Sunday, April 15, 2018

Ya'fullahu Ta'ala 'Anhu


Saya menantu kepada Fakhruddin Yusoff (pemilik blog ini) dukacita ingin menyatakan bahawa Almarhum telah meninggal dunia pagi tadi bertarikh 15-April-2018 di rumah kami Ulu Yam,Batang Kali dan telah pun dikebumikan di tanah perkuburan Desa Kaloi,Ulu Yam selepas Asar. Sila panjangkan pada kenalan yang mengenalinya.

Sekian

Mahathir tak masuk wang negara dalam poketnya

Mahathir tak masuk wang negara dalam poketnya, kata Shafie Afdal
By Ana Ghoib - 2016-04-14
Datuk Seri Shafie Afdal, berkata skandal 1MDB tidak boleh disamakan dengan zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun bekas peradana menteri membuat tindakan drastik menyelamatkan negara. – Gambar wiraveteran.blogspot

Selain itu, kata Naib Presiden UMNO, malah Tun Dr Mahathir jugalah pemimpin yang bertanggungjawab memajukan negara sehingga mencapai kedudukan membanggakan ke hari ini.

“Dan ini memang satu kenyataan yang wajar diakui rakyat,” tegas bekas menteri itu. – KiniTV

Tun M tak masuk wang negara dalam poketnya, kata Shafie Afdal

Saturday, April 14, 2018

Adakah dia boleh landa apa saja bila di sebelah yang berkuasa?

Saturday, 14 April 2018
KU NAN WAJAR DISIASAT DI BAWAH AKTA BERITA PALSU

Dua kenyataan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor seperti di bawah ini, selain terdedah kepada tindakan saman oleh pihak yang dikaitkannya, juga berkemungkinan besar adalah suatu berita palsu.

Kedua-dua dakwaan ini sesungguhnya adalah tuduhan yang berat, apalagi jika diperkatakan tanpa bukti atau fakta yang kukuh.
Meskipun di musim kempen pilihanraya, tetapi dakwaan Ku Nan ini seharusnya segera disiasat oleh pihak berkuasa, setidak-tidaknya di bawah akta berita tidak benar atau berita palsu.

Selain itu, tuduhan beliau berkaitan mubaligh Kristian dalam DAP juga boleh disiasat di bawah akta hasutan, kecuali jika dapat disertakan bukti-bukti kukuh mengenainya.

Hanya dengan penyiasataan terhadap Ku Nan saja dapat membuktikan sama ada kedua-dua dakwaan beliau benar atau sebaliknya.

Jika berita "berbahaya" seperti ini tidak segera disiasat, ia tidak lain hanya mengesahkan lagi bahawa akta tersebut diluluskan semata-mata untuk disasarkan kepada pembangkang serta untuk memberi kelebihan kepada UMNO dan BN.  (ShahbudinHusin 14/04/2018)

Posted by Shahbudin Husin at 19:17 

Ini pula respon Tuan Ibrahim: Pil Kuda: Ku Nan jangan mengarut, kata Tuan Ibrahim

Sape yang berani siasat Najib, SPRM?

Peguam gesa SPRM siasat Najib kerana rasuah pilihan raya
mk  |  Dikemaskini 14 Apr 2018, 5:00 petang

Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla mendakwa Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak melakukan kesalahan rasuah apabila memberi kad bantuan teksi 1Malaysia kepada pemandu teksi dan menjanjikan kenaikan gaji kepada penjawat awam sekiranya BN memenangi pilihan raya umum ke-14.

Peguam itu merujuk beberapa laporan yang memetik Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa sebagai berkata bahawa kerajaan sementara hanya boleh meneruskan dasar-dasar kerajaan sebelum ini sehingga hari mengundi.

Oleh itu, peguam itu berkata, melainkan jika ia diluluskan oleh kabinet atau diumumkan dalam belanjawan negara dan diluluskan parlimen, kerajaan sementara tidak mempunyai kuasa membuat janji atau memberi hadiah kepada sesiapa pun, sama ada orang awam atau sektor swasta.

Haniff, yang mewakili Tun Dr Mahathir Mohamad dalam beberapa kes berprofil tinggi, menjelaskan bahawa Najib telah mengumumkan pembubaran Parlimen pada 6 April bagi memberi laluan kepada PRU14.

Haniff menjelaskan bahawa pemberian hadiah untuk mendapatkan undi bagi tempoh antara hari penamaan, 28 April hingga hari mengundi, 9 Mei merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Namun katanya jika perbuatan itu dilakukan sebelum hari penamaan, tindakan sedemikian mungkin merupakan satu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Mengikut Seksyen 17 (b) akta itu, Haniff berkata adalah suatu kesalahan bagi seseorang memberi hadiah untuk tujuan mendapatkan sesuatu.

"Oleh itu, Najib tidak boleh berbuat sesuatu yang sama seperti rasuah dan SPRM harus memantau dan mencegah amalan sedemikian dengan segera," katanya dalam tulisan di blog.

Beliau berkata sejak parlimen dibubarkan, Najib terlibat dalam dua kesalahan rasuah apabila membuat dua pengumuman.

"Pada 4 April, dua hari sebelum pembubaran, beliau mengumumkan bonus dan kenaikan gaji untuk 1.6 juta penjawat awam.

"Semalam, seminggu selepas pengumuman pembubarkan Parlimen, 67,000 pemandu teksi menerima kad bantuan teksi 1Malaysia di bawah inisiatif Teksi 1Malaysia," katanya yang mendesak SPRM menyiasat perdana menteri sementara itu kerana kesalahan rasuah.

