenali maknikam.

Berbeza dengan orang ada-ada, bangsawan dia tidak memahami keperitan hidup orang bawah. Kesusahan rakyat dia tahu melalui pembcaaan dan menonton filerm dokumentari sahaja, atau mendengar cerita-cerita ringkas semasa melawat orang sakit di hujung kampung sewaktu pilihan raya. Tetapi mereka tidak alami dan meniduri sendiri kesusahan itu. Jadi pedih dan sakitnya tidak sampai ke tulang hitam.

Situasi itu sangat berbeza sekali, di antara penderitaan rakyat yang dibaca oleh Najib Razak atau Hishmuddin dalam buku-buku atau novel dengan apa dialami oleh Lahuma dan Jeha dalam vovel Rantau Panjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Lahuma mengalami sendiri penderitaan dan kemelaratan hidup sebagai petani, berjuang membangunkan sawah, melawan ketam, burung ciak, tertikam duri dan onak nibung dan sebaganinya kerana ingin membesarkan anak-anak.

Betapa dhaifnya kehidupan Jeha sebagai seorang petani. Kesusahan dan kemelaratanya tidak pernah dirasai Najib dan Hishamuddin. Dia tidak tahu sepanjang hidup Jeha tidak pernah memakai seutas atau sebesar janggut undang pun gelang tangan dan kaki, tidak seperti Rosmah Mansor yang memiliki beg tangan bernilai jutaan ringgit dan juga dituduh memiliki berlian berwarna merah jambu bernilai RM128 juta.

Berbanding Zahid dengan Hishamuddin, dia sebagai anak kampung Bagan Datoh, yang hidup dalam kebun kelapa tentu tahu mengupas kelapa, kukur kepala untuk dimakan dengan ubi kayu. Tetapi kerja-kerja dan aktiviti ini haram dari dilakukan Najib dan Hishamuddin. Kalau tidak percaya cuba anjurkan pertandingan kupas kelapa dan kukur kelapa di antara mereka, tentu Zahid akan menang. Kejaguhan Zahid dari sisi inilah menarik hati saya untuk melihat dia menjadi PM.

Realiti hidup beliau itulah menjadikan rakyat Malaysia yang sudah berada di bawah pemerintahan golongan bangsawan atau sistem feudual serik untuk berketuakan orang bangsawan. Orang bangsawan tidak pernah berasa susah, tidak pernah tidur di atas gelegar buluh, beratapkan rumbia bahkan tilam dan bantalnya terbena dari timbunan wang ratusan juta. Dalam konteks Umno hari ini tentulah selepas ini Hishamuddin akan menjadi PM apabila Najib sudah mempersiapkan pintu untuk sepupunya itu masuk ke Puterajaya.

Tetapi sayang seribu kali sayang, beberapa karektor dan perangai yang dipamerkan Zahid ia mengecewakan hati saya dan orang lain juga. Apa diharapkan sesuatu yang baik lahir daripada orang yang berpendidikan agama sepertinya, seperti menanti mentari di malam hari dan mengharap sinar bulan panas di waktu siang sahaja. Kecewa dan hampa. Zahid mengecewakan ramai orang dengan apa yang beliau tunjukkan disebabkan keisengan politik. 

Banyak yang beliau sudah membuat silap dan tidak menjaga keperibadian Islam yang dicapkan kepada dirinya. Sikap dan perangai itu merosakkan keperibadian murni miliknya selama ini.

Tindakan terbaharu beliau ialah mempersolkan status kewarganeraaan Dr Mahathir Mohamad semalam cukup dikesali dan memalukan. Tidak sepatutnya orang sepertinya berbuat demikian. Semasa merasmikan persidangan Umno di sebuah bahagian, beliau telah membangkitkan mengenai keturunan Dr Mahathir sebagai bukan Melayu asal, bertujuan memalukan bekas PM itu dan berharap agar orang Melayu menolaknya. Kita tahu ia sekadar perang saraf tetapi tindakannya melampaui apabila perbuatan itu mungkin jatuh ke dalam sukma Dr Mahathir dan pendukungnya. 

Zahid mendedahkan yang Dr Mahathir bukan Melayu tulen, berdasarkan kepada salinan Kad Pengenalan lama Dr Mahathir yang tertulis perkataan "anak lelaki (a/l" bukannya "bin" sepertinya. Kata Zahid perkara itu menjadi bukti kenapa Dr Mahathir boleh mengungkap Melayu mudah lupa, kerana beliau (Dr Mahathir) bukan orang Melayu. Zahid mempertikaikan keMelayuan Dr Mahathir.

Sejejar itu juga Zahid menyebut-yebut perkataan "Kutty", yakni keturunan Dr Mahathir. Kutty adalah salah satu pecahan kaum atau keturunan India. Baginya Kutty suatu keturunan India yang sangat jijik dan hina. Di sini berlaku penghinaan Zahid kepada Dr Mahathir yang sangat tidak wajar.

Apabila Zahid galak membangkitkan hal ini ia menunjukkan beliau sendiri kurang arif apakah maksud dan pengertian "anak lelaki" dan "bin" itu. Walhal perkataan itu mempunyai sama makna dan erti cuma beza pada sebutan dan amalan.

Tidak ada guna kalau Zahid bangga dan megah kerana dia pakai "bin" tetapi Dr Mahathir pakai "a/l" kerana maksud dua perkataan itu sama sahaja, ia adalah sistem patronimik untuk menamakan anak-anak dari keturunan bapa, bukan matronimik dari susul galur ibu. Itu sahaja. Masakan ilmu ini pun tidak ada kepada seorang bakal perdana menteri.

Zahid lupa barang kali kepada apa yang si Kutty itu buat selama 22 tahun. Kutty menjadi PM selama 22 tahun dan segala jasa serta budinya diiktiraf oleh rakyat Malaysia dan dunia juga. Keberadaannya dalam Umno juga adalah kerana Dr Mahathir berjaya mengutuhkan parti nasionalis itu. Kalau Zahid insaf akan itu semua dia tidak akan tergamak mencemar dirinya dengan mempersendakan Dr Mahathir dengan penggilan Kutty. Dalam "maqasid" dan fekah Islam, kalau pun benar Dr Mahathir itu "Kutty" tetapi beliau tidak bersalah, seperti mana tidak bersalahnya anak yang dilahirkan si ibu dan ayah yang tidak bernikah.

