Friday, July 21, 2017

Mamat ni jual temberang: DAP guna PR untuk kuasai PAS

DAP Guna Flatform Pakatan Rakyat Untuk Kuasai PAS – Ustaz Moktar Senik
JULY 20, 2017 AIDCNEWS
Penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) telah dijadikan flatform oleh DAP untuk menguasai parti Islam itu, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik.

Ustaz Mokhtar yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang menjelaskan usaha menguasai PAS bermula selepas tahun 2008 apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersetuju dengan rancangan PKR dan DAP mahu membeli 10 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional Di Sarawak bagi mengambil alih Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

“Kalau berjaya beli 10 orang ini, Pakatan Rakyat pada masa itu (2008) akan memerintah Kerajaan Pusat. Dengan khabarnya, nak beli 10 orang ini dengan RM10 juta setiap seorang.

“Tok Guru Haji Hadi tanya sepatah, ‘kalau sekiranya 10 orang wakil rakyat dari BN masuk dalam PR, adakah ketika itu di Parlimen, Ahli Parlimen yang beragama Islam lebih ramai daripada Ahli Parlimen yang tidak beragama Islam’

“Apabila dikira didapati Wakil Rakyat yang bukan beragama Islam lebih ramai daripada yang beragama Islam, maka Tok Guru Haji Hadi kata ‘tak boleh !’.

“Presiden PAS tidak bersetuju (dengan rancangan itu). Sejak itu, mereka mengambil sikap memusuhi PAS,” dedah Ustaz Mokhtar.

Tambah beliau, sejak dari itu DAP khususnya telah melakukan tiga kaedah untuk melemahkan Presiden PAS dan menguasai parti Islam itu.

“Bila PAS dilihat oleh DAP sebagai bebanan dan penghalang kepada cita-cita mereka, lalu mereka gunakan langkah yang pertama.

“Langkah yang pertama ialah cuba kuasai PAS dan cuba tundukkan PAS di bawah kehendak DAP. Langkah pertama gagal sebab Tok Guru Haji Hadi jadi penghalangnya.”

Jelas Ustaz Mokhtar, DAP telah memfokuskan jawatan Presiden PAS sebagai langkah kedua untuk menguasai parti Islam itu.

“Langkah kedua, tukar Presiden PAS. DAP yang berada di luar PAS (telah) berkempen supaya ahli PAS tukar Presiden. Sebab tukar Presiden, Tok Guru Haji Hadi tak jadi Presiden, maka akan naik yang DAP nak, maka berjayalah dia menguasai PAS.

“Pada masa itu (PAS) bukan setakat jadi kuda, tetapi jadi lembu. DAP nak menglembukan PAS.

“Tapi malang dengan takdir Allah, pada Muktamar ke-61 di Kuala Selangor, bukan menyaksikan Presiden PAS yang tersingkir, tetapi menyaksikan mereka yang menjadi proksi DAP dalam PAS yang disingkir oleh perwakilan.”
Jelas Ustaz Mokhtar lagi, selepas DAP gagal melaksanakan kedua-dua langkah itu, maka langkah terakhir dilakukan dengan menubuhkan parti baharu bagi melawan PAS.

“Langkah ketiga ialah, orang yang berfikiran DAP (dalam PAS) hendaklah keluar daripada PAS dan tubuh sebuah parti, lawan PAS semula.

“Maka itu dinamakan PAN. Sebab itu kalau kita undi PAN, sama seperti kita undi DAP.”

* Bertempik depan para wala'un bolehlah, di depan yang boleh berfikir dan menilai hampaslah jadinya!

6 comments:

  1. Ini bukan ustaz.....

    ReplyDelete
  2. Ostad tunjuk "kotley" buat hingaq lagi!!

    ReplyDelete
  3. Daripada 9 Melayu 2 Cina dan 1 India
    Pemimpin PH yang stabil
    Dan belum ada skandal politik
    UMNO dan PAS rindu LKS dan DAP
    Kenapa ye?
    Ini akibatnya bermain api
    Setiap kali PRU...
    Mereka UMNO membakar api rasisme
    Dan PAS menari sekeliling
    Bagai Majusi...
    Taksubbiyah dan Assobiyyah
    Menjadi punca mereka gagal
    Nabi telah berjaya
    Hapuskan sikap itu pada bangsa Arab
    Hendaknya PH tidak terikut
    Tarian Majusi pembakar api
    Perkauman dan agama
    Oleh UMNO & PAS!!!!!!!!

    SELAMATKAN MALAYSIA
    HAPUSKAN KLEPTOKRASI!

    ReplyDelete
  4. Wow, this article is pleasant, my younger sister is analyzing such things, so I am going to inform her.

    ReplyDelete
  5. tak habis habis dgn senik ni.
    bikin malu kompeni.

    ReplyDelete
  6. Inikah sosok yang diangkat sebagai pemimpin tertinggi kita ? Memalukan dan menjijikkan. Dan masih lagi nak tunjuk muka... Nanti orang korek korek betemu berita tak senonoh nya..tak malu kah..mungkin nak seluruh Malaysia rewind Cerita Lucah lama tu..... Ni yang aku tak suka nih ... - ST

    ReplyDelete