Berebutkan Nik Omarlah pulak!

Nik Abduh nafi abang nak menyeberang ke AMANAH
mk  |  Dikemaskini 14 Apr 2018, 3:59 petang
PRU14 | Nik Abduh Nik Abdul Aziz menafikan salah seorang anggota keluarganya akan menyertai AMANAH sekali gus diturunkan sebagai calon Pakatan Harapan (HARAPAN).

Kata anggota Jawatankuasa Pusat PAS yang mendapat undian tertinggi dalam pemilihan lalu itu abangnya, Nik Omar, kekal istiqamah bersama PAS.

Nik Abduh juga menegaskan tiada sebarang rundingan dijalankan untuk memujuk Nik Omar menyertai AMANAH.

“Tidak akan berlaku (Nik Omar) menyertai AMANAH.

"Tiada rundingan (berlangsung), keluarga kami menafikannya. (Dakwaan AMANAH) ini propaganda untuk pecah-belahkan rakyat Kelantan," katanya kepada media di Pasir Mas hari ini.

Nik Abduh ditemui semasa menghadiri majlis kenduri anak bekas wakil rakyat kawasan Bukit Tuku, Abdul Fattah Haron.

Semalam salah seorang pemimpin AMANAH Kelantan mendakwa mereka sedang berunding untuk memuktamadkan penyertaan anak kedua Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat ke dalam parti berkenaan.

Jika menjadi kenyataan ia akan mewujudkan pertembungan adik-beradik di kalangan waris bekas menteri besar Kelantan berkenaan.

Serah kepada parti

Nik Abduh dikenali sebagai salah seorang pemimpin PAS yang tegar menyokong pendekatan diambil parti itu sejak Nik Abdul Aziz meninggal dunia.

Pada masa sama Nik Omar pula kelihatan lebih terbuka dan pernah dilihat bersama-sama pemimpin AMANAH sekarang dalam majlis tertentu.

Perwatakan Nik Omar juga banyak mengingatkan orang ramai kepada ketokohan serta sikap lemah-lembut Nik Abdul Aziz.

Pemerhati berpendapat jika Nik Omar benar-benar menyertai AMANAH kemungkinan besar dia akan menjadi calon PRU akan datang.

Sementara itu mengenai kedudukannya dalam PRU ke-14 ini - sama ada kekal bertanding di parlimen atau tidak - Nik Abduh berkata dia menyerahkan keputusan itu kepada kepimpinan parti.

"Tentang pencalonan, saya tak mahu ulas sebab adat dalam jemaah, tak molek. Kita kena serah kepada pimpinan," katanya yang menyandang kerusi parlimen Pasir Mas.

Menurut Nik Abduh setakat ini hanya satu nama sudah disahkan menjadi calon PAS iaitu ketua penerangan parti berkenaan, Nasrudin Hassan.

Nasrudin sebelum ini memenangi kerusi parlimen Temerloh namun dinamakan sebagai calon Indera Mahkota oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Rahman Dahlan kata ini propaganda palsu dan finah jahat nak jatuhkan BN

'Jual negara kepada China, fitnah jahat mahu jatuhkan BN'
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI  - 14 APRIL 2018
Singapura mencatatkan pelaburan langsung asing tertinggi di Malaysia

SHAH ALAM - Propaganda bahawa BN menjual kedaulatan negara kepada China kembali disebar pihak tertentu demi kepentingan politik, menjelang PRU14.

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, propaganda palsu ini tidak berlandaskan fakta dan angka yang sebenar, tetapi berasaskan fitnah jahat untuk mencipta persepsi negatif kepada BN.

"Jumlah terkumpul pelaburan China (termasuk Hong Kong) di Malaysia setakat 2017 adalah bernilai RM65 billion," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kisah terbaharu yang kembali tular di media sosial yang mendakwa BN menjual kedaulatan negara kepada China.

Jelas Abdul Rahman, nilai dagangan itu lebih rendah daripada jumlah terkumpul pelaburan Singapura (RM116.3 billion) dan Jepun (RM71.6 billion).

"Jumlah pelaburan China di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi di bawah Singapura dan Jepun," katanya.

Justeru katanya, menurut logik pembangkang, kedaulatan Malaysia sepatutnya terjual kepada Singapura dan Jepun dahulu kerana jumlah pelaburan mereka yang lebih besar jika dibandingkan dengan jumlah pelaburan yang dibuat oleh China dalam negara kita.

"Sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, Malaysia sudah tentu akan menerima pelaburan dari luar negara tetapi tidak terhad kepada China sahaja," katanya.

Tegasnya, jumlah pelaburan asing terkumpul di Malaysia sehingga 2017 adalah RM565 billion. Pelaburan dari China hanyalah mewakili 11.5 peratus daripada jumlah pelaburan asing di Malaysia.

Katanya lagi, Malaysia juga menerima pelaburan dari negara-negara Eropah seperti Belanda, Switzerland, Jerman, United Kingdom, Denmark dan juga Amerika Syarikat.

Baru-baru ini syarikat Saudi Aramco dari Arab Saudi bersetuju melabur AS$7 bilion (RM27 bilion) di dalam Projek Rapid Pengerang.

"Saya yang terlibat secara langsung di dalam rundingan bersama-sama Menteri Tenaga, Industri dan Sumber Mineral Arab Saudi, Khalid al-Falih mendapat maklum balas yang positif dari pihak mereka tentang ekonomi Malaysia," katanya.

Oleh itu, beliau menasihati rakyat Malaysia agar lebih berhati-hati sebelum percaya dan menyebarkan propaganda seperti ini.