Melepas dendam.

Kalau pun beliau berdendam dan benci kepada Dr Mahathir kerana tidak melantiknya menjadi anggota Kabinet semasa beliau jadi Ketua Pemuda Umno, Zahid tidak sepatutnya terlanjur begitu jauh sekali. Kerja-kerja provokasi dan menghina begitu hanya layak dilakukan oleh para vendelimse politik dalam Umno. Sejarah sedih beliau dengan Dr Mahathir bukan untuk diungkit tetapi mematangkan politiknya. Itu sepatutnya. 

Lagi pun perkara ini pernah menjadi isu suatu ketika dahulu, pada masa berlaku perlawanan antara Tengku Razaleigh Hamzah dengan Dr Mahathir, identiti Dr Mahathir berdasarkan kad pengenalan itu sudah dibangkitkan, semua perwakilan Umno menyedari akan latar belakang keturunan Dr Mahathir itu. Tetapi akhirnya Dr Mahathir menang juga dalam perlawanan itu. Apakah ketika itu Zahid sudah pun mempertikaikan keturunan Dr Mahathir? Kalau dia mempertikaikan keturunan Dr Mahathir berasal dari India itu kenapa pula dia betah dengan Anwar Ibrahim yang juga berasal dari benua India? 

Sebagai orang yang digelar orang berpengetahuan agama dan mempunyai tertib tinggi, Zahid tidak tanggung mempersoalkan asal keturunan. Perkara paling pokok untuk beliau lihat dan membuat penilaian kepada Dr Mahathir dan sesiapa jua ialah agamanya. Apakah dia lupa kepada pesan Tuhan mengenai perkara ini. Perkiraan akhir bagi Tuhan sama ada orang itu akan dikirim ke syurga atau neraka, bukan bangsanya, bukan kekayaannya, bukan darjat keturunannya, tetapi agamanya, ketakwaan dan keimanannya. Apakah Kutty milik Dr Mahathir itu tiada termasuk dalam golongan beriman dan bertakwa?

Suatu tahap Zahid sudah melakukan yang baik untuk negara ini dan meletakkan dirinya sebagai orang yang mempunyai nilai tersendiri sebagai bakal perdana menteri Malaysia apabila beliau dilihat sebagai warak dan berperwatakan mesra alam peka kepada aktviti keagamaan. Tetapi dengan apa yang beliau lakukan semalam, tindakan itu mengcabut segala nilai-nilai baik itu. Apa yang beliau lakukan itu juga menyebabkan orang teringat kepada sikap gengsterisme yang pernah beliau lakukan kepada seorang pemuda Kelantan kerana menganggu anaknya yang sudah janda. 


Sebenarnya tindakan Zahid yang melampau dan kebudak-budakkan yang penuh emotif itu bukan sekali sahaja. Telah berlaku dalam ucapan-ucapan awamnya beliau melakukan gurau politik yang tidak manis dan tidak beradab. Ada kalanya boleh sampai orang yang diguraukan itu terarasa hati dan sedih. Dia bergurau biawak mungkin semasa kecilnya Zahid suka memintas biawak?

Dalam suatu perhimpunan agung Umno beliau pernah bergurau biawak dengan bekas Adun Lenggeng, Ismail Ishak, kalau tidak silap. Beliau pernah menawarkan wang RM 2 ringgit kapada Ishak sebagai upah jika Ismail dapat menjawab pertanyaanya. Saya dah lupa kenapa dia sampai menyebut perkara itu. Tawaran RM2 itu beliau telah menjatuh dan meletakkan nilai bekas Adun berkenaan RM2. Penghinaan secara tidak langsung kepada member itu. 

Sikap lain yang beliau pamerkan dalam perhimpunan agung Umno yang bertentangan dengan gelar yang dia dapat ialah menjadi promoter kepada Rosmah Mansor. Beliau tidak pernah akan lupa mengajak para perwakilan bangun dan memberi tepukan gemuruh kepada Rosmah. Cara beliau ini untuk membodek dan mengambil hati wanita paling berkuasa itu, yang mana tanpa dia sedar ia menunjukkan dirinya tidak layak untuk berada ditempatnya kini. Seorang pembodek tidak dapat jadi pemimpin yang baik.

Sesiapa pun tidak dapat menerima apa yang dilakukan Zahid kepada Dr Mahathir semalam. Ia sangat kontradik dengan personaliti yang dilihat kepadanya sebagai seorang pemimpin berpendidikan agama. Agama tidak membenarkan penganutnya menghina dan mengutuk orang lain sehingga terkeluar dari batas-batas yang dibenarkan. Apakah Zahid sudah berasakan dia hebat, berkuasa apabila dia menjadi TPM dan menjadi menteri dalam negeri? Jangan terlalu takabul dan bongkak sdr kerana hari perhitungan berada di depan bukan di belakang.

Bagi saya, siri-siri pengutukan Zahid kepada Dr Mahathir adalah sebahagian daripada ulah dan fiilnya untuk mengambil hati orang Umno agar melihat dia lebih berani untuk mengganti perdana menteri berbanding dengan seteru senyapnya kini Hishamuddin. Apakah Zahid ini jenis Melayu haprak yang pernah dikatakan Dr Mahathir?

Apa berlaku kepada Zahid itu sesungguhnya memberi laba dan untung kepada Hishamuddin. Dalam apa jua sudut hari ini kalau Zahid berniat untuk mengatasi Hishamuddin dia akan gagal kerana Hishamduddin sudah dihias pakaian pengantin bakal PM oleh Najib. Zahid kena insaf dia hanya kini tukang mengejar kerbau terlepas untuk disembelih pada hari "persandingan" Hishmuddin sahaja. [wm.kl.7:09 am 31/07/17]

Posted by mohd sayuti Omar at 9:32:00 AM 

Zahid dan Keling........Malaysia menjadi riuh?