"Tidak ada sekelumit pun kedaulatan negara yang akan BN pajakkan kepada mana-mana negara asing.

"Jangan gadaikan masa depan anda dan tanahair yang kita cintai ini," katanya.

Negaraku berada di tangan Melayu sejak 60 tahun

* Tajuk di bawah ini sudah pun menghurai segalanya. Mengapa ada Melayu yang mertad dari Melayu?

'Murtad dari Melayu'
Mohd. Fudzail Mohd. Nor |  Dikemaskini 13 Apr 2018, 11:44 pagi
Saya masih teringat satu tajuk cerpen yang pernah dibaca sewaktu sekolah rendah, "Murtad Dari Melayu'.

Tidak ingat siapa penulis. Kalau tidak silap, cerpen itu berkisar mengenai seorang tua yang sakit di hospital sebelum dia meninggal dunia telah mengisytiharkan kepada anak-anaknya bahawa dirinya murtad daripada menjadi orang Melayu.

Lelaki itu kecewa melihat betapa teruknya perangai dan situasi orang Melayu yang menjadi tuan di tanahair sendiri.

Keputusan untuk murtad daripada menjadi orang Melayu itu menimbulkan ketegangan di kalangan anak-anaknya.

Kesan membaca cerpen itu terhadap saya, walau masih bersekolah rendah masih berterusan ke hari ini. Tidak tergapai pemikiran saya sewaktu dalam kehidupan di kampung yang masih belum membangun itu, pada akhir tahun 1970an berkenaan apa yang mungkin berlaku hari ini.

Ruang, peluang penguasaan politik

Sepanjang 4 dekad kemudian, apakah ada perubahan besar sikap, minda, mentaliti dan pendirian orang Melayu?

Dengan jutaan yang sudah bersekolah, menjadi graduan, berjaya dalam pelbagai bidang melalui DEB, tentunya orang Melayu di bawah kepimpinan parti kebangsaan boleh berbangga dengan kejayaan yang ada.

Penguasaan dalam politik semenjak merdeka memberi banyak ruang dan peluang. Tidak dapat disangkal memang ada banyak kemajuan yang dicapai terutama dalam dekad 1980an.

Begitupun, dengan media sosial hari ini, penyebaran maklumat, berita dan propaganda, termasuk berita palsu membongkar realiti yang hampir sama dengan keadaan dekad 1970an.
Apalagi dengan pembubaran parlimen dan kemeriahan pilihan raya semakin menjadikan suasana membahang di mana-mana.

Kita boleh mengukur sejauh mana negara telah bergerak progresif atau berpatah balik regresif, arah sebenar majoriti orang Melayu yang juga majoriti warganegara Malaysia ini ke depan atau ke belakang?

Kita lihat sahaja bagaimana sikap politikus Melayu daripada parti kebangsaan misalnya dalam proses demokrasi 'acuan tempatan'.

Apabila disebut mengenai negara kita hari ini di luar negara, seperi kami di di UAE, tanggapan pertama adalah soalan,'what happened to your country'?

Apa yang telah berlaku di negara yang dahulunya gah dan menjadi kebanggaan. Sekarang dicemar dengan imej rasuah, kleptokrasi dan perompakan siang hari yang terlampau.
Kita masih dipimpin oleh politikus Melayu daripada parti kebangsaan yang terus menang dalam pilihan raya. Tetapi apakah mereka yang berkuasa melalui demokrasi itu benar-benar demokrat mengikut piawaian sebenar?

Bukan sahaja politikus Melayu parti kebangsaan yang mengaku Muslim, solat lima waktu, puasa sebulan ramadan, membayar zakat, pergi haji dan umrah itu kelihatan syok sendiri dengan propaganda sendiri, tetapi mereka seakan berada di cakerawala selari yang hanya didiami mereka.

Penguasaan kuasa sepenuhnya di bawah seorang politikus dengan jawatan perdana menteri, walau bukan penjawat awam menurut mahkamah, menjadikan setiap cabang pentadbiran hanyalah boneka tanpa wibawa dan integriti.

Ingat, mereka yang memegang jawatan eksekutif sebagai ketua polis, peguam negara, ketua setiausaha negara, panglima tentera, ketua pengarah SPRM dan ROS, semuanya terdiri daripada orang Melayu atau muslim.
Mereka ini, penjawat awam sepatutnya bebas daripada kuasa politikus yang mentadbir melalui mandat yang diberikan lima tahun sekali.

Mereka yang memegang amanah dan mengangkat sumpah dengan nama Allah itu sepatutnya menjiwai konsep berani kerana benar dalam memikul tanggungjawab kerana setiap urusan membawa sama ada ke syurga atau ke neraka.

Imej negara yang dicintai ini tercemar teruk dengan penyelewengan, kerakusan, rasuah, ketamakan dan kejahatan politikus serta penjawat awam yang bertaraf boneka. Lantaran itu, hal paling ketara yang ditunjukkan daripada kesemua ini adalah kebangsatan moral bangsa Melayu!

Apakah mereka tidak merasa berdosa kerana menidakkan keadilan untuk semua, apabila parti lawan tidak diberikan ruang yang bebas dan adil untuk bertarung di padang yang sama rata, dengan pengadil yang saksama?

Tidakkah ada sekelumit perasaan bersalah? Atau memang matlamat menghalalkan cara?
Sebaik pembubaran parlimen, tiada lagi kerajaan sah. Dalam pilihanraya hanyalah parti-parti yang berkempen.

Begitupun, para pemegang jawatan menteri di bawah kerajaan sementara atau caretaker government terus sahaja melakukan apa sahaja, termasuk penggunaan fasiliti, jentera, media dan kemudahan awam untuk berkempen.

Lebih teruk, kempen pilihanraya tidak banyak berubah dari lima dekad lalu. Pemberian rasuah melalui saguhati seperti kain pelikat, kain batik, wang tunai dan pelbagai pemberian 'one-off', janji-janji bina itu dan ini dengan jutaan bajet, berterusan menjadi strategi untuk menang pilihan raya.

Para calon yang bertaraf menteri terus berlagak mempunyai kuasa untuk memberi apa sahaja dalam meraih undi.

Sedangkan mereka sepatutnya di sebut calon, bukan lagi perdana menteri atau menteri itu dan ini.

Debat ketua-ketua parti politik

Kita tidak berpeluang mendengar ketua-ketua parti politik berdebat sesama mereka secara langsung melalui media kepunyaan awam mahupun swasta. Sedangkan kita telah pun dianggap negara maju oleh perdana menteri dan para menteri.

Pihak yang dikatakan pembangkang tentunya bersedia untuk program debat antara calon. Inilah antara acara terbaik dalam demokrasi yang subur, maju dan telus.

Manakala pihak yang masih terasa sebagai kerajaan, hanya berani melalui media yang dikuasai. Monolog di atas pentas rapat umum atau di televisyen.

Dengan media sosial juga, pelbagai sebaran bahan kempen yang ditularkan sama ada untuk menakutkan atau menerangkan.
Perang politik telah lama bermula dalam Facebook dan Whatsapp.

Maki-hamun telah menjadi sebahagian suasana politik maya, lebih teruk dari luar alam maya. Kebebasan yang sedikit sebanyak membawa kesan negatif dalam perhubungan sesama sendiri.

Hakikatnya, begitu hodoh, buruk, tidak jantan dan tidak Islamik sekali untuk para politikus Melayu terutama daripada parti kebangsaan yang mahu terus berkuasa. Tidak ketinggalan juga tindakan para penyokong mereka (sama ada penjawat awam atau pengundi) dalam proses demokrasi yang dipantau oleh masyarakat dunia ini.

Disebabkan majoriti pihak yang berkuasa dan pengundi ialah orang Melayu Islam, maka orang Melayu dan Muslim dilihat semakin tersasar daripada demokrasi tulen.

Barangkali jika orang tua dalam cerpen 'Murtad dari Melayu' itu hidup kembali, dia akan tetap murtad daripada menjadi orang Melayu!

* MOHD FUDZAIL MOHD NOR bermastautin di UAE sejak 2000. Pernah bekerja di TV3 dan kini usahawan serta pengarah beberapa syarikat antarabangsa. Beliau juga penulis prolifik dengan sembilan judul buku dan pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

ATM dipuji kerana pendiriannya tidak berpihak

Puji ATM tidak berpihak pada parti — Mohamed Arshad Raji
Tuesday April 10, 2018 - 9:55 PM GMT+8
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tan Sri Raja Mohd Affandi

10 APRIL — Persatuan Patriot Kebangssan (Patriot) memuji kenyataan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tan Sri Raja Mohd Affandi yang dibuat di Kuching pada 10 April 2018. 

Panglima Angkatan Tentera menyebut bahawa kesetiaan ATM adalah kepada Raja dan negara, dan ATM tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. 

Patriot menabik Panglima Angkatan Tentera di atas perisytiharan terbuka beliau.

Patriot terkejut mendengar menteri pertahanan penjaga (caretaker) Hishammuddin yang menyatakan, “Jangan cuba untuk menipu anggota ATM dan jangan cuba mengelirukan orang lain dengan tuduhan (anggota ATM berpihak dengan parti tertentu )” (Borneo Post online 10 April 2018). 

Patriot tidak menyalahkan Panglima Angkatan Tentera kerana membuat kenyataan di Mes Perwira Kementah pada 30 Mac 2018 menyatakan kesetiaan kepada kerajaan dan perdana menteri kerana kami percaya beliau hanya mengikuti naratif penulis ucapan dari kementerian Hishammuddin. 

Patriot telah menyebut sebelum ini bahawa pengundian dan kertas undi adalah rahsia dan adalah mustahil bagi sesiapa untuk mengesan parti atau calon mana yang telah dipilh. 

Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya juga telah membuat pernyataan yang sama. 

Memandangkan Panglima Angkatan Tentera telah membuat kenyataan yang dialu-alukan di Kuching, kami merayu agar beliau segera membuat pernyataan seperti berikut, untuk mengelakkan ketakutan, kecurigaan dan kekeliruan di kalangan anggota tentera dan masyarakat umum:

1.   Semua anggota angkatan tentera dan ahli keluarga mereka bebas mengundi sesiapa sahaja yang mereka inginkan.

2.    Mereka yang berhak membuat undi pos / awal hendaklah menandakan kertas undi sendiri, dan tidak ada orang lain yang menandakan kertas undi untuk mereka.

3.    Menandakan kertas undi bagi pihak orang lain adalah kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Pesalah juga akan diambil tindakan secara serius di bawah Akta Angkatan Tentera 1972. - sumber

* Briged Jeneral (B) Datuk Mohamed Arshad Raji adalah presiden Persatuan Patriot Kebangsaan

Segalanya mudah bila Allah campakkan hidayahNya


Dan semasa aku tonton video di bawah ni pula entah berapa banyak air mataku tumpah berderai

Ceramah Tun M di Felda Bukit Tangga: Ribuan Warganya HADIR , adakah mereka akan terjemahkan pada Kertas Undi?