MONDAY, 31 JULY 2017

ZAHID NAIK DARAH KENANGKAN "KELING" PIMPIN MELAYU 22 TAHUN.
MAHATHIR ANAK LELAKI ISKANDAR KUTTY

Berita Rasmi: Naib Presiden UMNO,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengungkit sejarah Tun Mahathir Mohamad sebagai keturunan India di mesyuarat UMNO Bahagian Kelanan Jaya dengan menunjukan kad pengenalannya (IC) yang mempaparkan namanya sebagai Mahathir a/I Iskandar Kutty yang didapatinya dari Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara(JPN).

UTUSAN MALAYSIA yang menyedari akibat  buruk berita ini tidak menyiarkannya hari ini tetapi bagaimanapun telah menadi tular.


ZAHID NAIK DARAH KENANGKAN "KELING".......
Jika Tun Dr.Mahathir pernah mengungkit Perdana Mentari Pertama Tunku Abdul Rahan sebagai keturunan Siam,maka apakah salahnya jika Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.AhmadZahid Hamidi membangkitkan soal Tun Dr.Mahathir sebagai keturunan Keling yang telah memimpin Melayu dan sekarang mahu mempengaruhi lagi orangMelayu.

Beliau telah menunjukan  IC Tun Mahathir yang nama sebenarnya Mahathir anak lelaki  Iskandar Kutty seolah-olah  suatu penemuan besar yang berjaya didedahkan oleh beliau sebagai Meneri Dalam Negeri untuk meyakinkan  rakyat kerana  dari sumber sah iaitu  dari Pejabat Pendaftaran negara.

Barangkali tidak salah bagi Zahid membangkitkan soal keturunan pimpinan negara  tetapi situasi dan kedudukan kedua mereka berbeza  dalam mengungkit pekara ini  dan inilah yang seharusnya menjadi pertimbangan rakyat,samaada wajar atau tidak.

Mahahtir membuat pendedah itu ketika beliau tidak mempunyai kedudukan dalam kerajaan tetapi sebagai rakyat biasa yang menghayati perasaan rakyat dalam ketegangan negara  tetapi sebaliknya Zahid Hamid berada pada kedudukan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dan juga Naib Presiden UMNO. Maka apakah dalam  kedudukan itu wajar bagi beliau  untuk menyentuh peribadi seorang pemimpin UMNO sehinga keperingak paling rendah.? Hinakah sesaorang kerana keturunannya. Tidakah Zahid dengan itu mendedahkan dirinya sebagai seorang yang rasis , tidak sahaja kepada rakyat umum tetapi kepada UMNO sendiri.

Situasi politik  selepas trajidi 13Mei memerlukan suara berani kearah tindakan drastik  yang kebetulan hanya sanggup  dilakukan oleh seorang Keling untuk membawa suatu perubahan segera dalam pucuk pimpinan negara bagi survival  Melayu yang pada akhirnya membantu Tun Razak mengambilaleh sebagai  Perdan Menteri.

Zahid  yang berada  dalam pucuk pimpinan negara membangktian pekara keturunan ini  adalah kerana beliau tidak mengenali sejarah racial identity yang telah pun dipadamkan oleh Datuk Onn Jaafar bila UMNO ditubukan untuk menentang Malayan Union dengan kesepaduan bangsa dan Islam.

Sebenarnya akhbar Utusan Melayu ditubuhkan di Singapura pada 1938 bukan kerana semangat anti penjajahan British tetapi  adalah kerana dorongan semangat anti keturunan India DKK  ( Darah Keturuan Keling dan juga DKA( Darah Keturunan Arab)  yang dijuarai oleh Yusuf Ishak seorang keturunan Miangkabau  yang wajahnya kelihatan sebagai seorang India kerana DKA dn juga DKK mengexploitasi pemikiran dan juga ekonomi Meayu.( Lihat buku  Sejarah Utusan Melayu: Didepan Api Di Belakang Duri terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd)

 Apabila perpaduan seluruh orang Islam dan Melayu diperlukan bagi menentang Malayan Union Datuk Onn Jaafar yang menubuhkan UMNO atas anjuran Utusan Melayu telah meminta soal keturunan itu dilupakan  untuk perpaduan Islam dan Melayu yang diperlukan bagi  kejayaan perjuangan menentang Malayan Union.

Sekarang Datuk Zahid Hamidi telah membuka semula pintu racial politic  dalam UMNO sendiri sedangkan UMNO telah pun menempah nama besar dan berjaya sebagai sebuah parti politik Melayu di bawah  pimpinan  berbagai keturunan dari Siam,Bugis,Turkey hingga ke India.

Agak malang  hal ini berlaku ketika  PM Datuk Seri  Najib sedang memperomokan persahabatan Melayu dengan orang India  sehingga sanggup pergi ke rumah filem Star India terkemuka  dan menjemput  Kajol Top Star filem Divale ke Malaysia. Tidakah Zahid telah mencacatkan  usaha yang baik ini?.

 Dalam perspective  yang lebih luas Zahid tidak hanya menyinggong perasaan Mahathir tetapi cuba kita lihat  siapakah KSN Ali Hamza dan  keturunan mamak yang telah menempah nama dalam UMNO seperti Allah Yarham Sulaiman Ninam Shah. Salahkah Allahyarham bertahun-tahun  menjadi Pengerusi tetap UMNO? Bagaimana dengan Aziz Rahim "Keling" menjadi Pengerusi Tabung Haji?Salahkah Aziz Shekih Fadhil, Redha Marican dan lain-lain menjadi ahli UMNO.Apakah hanya Jawa dan Bugis sahaja boleh memimpin UMNO?

Zahid tidak sewajarnyra membangkitkan  semangat perkaman  dalam kalangan ahli  UMNO ketika UMNO memerlukan perpaduan hanya semata-mata kerana  beliau berasa  terancam dengan seorang keturunan Turkey menjadi penghalang untuknya  menjadi  Perdana Menteri dan kerana itu perlu baginya untuk membuktikan  dirinya sebagai Hang Tuah Moden  kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Kepada rakyat ini adalah tambahan   bukti bahawa pemimpin- pemimpin UMNO sekarang  benar-benar berada dalam  keadaan panik kerana  telah mendapat maklumat yang buruk bahawa apapun yang dipromokan oleh Najib tetapi tidak memberi  kemajuan politik kepadaUMNO. Sambutan kepada Pakatan Harapan dikatkan semakin hebat dimana-mana  di akar umbi.