* Gambar dan keterangan aku bawa dari blog celahgelegar

Saturday, April 14, 2018
[15 GAMBAR] Ribuan Warga Felda Bukit Tangga HADIR ceramah Tun M
Sakit kepala pulak la najib tengok gambar Tun M dengan ribuan rakyat Felda Bukit Tangga semalam. 

Kehadiran yang tidak terjangka ribuan rakyat felda Bukit TanggaBukit Kayu Hitam semalam menafikan sama sekali fitnah tv3 suku bahawa penduduk Felda masih setia bersama dengan kepimpinan al Najib.

Sebenarnya rakyat Felda juga telah bangkit bersama dengan gelombang kebangkitan rakyat. Mereka mahu berubah. 

Mereka tahu, sudah sekian lama mereka ditipu di bawah kepimpinan najib. Rakyat Felda bangkit mahu berubah untuk membina semula negara dan Felda bersama dengan perjuangan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua yang hadir semalam pun turut kehairanan, dari celah pelusuk manakah rakyat yang muncul. Mungkinkah juga yang turun dari langit seperti yang didakwa oleh so called Ust. Pas.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dah tak suka, menyampah, saman jerlah......untung-untung dapat pampasan!

Poster ‘politik bini muda’ tular, gadis bengang foto disalah guna
Friday April 13, 2018  -  7:11 PM GMT+8
Paparan skrin menunjukkan sebahagian poster kempen politik parti pembangkang yang menyalahgunakan foto seorang gadis

KUALA LUMPUR, 13 April — Gadis yang dijadikan objek kempen parti politik pembangkang, berasa bengang berikutan penularan fotonya di media sosial.

Foto Aida Azira, 19, digunakan dalam poster kempen menyokong calon yang menggunakan logo PKR dan tertera “Bang...Pilih Biru Muda Saja Tau Bukan Bini Muda”.

Beliau kesal kerana ahli politik mengambil kesempatan dengan menyalahgunakan fotonya hingga tular dan “masuk surat khabar”.

“Ingat aku bangga ke muka aku pampang depan depan surat khabar untuk raih undi korang?” katanya melalui akaun Twitter @aidaazirx.

“Suka suka hati kau nak guna gambar aku. Sumpah aku tak halalkan...”
Aidaazira
@aidaazirx_
 Kalau boleh saman and aku tahu siapa buat gambar ni sumpah aku maki . Kau mesti orang politik dah 21 ke atas . Suka suka hati kau nak guna gambar aku . Sumpah aku tak halalkan , makin benci pulak aku dengan politik . Over the limit lah orang zaman sekarang
12:19 - 13 Apr 2018
1,679
3,934 people are talking about this
Twitter Ads information and privacy

Mengakui tertekan, beliau juga malu apabila dia menerima banyak kiriman foto tersebut daripada pelbagai aplikasi media sosial.

“Mula mula aku sabar ea PKR. Tapi setiap kali orang send (hantar) benda itu dekat aku. Aku rasa annoying (terganggu) malu pun ada,” katanya, turut bercadang membuat laporan polis.

Semalam, seorang penyelia kilang Amran Nordin, 43, membuat laporan polis selepas wajahnya digunakan dalam poster palsu berkaitan pemberian 5,000 baju dalam.

Poster itu asalnya kempen penyelaras BN Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said untuk acara 5,000 cermin mata percuma sebelum dipalsukan. - sumber

PRU14: Perkara yang membimbangkan UMNO/BN

Penganalisis: Pemikiran Melayu luar bandar sudah berubah

  | April 13, 2018
Pusat Ilham berkata faktor Dr M meleraikan kesetiaan orang Melayu pada Umno dan PAS.
PETALING JAYA: Penyelidik di Pusat Ilham mendapati terdapat perubahan dalam sikap politik Melayu luar bandar sejak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai pembangkang, menurut pengarah eksekutif badan pemikir itu, Mohamad Hisomuddin Bakar.
Beliau berkata nampaknya mereka tidak lagi terlalu setia pada Umno atau PAS dan sudi mempertimbangkan untuk mengundi calon-calon yang dilihat boleh dipercayai tanpa mengambil kira parti.
“Melayu berusia 50 tahun ke atas sebelum ini menghayati politik menerusi parti,” katanya.
Mohamad Hisomuddin Bakar
“Mereka sebelum ini mengundi parti, bukan calon. Jika kerusi itu kubu kuat Umno atau PAS, ia akan kekal sebegitu bertahun lama melainkan lebih ramai orang muda mendaftar sebagai pengundi dan memilih pembangkang. Itu pun, perubahan adalah sedikit.”
Dengan trend ini, parti Melayu baru seperti Amanah dan PPBM tidak akan mampu meraih jumlah undi yang banyak.
Bagaimanapun, menurut Hisomuddin, penduduk luar bandar buat pertama kali berdepan pilihan sama ada menyokong parti biasa atau calon yang bersepakat dengan Dr Mahathir, pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan.
“Kami perhatikan orang lama boleh menghayati Dr Mahathir,” katanya.
“Mereka sudah terbiasa dengannya.”
Katanya, faktor Dr Mahathir menjadikan kemenangan tidak begitu pasti buat PAS dan Umno, walaupun di kerusi luar bandar yang biasanya dimenangi mereka terutama di kerusi-kerusi yang dimenangi dengan tipis.
Pertimbangan orang Melayu di bandar pula berbeza, katanya. “Di bandar, ia tentang siapa yang mampu menyediakan lebih banyak pekerjaan dan lebih banyak duit untuk poket.”
Hisomuddin juga mengulas berhubung corak undian masyarakat Cina, mengatakan ianya mudah diramal.
“Sokongan mereka hampir sama secara keseluruhannya,” he said.
“Jika perubahan ke arah DAP, maka semua akan undi DAP. Jika ke arah MCA, semua akan undi MCA.”
Katanya, pengundi Cina akan mengundi DAP pada pilihan raya akan datang, dan menambah, keputusan parti itu untuk menggunakan logo PKR tidak akan mempengaruhi keputusan pengundi.
Bagi masyarakat India pula, corak undian mereka sukar diramalkan.
Beliau berkata, 80% pengundi India memilih pembangkang pada PRU tahun 2008 tetapi menurun kepada 50% pada 2013. Katanya, penganalisis di Pusat Ilham dan institusi lain menganggap penurunan 30% itu sebagai drastik.
Malaysia akan mengundi pada 9 Mei. Hampir 15 juta rakyat kini layak mengundi.
Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14