Bagaimanapun saya dengan ikhlas mengangkat topi  kepada Datuk Seri Najib diatas keteguhan dan kegiihan semangatnya untuk  terus berjuang.

Posted by zainudin maidin at 09:05 

Dah kehabisan modal, diulang tayanglah cerita lapuk!

Pemuda Amanah kutuk kenyataan 'menghasut' MT Umno
30 Julai 2017 | MALAYSIA DATELINE
Pemuda Amanah Nasional mengutuk kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kononnya keistimewaan yang dikecapi orang Melayu dan Bumiputera akan hilang jika Pakatan Harapan (PH) diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua pemudanya Mohd Sany Hamzan berkata, kenyataan itu melampau dan bersifat hasutan terhadap orang Melayu agar tidak melakukan perubahan.

"Umno cuba menakut-nakutkan rakyat kononnya DAP mengetuai Pakatan Harapan sedangkan mereka mengetahui hakikat sebenarnya.

"Umno juga cuba menggambarkan kononnya orang Melayu di Pulau Pinang terpinggir sedangkan MCA baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa DAP lebih mementingkan Melayu di negeri tersebut.

"Mereka antara sesama parti komponen cuba menipu rakyat demi survival undi kelompok mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Batu Sapi semalam berkata, jika kuasa pemerintahan negara diambil Pakatan Harapan, semua yang dirancang kerajaan untuk pertahankan Melayu dan Bumiputera musnah.

"Selagi kuasa ada pada Umno, kita mampu mengangkat Melayu dan Bumiputera, tapi jika kuasa diambil Pakatan Harapan, semua yang dirancang kerajaan untuk pertahankan Melayu dan Bumiputera musnah.

"PRU-14 sangat penting, cuma beri dua pilihan sama ada Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO atau pakatan pembangkang... pastikan UMNO terus menang kerana jika tidak, semua yang kita peroleh hilang dan yang rugi orang Melayu dan Bumiputera," katanya yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Mengulas lanjut, Sany berkata, rakyat sangat yakin terhadap kepimpinan Pakatan Harapan yang sangat mementingkan aspek kepentingan semua kaum dan keistimewaan orang Melayu.

"Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera tetap terjamin dan dipertahankan apabila Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan negara.

"Pakatan Harapan yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta barisan kepimpinannya mendukung sepenuhnya semangat Perlembagaan Negara terutama melibatkan kepentingan bumiputera," katanya.

Menurut beliau juga, dalam perjanjian Pakatan Harapan yang termeterai pada 13 Disember 2016, PKR, DAP, Amanah Bersatu bersepakat untuk menyokong beberapa perkara penting termasuklah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas, aman dan damai di di negara ini sejajar dengan Perkara 3; serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

"Sudah pasti pimpinan seperti Tun Dr Mahathir akan memastikan orang Melayu sentiasa dijamin seperti termaktub dalam perlembagaan," katanya.

Justeru, katanya, Pemuda Amanah Nasional mengajak seluruh rakyat menolak politik perkauman yang sentiasa dimainkan demi mengekalkan survival politik Umno-BN khususnya menjelang pilihan raya.

"Pakatan Harapan tetap komited menyuburkan semangat demokrasi serta mengangkat martabat perlembagaan negara.

"Rakyat telah cakna terhadap taktik yang dimainkan oleh Umno dalam menutup salah laku dan kegagalan mereka mengurus tadbir negara. Kami yakin, rakyat telah meletakkan azam untuk membuat perubahan dalam PRU14 nanti," katanya.

Apa kata KIMMA?

Zahid perlekeh Kutty, apa kata KIMMA?
31 Julai 2017 | ARIF ATAN
Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) digesa menyatakan reaksinya ekoran tindakan pemangku Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam memperlekeh keturunan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Peguam Zulhazmi Shariff (Gambar bawah) berkata, tindakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri itu mendedahkan Mahathir adalah anak lelaki Iskandar Kutty menggambarkan sikap rasis dalam Umno.

Zulhazmi Shariff"Unsur perkauman sempit seperti ini sudah berakar umbi dalam Umno yang sukar dibuang. Itulah Umno. Apa komen dan pandangan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA)?

"Jika Tun Dr Mahathir yang disokong dibela dulu pun Zahid boleh hina sedemikian, di mana agaknya taraf dan kedudukan ahli-ahli KIMMA pada Zahid dan kerajaannya?

"Adakah mereka boleh menerima sindiran Zahid?" soal Zulhazmi merujuk kepada tindakan Zahid yang mendakwa Mahathir adalah keturunan India yang hanya memperalat Melayu ketika merasmikan penutup Mesyuarat Agung Umno Bahagian Kelana Jaya.

KIMMA yang ditubuhkan pada 1976 didaftarkan sebagai parti politik yang menyuarakan kepentingan masyarakat India Muslim dalam semua bidang.

Mempunyai 12 buah pejabat di 12 buah negeri di seluruh negara, KIMMA turut secara terbuka membantu jentera BN untuk berkempen dalam pilihan raya termasuk pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar tahun lalu.

Mengulas lanjut, Zulhazmi mempersoal tindakan Zahid ketika Presiden Umno, Najib Razak pada 18 Julai lalu memberitahu kerajaan sedia mengkaji secara mendalam tuntutan supaya masyarakat India Muslim diberi status Bumiputera.

Najib pada majlis Hari Raya dihadiri masyarakat India Muslim di Seri Kembangan, Selangor berkata, pihaknya menerima India Muslim sebagai Bumiputera dan akan mengkaji pemberian status itu sama ada pentadbiran atau pewartaan.

"Apa tujuan Zahid? Adakah Zahid hendak katakan keturunan India tidak baik yang suka mempermainkan orang lain demi kepentingan tertentu?

"Baru-baru ini, Perdana Menteri mengiktiraf keturunan India Muslim sebagai bumiputera sehingga Presiden MCA melompat," bidasnya lagi dipetik dari status Facebook beliau.

Dah kehabisan senjatakah untuk menyerang?

Zahid: Mahathir a/l Iskandar Kutty gunakan orang Melayu, Umno

  | July 30, 2017
Dengan mengungkit sejarah Dr Mahathir sebagai "berketurunan India", timbalan perdana menteri berkata, perdana menteri selama 22 tahun itu sebenarnya seorang yang "mudah lupa".
PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerang asal usul Tun Dr Mahathir Mohamad sambil mendakwa bekas perdana menteri itu menggunakan orang Melayu dan Umno selama ini atas nama memperjuangkan agenda Melayu.
Dengan mengungkit sejarah Dr Mahathir sebagai “berketurunan India”, timbalan perdana menteri berkata, perdana menteri selama 22 tahun itu sebenarnya seorang yang “mudah lupa”.
“Ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) beri pada saya maklumat ini. Sebab itu, dia (Dr Mahathir) kata Melayu mudah lupa. Ini yang dikongsi. Ini IC (Kad Pengenalan) biru dia. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. No IC biru dia 2232519. Ini yang dihantar oleh Ketua pengarah JPN kepada saya.
“Patut lah dia kata kita mudah lupa. Sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty.”
Kata Zahid: “Orang itu yang memperjuangkan agenda Melayu untuk menggunakan Melayu. Bila habis madu, sepah dibuang. Umno ini sebagai madu dan kita adalah sepah yang dibuang.”
Naib presiden Umno ini yang kini menjalankan tugas sebagai timbalan presiden berkata demikian semasa berucap menutup Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kelana Jaya di sini hari ini.
Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun keluar Umno tahun lalu dan menubuhkan PPBM.
PPBM kemudian menyertai Pakatan Harapan manakala Dr Mahathir pula dilantik sebagai pengerusinya.
Dalam klip video yang disiarkan PPBM kelmarin, Dr Mahathir menegaskan beliau tidak akan kembali ke pangkuan Umno walaupun Datuk Seri Najib Razak ditewaskan dalam pilihan raya umum akan datang.
Dalam ucapannya, Zahid menambah, Umno selaku parti bertunjangkan Melayu tidak perlu ditukar malah bekas pemimpin yang tidak elok harus ditukar demi kelangsungan dan survival parti.
“Umno sudah 70 tahun. Parti terbaik kita capai kemerdekaan, gelang emas sanggup digadaikan untuk mencapai kemerdekaan. Itu semangat Umno.
“Kita baiki Umno apabila pemimpin saling berganti ikut proses demokrasi. Perdana menteri juga saling berganti ikut proses biasa,” katanya.

Kaitan:
Polis digesa siasat bos JPN selepas ucapan ‘Kutty’ oleh Zahid

Dalam Isu ni Zahid patut disokong......

Isu ‘bin Abdullah’: Menteri, ketua jabatan perlu hormat keputusan mahkamah

 | July 30, 2017
Mereka perlu mendapatkan nasihat pakar undang-undang sebelum membuat kenyataan kontroversi atau berdepan dakwaan menghina mahkamah.
PETALING JAYA: Seorang bekas hakim berkata, menteri dan penjawat awam kanan perlu berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan berhubung penghakiman mahkamah atau mereka berisiko melakukan penghinaan terhadap mahkamah.
Sehubungan itu, Datuk Seri Gopal Sri Ram menasihatkan ahli politik dan penjawat awam yang tidak mempunyai latihan undang-undang supaya tidak membuat kenyataan bersifat hasutan yang akan menjejaskan kedaulatan undang-undang dan menunjukkan kejahilan mereka.
“Mereka perlu menunjukkan contoh baik dengan menghormati pernyataan kehakiman dan menjunjung kedaulatan undang-undang,” kata bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu.
Sri Ram berkata, menteri dan ketua jabatan kerajaan perlu mendapatkan nasihat peguam kanan persekutuan yang ditugaskan ke kementerian mereka atau peguam kanan berpengalaman di Jabatan Peguam Negara sebelum membuat kenyataan kontroversi.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan anak luar nikah menggunakan nama bapa sebenar dalam dokumen rasmi kerajaan.
Semalam, menteri dalam negeri itu dipetik Bernama berkata, umat Islam perlu bersatu memastikan mana-mana keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak dicabar pihak atau sistem perundangan lain.
“Bukan untuk menentang agama lain, tetapi jangan campur hal ehwal agama Islam, biar orang Islam yang menguruskan hal ehwal Islam,” kata Zahid.
Jumaat lalu, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Mohd Yazid Ramli berkata, pihaknya akan terus meletakkan nama bapa “Abdullah” untuk mendaftarkan anak luar nikah sehingga kes itu dimuktamadkan Mahkamah Persekutuan.
Tetapi, peguam berkata, penghakiman Mahkamah Rayuan ialah undang-undang sekarang, kecuali Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan itu.
Sri Ram berkata, walaupun kerajaan memfailkan rayuan, ia tidak berfungsi sebagai penangguhan pelaksanaan.
“Jadi, individu yang menentang perintah itu mempunyai kewajipan untuk mematuhinya,” katanya.
Beliau berkata, kenyataan Yazid yang JPN tidak akan mematuhi perintah mahkamah bukan sahaja salah, tetapi menunjukkan kedegilannya dan sengaja menghina mahkamah.
“Begitu juga jika kenyataan yang dikaitkan dengan timbalan perdana menteri itu adalah tepat, maka ia adalah penghinaan mahkamah yang serius.”
Sri Ram berkata, pengalamannya selama 50 tahun dalam bidang perundangan, tidak pernah ada sebuah jabatan kerajaan atau seorang menteri yang enggan mematuhi keputusan mahkamah atau membuat kenyataan bersifat hasutan yang menggalakkan pihak lain tidak menghormati perintah mahkamah.
Beliau berkata, litigan yang berjaya boleh memohon mahkamah menghukum mereka yang didapati menghina mahkamah.
“Untuk penghinaan yang serius dan disengajakan, biasanya mereka akan dihukum penjara.
“Saya menjangkakan ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan tampil mempertahankan hakim mereka.”
Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Latheefa Koya berkata, mahkamah perlu dibenarkan memutuskan perkara itu secara adil berdasarkan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, Zahid jelas cuba meraih modal politik daripada kes itu menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Ia sangat tidak adil kerana ini melibatkan kehidupan dan masa depan kanak-kanak yang tidak bersalah,” katanya.
Semalam, Zahid yang juga menteri dalam negeri dipetik Bernama berkata, beliau bersetuju dengan tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang melalui Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap kes anak tidak sah taraf orang Islam ke Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Rayuan melalui penghakiman bertulis pada 25 Julai lalu berkata, JPN bertindak tidak rasional dan di luar kuasanya dengan menggunakan nama bapa “Abdullah” untuk mendaftarkan kanak-kanak Islam, bertentangan hasrat ibu yang mahu menggunakan nama bapa kanak-kanak tersebut.
“Kami percaya Islam tidak membenarkan penghinaan secara terbuka terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah,” tulis Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli, seorang daripada 3 hakim dalam penghakiman sepanjang 28 halaman.
Abdul Rahman berkata, walaupun keputusan JPN untuk mengenakan “bin Abdullah” berdasarkan 2 fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1981 dan 2003, ia bercanggah Seksyen 13A(2) BDRA yang membenarkan bapa kepada anak luar nikah menggunakan namanya sebagai nama bapa kanak-kanak terbabit.
Menurut fatwa 2003, anak luar nikah (tak sah taraf) tidak boleh dinasabkan kepada bapa anak tersebut atau kepada orang yang mengaku sebagai bapa kepada anak itu.
Abdul Rahman berkata, fatwa itu bertujuan mengesahkan status kanak-kanak itu dalam soal pembahagian harta pusaka dan hubungan keluarga dalam hal berkaitan perkahwinan, bukannya “mengumumkan kepada seluruh dunia” itu anak luar nikah.
Beliau berkata, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA) tidak membezakan kanak-kanak Islam dan bukan Islam.