Setelah bertindak kejam, tahu pula takut dan menyembunyikan diri!

Di mana Bashar tatkala Barat siap sedia untuk serang Syria?
Laporan media dakwa Presiden Syria bakal dipindahkan ke Tehran
RZ   13/04/2018
DOUMA (SYRIA), 26 Rejab 1439H, Jumaat – Tatkala rejim Syria berdepan dengan ugutan serangan daripada tentera Barat, khususnya Amerika Syarikat (AS), media membuat andaian di mana Presiden Bashar al-Assad kini berada.

Al-Quds Al-Arabi melaporkan pelbagai andaian dibuat mengenai kedudukan Bashar dan keluarganya selepas Barat mengugut untuk menyerang Syria setelah dituduh menggunakan senjata kimia membunuh ratusan penduduk negara itu, terutama di kawasan dikuasai pejuang.

Portal pembangkang Iran, Amade News, memetik seorang pegawai Pengawal Revolusi berkata, Presiden Syria dan keluarganya itu sedang dipersiapkan untuk dipindahkan ke Tehran.

Langkah itu dibuat berikutan keadaan cemas dan bimbang terhadap keluarga masing-masing mula tersebar di kalangan pegawai atasan Pengawal Revolusi, lapor portal itu.

Bagaimanapun, agensi berita Russia, Ria Novosti, menolak dakwaan itu sambil menyatakan Bashar dan keluarganya masih berada di Syria.

Al-Quds Al-Arabi juga berkata, media Israel melaporkan bahawa Bashar dan keluarganya telah meninggalkan istana di Damsyik menggunakan konvoi tentera Russia, tetapi tidak dinyatakan destinasinya. – Agensi

AS akan serang rejim Syria
Russia berjanji pertahan kerajaan Bashar al-Assad
RZ   13/04/2018
Sekeluarga rakyat Syria maut dalam serangan rejim Bashar di Douma, beberapa hari lalu. Rejim Syria dituduh menggunakan senjata kimia dalam serangan itu yang turut menyebabkan puluhan lagi terbunuh. - Gambar AP

WASHINGTON, 26 Rejab 1439H, Jumaat – Amerika Syarikat (AS) akan menyerang tidak kira sama ada cepat atau lambat. Langkah ini diumumkan Presiden Donald Trump dalam Tweeter semalam, yang menyebabkan banyak negara meramalkan AS benar-benar akan menyerang Syria.

Tweeter yang dihantar semalam, muncul selepas beberapa mesej di mana Trump memberitahu Russia supaya bersiap sedia dengan serangan peluru berpandu ke atas Syria, dan pegawai Russia pula berjanji akan menembak jatuh peluru berpandu itu.

Jurucakap Kementerian Luar Russia, Maria Zakharova ketika mengulas kenyataan Trump itu berkata, peluru berpandu itu sepatutnya menghala ke arah pengganas, bukan kepada kerajaan Syria yang sah.

Sebelum ini, AS dan beberapa negara Eropah mengugut akan mengambil tindakan terhadap kerajaan Syria sebagai tindak balas ke atas rejim Bashar al-Assad kerana disyaki menggunakan senjata kimia untuk menyerang kubu kumpulan pejuang di Douma.

Russia adalah sekutu utama dan kuat rejim Bashar.

Bagaimanapun, Kremlin cuba meredakan ketegangan itu apabila jurucakapnya, Dimitri Peskov berkata, Russia menyokong pendekatan yang serius berhubung senjata kimia itu.

“Kami percaya adalah penting untuk tidak mengambil tindakan yang boleh memburukkan lagi situasi yang tegang sekarang,” katanya yang dipetik daripada Interfax. – Agensi

Hantu di pusara

The Jakarta Post menjaja pembohongan?

* Maknanya rakyat kedua-dua negara berupaya menilai bila berita ini tersiar
Nampaknya pak duta kita bengang dan cukup sensitif dengan berita perbandingan ini. Biasalah itu kerja pak duta!

Duta: Jakarta Post bohong, tuduh Najib macam Suharto
Friday April 13, 2018  -  7:42 PM GMT+8
Zahrain menggesa penulis The Jakarta Post untuk berhenti menjaja pembohongan. — Foto Bernama

JAKARTA, 13 April — Duta Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meminta sebuah akhbar republik itu, The Jakarta Post, supaya  berhenti  menjaja  pembohongan  terhadap demokrasi di Malaysia dan menegaskan  bahawa Malaysia telah menikmati keamanan dan kemakmuran sejak lebih 60 tahun lalu di bawah sistem demokrasi berparlimen mengikut  gaya ‘westminister’

“Saya merujuk kepada artikel The Jakarta Post bertajuk “Truly Asean” bertarikh 10 April 2018. Bertujuan menjual berita semata-mata dan bukan mengutarakan kebenaran, penulisan itu dicemari oleh kepalsuan dan tuduhan tidak berasas yang mengaibkan demokrasi Malaysia dan penduduknya.