Tun M bakal terjerat: Bodohkah Dr. Mahathir?

Adakah Dr. Mahathir tidak sedar dan bertindak tanpa perkiraan sebagaimana yang dianggap oleh Nur Jaslan?

Tun M bakal terjerat jika Pakatan menang besar
WARTAWAN SINAR HARIAN 31 JULAI 2017
Mahathir. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mustahil akan terjerat dan jadi orang buangan sekiranya gabungan itu gagal menang besar dalam PRU14.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, bekas perdana menteri itu yang diharap menjadi tunjang menarik pengundi, terutama golongan veteran, pastinya bakal menjadi antara orang yang akan dipersalahkan jika pakatan itu gagal.

Jelas beliau, Bersatu yang menjadi ahli paling muda dalam Pakatan Harapan cukup mudah untuk diperkotak-katikkan oleh rakan parti yang lebih senior seperti DAP dan PKR.

“Mahathir akan dijadikan kambing hitam dalam Pakatan Harapan oleh tiga rakan parti atas kegagalan rampas kuasa daripada BN pada PRU nanti.

“Ini kerana, parti yang lebih dominan dan senior seperti DAP atau PKR tidak mahu pikul beban kekalahan sehingga mereka mencari orang lain (Mahathir) untuk dipersalahkan,” katanya dalam kenyataan. semalam.

Nur Jazlan, yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, dendam PKR terhadap Mahathir berikutan pemecatan dan episod memenjarakan ketua mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pastinya tak pernah terpadam.

Menurutnya, keikhlasan DAP untuk berkawan dengan Mahathir yang pernah menjadi musuh tradisi, tidak pernah wujud, selain sandiwara politik sahaja.

“Begitu juga dengan Amanah. Ramai pemimpin mereka pernah mempunyai sejarah hitam, terutama (Presidennya) Mohamad Sabu, yang dua kali disumbat ke (penjara di) Kamunting berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

“Pakatan Harapan sendiri sudah menampakkan belang apabila mahu siasat Mahathir jika menang PRU14,” katanya.

Kata Nur Jazlan, situasi itu membuktikan benar dakwaannya bahawa parti itu adalah tonto politik semata-mata.

Menurutnya, Bersatu pula terlalu muda dan lemah untuk dijadikan benteng mempertahankan Mahathir.

“Jika semua situasi itu berlaku, sejarah gemilang Mahathir selama 22 tahun pasti akan tercalar dan diperlekehkan bila menjadi kambing hitam dalam Pakatan Harapan," katanya.

Kaitan: 
KENYATAAN MEDIA ANWAR IBRAHIM
Jangan risau kehadiran Tun M: Anwar
Gandingan Tun M, Anwar bukan sandiwara

Benar jantankah Pemimpin Jordan ini?

Hubungan Jordan-Israel Semakin Tegang, Jordan Mahu Pengawal Israel Dihukum
Posted by Ahmad Harith
AMMAN - Satu perempat daripada jumlah keseluruhan 195 ahli parlimen Jordan menandatangani satu petisyen yang mendesak kerajaan agar mengusir duta besar Israel.

Sementara itu, beratus-ratus penunjuk perasaan di Amman menyeru agar perjanjian damai antara Jordan dan Israel dibatalkan.

Ketegangan ini tercetus akibat tindakan petugas keselamatan Israel yang menembak mati remaja Jordan di hadapan kedutaan Israel di Amman dalam demonstrasi pada 23 Julai 2017.

Remaja bernama Mohammad Jawawdah itu dituduh membawa pemutar skru sebagai senjata ketika dalam satu demo rusuhan di depan kompleks kedutaan.

Demo itu sebagai sokongan terhadap warga Palestin yang membantah penutupan Masjid Al-Aqsa oleh polis Israel beberapa hari yang lalu.

Seramai 56 ahli parlimen Jordan pada hari Jumaat (28/7/2017) menandatangani petisyen desakan untuk mengusir duta Israel Einat Schlein dari Amman. Ahli-ahli politik itu juga meminta agar duta Jordan ke Israel Walid Obeidat di bawa pulang.

Ketegangan diplomatik itu dibincangkan parlimen pada hari Ahad. Ahli-ahli politik negara Arab itu juga menyokong penamatan hubungan diplomatik dengan Israel.

Pada hari yang sama kejadian, kira-kira 200 rakyat Jordan berdemonstrasi di Amman dengan melaungkan "Matilah Israel" dan menuntut perjanjian damai Israel-Jordan dibatalkan. 

Mereka kesal kerana tidak dapat memprotes di depan kompleks kedutaan Israel yang dilindungi oleh pasukan keselamatan Jordan.

Raja Abdullah II secara terbuka menyuarakan kemarahannya mengenai apa yang dipanggilnya sebagai "tingkah laku provokatif" Netanyahu.

Kata-kata kasar yang keluar dari pemimpin Arab itu diakibatkan oleh krisis antara kedua-dua negara itu yang juga menandakan hubungan yang tegang telah melanda.

Israel telah meminta agar Duta Besar Israel Schlein kembali ke Jordan dan meneruskan tugasnya. Namun, kerajaan Jordan menolak untuk menerima dia sehingga Israel memberi jaminan bahawa petugas keselamatan Israel yang membunuh remaja Jordan itu diadili.

Pejabat Kementerian Luar Negeri Jordan telah menyerahkan fail siasatan mereka ke Israel. Israel, seperti dilaporkan Jerusalem Post, Sabtu (29/7/2017), mula menyiasat kes itu.

Kaitan: Tindakan Pemimpin Dan Pengikut Kristian

Sunday, July 30, 2017

Parti yang patut ditinggalkan.......

Sunday, 30 July 2017
PAS MAKIN TERTINGGAL DAN PATUT DITINGGALKAN

Jika kita perhatikan, tidak banyak berita mengenai Pas tersiar di dada-dada media sejak minggu-minggu kebelakangan ini. Kalau ada pun satu dua berita yang melintas, tidak lagi ramai yang peduli mengenainya.

Tulisan Hadi Awang yang dibuatnya ketika beliau sedang sakit sehingga hampir pasti menyebabkan Akta 355 tertangguh sekali lagi pembentangannya, turut tidak berapa dihiraukan, bahkan tidak lagi menarik minat untuk diulas atau diperkatakan.

Pemimpin-pemimpin Pas yang lain juga nampaknya semakin hilang daripada radar pandangan umum. Meskipun dikhabarkan wajah-wajah mereka masih kerap terpampang di dada media milik sendiri, sudah tidak ramai lagi yang mahu membeli akhbar atau menjenguk laman berita tersebut.

Semua perkembangan yang menampakkan Pas semakin menguncup di mata dan hati rakyat ini, selain kerana pendirian parti itu sendiri yang diragui, ia juga adalah disebabkan semakin menonjolnya Pakatan Harapan dengan pelbagai agenda dan perkembangan yang menampakkan keseriusan untuk mengalahkan UMNO dan BN, seterusnya mengambil alih pentadbiran negara yang rosak akibat kerakusan Najib Razak menguruskannya.

Daripada memperkemas struktur kepimpinan, mencipta logo rasmi dan kemudian mendaftarkan Pakatan Harapan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan, semua itu telah menarik minat rakyat dan menampakkan gabungan itu benar-benar suci dan jujur niatnya untuk menyelamatkan negara ini.

Bersama dengannya juga, beberapa komitmen turut dibentangkan kepada umum seperti jangka pendek dalam tempoh 100 hari yang antaranya  menghapuskan GST dan menstabilkan harga petrol dan jangka panjang pula termasuk memulihkan institusi awam dan menubuhkan beberapa badan menyiasat pelbagai kecelakaan yang melanda negara serta merugikan rakyat.

Semua itu, bukan saja memberi harapan, tetapi juga memperlihatkan Pakatan Harapan adalah alternatif yang benar-benar dipercayai untuk menggantikan BN.

Tidak seperti Pas, meskipun berulang kali dan berbuih mulut para pemimpinnya mengatakan mereka juga serius untuk memimpin negara dan mengalahkan BN serta mengubah jumlah kerusi yang ingin ditandingi daripada 100 kepada 140, hakikatnya tiada siapa mempercayainya.

Pas tidak dipercayai dan jauh sekali daripada diyakini, bukan saja kerana tiada tokoh-tokoh berwibawa yang tinggal dalam parti itu, tetapi juga disebabkan Gagasan Sejahtera yang diura-urakan diterajuinya hanyalah momokan kosong semata-mata.

Gasasan Sejahtera yang kononnya turut disertai beberapa parti kecil lain dan ratusan NGO, tidak saja tiada struktur kepimpinan, tiada logo rasmi, bahkan tidak kedengaran beraninya ia didaftarkan sebagai entiti rasmi dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan.

Jika tiada parti gabungan rasmi dan mendaftarnya pun tidak berani, apakah tujuan Gagasan Sejahtera itu dinyanyikan?

Ia, hakikatnya hanya untuk tujuan memperdaya saja. Semua orang hampir pasti sedar mengenainya. Sama seperti hudud yang cuma didendangkan sebagai alat politik di mana ia boleh bertukar kepada negara kebajikan dan kini memadai dengan Akta 355 saja, mainan politik Pas melalui Gagasan Sejahtera dan kononnya untuk mengalahkan UMNO juga hanyalah untuk memperdaya sama.

Mereka tidak mahu, bahkan takut untuk berkuasa kerana sedar kemampuan yang tidak seberapa. Dengan mendendangkan lagu mahu berkuasa, Pas sebenarnya hanyalah ingin menolong dan membantu UMNO serta BN semata-mata.

Oleh itu, sebagaimana minggu-minggu kebelakakangan ini Pas tidak lagi dipedulikan dan hampir-hampir dilupakan oleh rakyat kerana ditenggelamkan oleh gahnya Pakatan Harapan, parti itu memang selayaknya terus disisih, ditinggal dan dilupakan. (ShahbudinHusin 30/07/2017).

Anda mungkin juga meminati:

MAKIN DIBERI MASA, MAKIN PAS MENGADA-NGADA....

NASIHAT IKHLAS UNTUK PAS, BERGABUNG DENGAN UMNO ADALAH PILIHAN YANG TERBAIK

Posted by Shahbudin Husin at 11:29

Walau pun akan dirempuh: Masih berlembut dengan PAS, bagaimanakah bacaan politik Azmin?

Azmin hadir jamuan raya Pas walau PKR bakal dirempuh?
30 Julai 2017 | ARIF ATAN
Azmin Ali di meja bertemakan warna Pas di jamuan Aidilfitri pemimpin parti itu semalam.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat menghadiri jamuan Aidilfitri di kediaman Bendahari Pas Selangor, Zaidy Abdul Talib di Bandar Tasik Puteri semalam.

Berpakaian batik warna ungu dan kelabu, Menteri Besar Selangor itu dalam satu gambar yang tersebar di media sosial turut duduk bersebelahan pemimpin Pas, Dr Abdul Rani Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru.