Surat khabar The Jakarta Post telah mendakwa bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak sebagai serupa dengan mantan Presiden Indonesia Suharto, yang mengamalkan taktik manipulasi.

“Bagi rakyat Indonesia, taktik yang digunakan oleh pemimpin Malaysia Najib Razak untuk memenangi pilihan raya umum akan datang mengingatkan kepada helah Suharto ketika 32 tahun  pemerintahannya,” kata The Jakarta Post dalam ruangan lidah pengarangnya.

Zahrain berkata “Malaysia telah melalui 13 pilhan raya dengan jayanya, ia berjalan dengan sangat baik bagi negara kami dan kami berhasrat untuk melestarikannya.    

“Badan pengurusan pilihan raya dari negara luar, termasuk Komisi Pemilihan Umum dari Indonesia dijemput sebagai pemerhati dalam pilihanraya kami,” katanya.

“Menerusi pilihan raya yang bebas dan adil, pengundi dapat memilih wakil mereka ke Parlimen tanpa rasa ketakutan.

Pada akhirnya, sesiapa yang mendapat keyakinan parlimen akan dilantik sebagai perdana menteri dan dipelawa menubuhkan kerajaan, katanya..    

“Nasihat saya kepada penulis (The Jakarta Post), tolong berhenti menjaja pembohongan,” kata Zahrain. — Bernama

Nik Amar mahu lari dari Panchor?

Amanah cabar Nik Amar jangan lari dari Panchor
OLEH ABDUL RAHIM SABRI  - Friday April 13, 2018, 4:17 PM GMT+8
Hazmi Hassan (kiri) bersama ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz, yang diura-ura bertanding atas tiket Amanah. — Foto ihsan Facebook/Johar Ismail

PETALING JAYA, 13 April — Parti Amanah Negara (Amanah) berhasrat mempertaruh ketua Pemudanya di kerusi timbalan menteri besar Kelantan.

Namun hasrat Hazmi Hassan bertembung Datuk Mohd Amar Nik Abdullah belum pasti menjadi kenyataan kerana naib presiden PAS itu mungkin berpindah.

Sumber Amanah memaklumkan Mohd Amar, juga penyelaras Kuala Krai, diura-urakan berpindah ke parlimen itu dari Panchor yang dipegangnya sejak 2004.

“Kita minta PAS supaya tidak melarikan Nik Amar ke kawasan lain. Hazmi  akan lawan beliau di situ,” kata sumber itu kepada ProjekMMO semalam.

“Kalau beliau lari, [tindakan itu] membuktikan PAS dan seluruhnya takut, letak naib presiden PAS ke tempat lain.”

Kuala Krai disandang Dr Mohd Hatta Ramli, kini bersama Amanah, yang menang dengan majoriti 2,043 undi, merosot daripada 4,984 undi pada 2008.

Sumber yang sama difahamkan Mohd Amar turut diura-ura bertanding di parlimen Pengkalan Chepa. Panchor antara tiga DUN bawah kawasan ini.

Pada 2013, Pengkalan Chepa disandang wakil PAS Izani Husin dengan 15,120 undi. Panchor pula dikuasai Mohd Amar dengan majoriti 5,036 undi.

Namun, dakwa sumber itu lagi, wujud rungutan masyarakat di Panchor yang mendakwa sukar untuk menemui wakil rakyat mereka untuk sesuatu urusan.

“Tiada hubungan dengan rakyat, beliau beri [urusan] kepada penghulu atau wakilnya berjumpa rakyat, sedangkan rakyat mahu jumpa wakil mereka,” dakwanya.

Hazmi, juga disapa Jeming, dilapor tidak berdepan masalah besar untuk memberi saingan di sini berdasarkan kekuatan sendiri dan pengaruh bapanya.

Bapanya seorang bekas setiausaha PAS Pengkalan Chepa dan juga bekas pegawai khas allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan.

Sejak tahun lalu Husam Musa, tokoh utama Amanah Kelantan dan bekas pegawai Nik Aziz, percaya faktor ini boleh membantu Hazmi dan partinya.

Selain Mohd Amar, timbalan pesuruhjaya PAS negeri, di Panchor, dua lagi kerusi negeri di sini dimenangi PAS dengan majoriti lebih 5,000 undi.

Wan Ubaidah Omar menang di Kijang dengan 5,143 undi, sementara Nik Aziz mengekalkan Chempaka dengan majoriti 6,500 undi.

* Takkanlah pengecut begitu sekali, biar padan dengan cakap yang berdegar tu!

Friday, April 13, 2018

Apo pulok nih, aku pun tok reti napo pulok dikatakan Fake News?

* Sebelumnya aku tak ambil pot pun kecuali berita awal penahan dia oleh pihak polis di De-Vegas.
Tapi bila tup-tup berita laporan berkenaan dadah dah jadi terbalik, aku rasa nak tahu juga secara lanjut.
Belek punye belek terjumpalah artikel ni dalam blog al-Husseyn ni. Apa pun ada link dari sumber yang dia dapatkan berita ni, tapi link tu pulak dah 'broken'

FRIDAY, APRIL 13, 2018
RIZALMAN DE-VEGAS : POLIS PUN TERLIBAT DENGAN FAKE NEWS?