Walaupun bulan Syawal sudah lima hari berakhir, jamuan Hari Raya anjuran Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani itu turut dihadiri individu bukan Islam.

Kehadiran Azmin itu sekaligus dilihat menggambarkan sikapnya terhadap Pas di negeri itu walaupun parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang tersebut telah memutuskan hubungan dengan PKR pada tahun ini.

Hal tersebut berlaku ekoran tindakan Majlis Syura Ulamak Pas pada 11 Mei lalu membatalkan hubungan politik tahaluf siyasi parti itu dengan PKR.

Pas mendakwa keputusan tersebut dilakukan selepas PKR banyak melanggar syarat-syarat tahaluf siyasi iaitu tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawakan oleh Pas seperti isu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

Selain itu, Pas menyifatkan PKR juga melanggar adab-adab kerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan Pas dan membuat tuduhan palsu yang merosakkan imej parti tersebut.

Malah, PKR dianggap khianat dalam hubungan politik dengan Pas apabila bekerjasama dengan pihak yang didakwa ingin menjatuhkan Pas.

Pada masa sama, Pas telah bertegas untuk meletakkan calon bertanding PRU-14 di 45 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan 15 daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor.

Ketetapan Pas itu sekaligus menyaksikan strategi Pakatan Harapan untuk satu lawan satu menentang rejim Umno-BN terganggu.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad pada 24 April lalu dilapor berkata, keputusan tersebut berdasarkan perkembangan semasa, jika mereka tidak lagi terikat dengan rundingan pembahagian kerusi.

Selanjutnya, paling dilihat mengejutkan pemimpin tertinggi PKR apabila Pas pada 16 Julai lalu melancarkan jentera pilihan rayanya di Parlimen Permatang Pauh yang dianggap kubu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dilancarkan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berserta iringan konvoi 100 motosikal ke tempat pelancaran, beliau menafikan dakwaan Naib Presiden PKR, Tian Chua sebelum itu yang menganggap tindakan Pas tersebut sebagai provokasi dan angkuh yang tidak membantu dalam usaha menewaskan rejim Umno-BN.

Percaya atau tidak: Kita (rakyat) yang mendengar dan melihat dan kita juga yang menilai

UMNO tidak main politik menakut-nakutkan rakyat - Najib
Nazialita Geynna MaharanAstro Awani |  Julai 29, 2017 14:12 MYT
UMNO tidak main politik menakut-nakutkan rakyat - Najib
Najib disambut Ketua UMNO Bahagian Parit Datuk Zaim Abu Hassan (kanan) dan Zambry (kiri) sebaik tiba pada Perasmian Persidangan UMNO Bahagian Parit di MRSM Parit hari ini. --fotoBERNAMA
PARIT: Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan pemimpin UMNO perlu sentiasa memberikan harapan dan keyakinan bagi pembangunan rakyat, bukannya memainkan elemen menakut-nakutkan seperti yang dilakukan pembangkang.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu berkata, permainan 'politics of fear' hanya digunakan oleh pihak yang tidak mempunyai kuasa dan bertujuan menumbangkan pemimpin di tampuk pemerintahan.

Jelas beliau, permainan politik yang berasaskan elemen ketakutan hanya akan merosakkan dan menghancurkan harapan rakyat kepada negara.

"Kita akan berkecamuk, bercelaru, tidak tentu hala, tak ada panduan tetapi UMNO akan terus memberi pengharapan kepada rakyat kerana kita telah membuktikan selama 60 tahun UMNO memerintah, kitalah parti yang telah banyak berbudi dan berjasa dan bawa perubahan kepada Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian persidangan perwakilan UMNO Bahagian Parit di Dewan Iltizam, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit di sini hari ini.
Beliau dalam pada itu juga menyokong ucapan Zambry yang menyatakan bahawa terdapat dua dimensi politik di Malaysia iaitu politik menakut-nakutkan dan politik harapan.

Katanya, rakyat sewajarnya meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada UMNO yang menerajui Malaysia selama ini.

Najib berkata, beliau tidak menafikan berlaku perbezaan pendapat di kalangan pemimpin UMNO, namun ia tidak menjadi punca utama yang menghancurkan parti.

Sebaliknya, katanya, mereka harus setia kepada parti untuk terus memberikan yang terbaik buat rakyat.

Jelasnya, pemimpin juga perlu memainkan peranan agar rakyat sentiasa memberikan kepercayaan kepada 109 bahagian UMNO di seluruh negara yang mempunyai rangka organisasi tersusun rapi selama ini.

Beliau berkata, peristiwa hitam di bawah tampuk pemerintahan pembangkang selama 11 bulan yang dialami rakyat di Perak sewajarnya menjadi iktibar kepada masyarakat setempat.

“Kita mesti lakukan usaha mendekati pengundi, turun padang, nampak muka. Jangan bila dah dekat (pilihan raya), itu tidak boleh... Selesaikan masalah rakyat, baik besar dan kecil."

Najib turut menyentuh pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) sepanjang 51 kilometer yang secara tidak langsung membantu menjana ekonomi luar bandar.

"Orang ada tanya saya buat apa Datuk lambakkan peruntukan di Lembah Klang. Ni teman nak terangkan ni, Bila kita buat projek di Kuala Lumpur, ekonomi kita bertambah. Bila ekonomi bertambah, hasil negara bertambah.

"Bila hasil bertambah, maka kita gunakan peruntukan itu untuk (disalurkan) ke luar bandar juga," katanya lagi.

Katanya, projek MRT itu antara lain akan membuka peluang kepada anak-anak muda baik dari dalam dan luar bandar untuk bersaing dengan lebih kompetitif di peringkat global. 

Najib juga tegas menafikan kononnya Malaysia gagal di bawah pemerintahan UMNO sedangkan ia telah diiktiraf oleh sebuah majalah bertaraf dunia baru-baru ini.

* Rupanya Zahid Hamidi mendengar dan melihat, tapi apa tindakkannya sehingga ini?

Baca: Wakil rakyat, pemimpin UMNO kaut kekayaan peribadi calar imej parti - TPM Ahmad Zahid

Baca juga: DUA SEPUPU YANG "KE LAUT"