Sebelum kita turut bersama meneroka alam fantasi luar biasa yang pelik bersama Orang Kuat Umno, Rizalman Mokhtar, apa kata kita sama-sama mendengar serba sedikit penjelasan Rizalman sendiri mengenai Nescafe yang diminumnya dari Pusat Hiburan De-Vegas.

Menurutnya 'Nescafe' nya telah di 'spike' oleh seseorang yang mempunyai polital agenda....

Walau apapun alasan Rizalman,  eloklah juga baca komentar yang berkutnya....
Perniagaan atau Kesenokan, Club De Vegas menonjol sebagai lounge karaoke yang terkenal dengan persekitaran yang mewah dan perkhidmatan legenda. Itulah ucapan pemasaran dari Club De Vegas, kelab swasta yang paling berprestij dan paling mahal di Kuala Lumpur, Malaysia. Tetapi ini bukanlah ruang karaoke biasa di mana nasi goreng dan minuman percuma diberikan percuma. 

Club De Vegas sebenarnya adalah kelab malam 5-bintang di mana orang berpengaruh besar - termasuk ahli perniagaan, "taiko" gangster dan ahli politik - tiba dalam gaya untuk menikmati gadis-gadis bourbon dan seksi terbaik. Ya, De Vegas tidak lain hanyalah sebuah rumah pelacuran 5-bintang di mana malam "hiburan sebenar" akan menelan belanja yang sangat mahal. Dan mereka memakai bouncer dengan baik (kakitangan keselamatan). 

Ini adalah kelab malam yang membebankan anda RM4488 ++ untuk 5 botol Chivas Regal 18 tahun - promosi pakej paling murah. Seperti bandar dosa Las Vegas di A.S., De Vegas di Malaysia adalah di mana maksiat dan kegiatan haram 'dibernarkan undang-undang'. De Vegas adalah tempat yang anda ingin pergi untuk membelanjakan wang untuk pelacur, minuman keras, ubat-ubatan dan apa-pa sahaja.

Chivas Regal 18 Tahun 

Jadi, apa yang dilakukan oleh Encik Rizalman di sebuah kelab malam yang terkenal dengan maksiatnya pada pertengahan 2 pagi? 

Jangan salah - ini bukan diplomat yang sama Rizalman ditangkap dengan seluarnya cuba merogol seorang wanita Kiwi di New Zealand empat tahun lalu. Walau bagaimanapun, kedua-dua Rizalman seolah-olah mempunyai keinginan yang sama untuk sesuatu yang harus dielakkan oleh seorang Muslim yang baik - seks dan dadah. 

Rizalman Mokhtar, nampaknya peminat ulung Nescafe di Club De Vegas, diuji dengan positif ubat-ubatan (methamphetamine, atau dikenali sebagai syabu) semasa serbuan di pusat hiburan di Jalan Imbi pada 2 April. Ketika ia kemudiannya terdedah sebagai lelaki yang ditangkap dengan 10 orang lagi dalam serbuan itu, dia berkata dia hanya menyanyi dan mempunyai secawan kopi. 

Pemeriksaan ujian air kencing, dia mendakwa dia diperangkap. Tetapi dalam operasi bersama oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia - polis dilaporkan mendapati jenama kopi yang mencurigakan di atas meja. Oleh itu, Encik Rizalman telah diambil untuk ujian air kencing sebagai sebahagian daripada prosedur rutin. Malah, seluruh kumpulan 10 pencinta kopi, termasuk 2 wanita, telah diuji positif untuk dadah. 

Rizalman Mokhtar - Mempunyai Nescafe At De Vegas Nightclub

Bahagian yang terbaik adalah lelaki yang sama yang menjerit tentang penubuhannya sebenarnya adalah Pengerusi Jawatankuasa Rehabilitasi Dadah Cheras (mengikut lembaga pengarah Amanahraya). Ya, Encik Rizalman bukan lelaki biasa. Beliau adalah pukulan besar - seorang pengarah bebas bukan eksekutif Amanahraya, sebuah syarikat pemegang amanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. 

Selain itu, beliau adalah pengerusi Petra Tani Sdn Bhd dan Hayasan Mutiara Sdn Bhd. Beliau juga merupakan ahli lembaga Perbadanan Stadium Malaysia, belum lagi Penasihat Panel DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau Dewan Bandaraya). Lebih penting lagi, beliau kini Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak. Dan itu menjadikan dia VIP. 

Sebagai salah satu daripada 191 ketua bahagian UMNO di seluruh negara, Rizalman memutuskan siapa yang akan menjadi perdana menteri Malaysia. Dia mendakwa mempunyai 82 cawangan UMNO dan 19,700 orang di belakangnya. Ini menjadikannya berkuasa sebagai Perdana Menteri Najib Razak, yang merupakan Ketua Bahagian Pekan. Secara teorinya, dia boleh menjadi perdana menteri jika majoriti 191 ketua bahagian menyokongnya. 

Kelab De Vegas 

Walaupun benar dia berada di sana untuk berlatih bakat menyanyi, sukar untuk mempercayai dia berada di Club De Vegas untuk kopi atau Nescafe. Kelab malam tersebut tidak pernah dikenali dengan kepakarannya dalam pembuatan kopi, tidak seperti Starbucks. Memandangkan semua 10 anggota rombongannya diuji positif pada ubat-ubatan pada masa yang sama, satu-satunya penjelasan yang logik ialah mereka ada ubat-ubatan (dan mungkin seks). 

Selain itu, kenapa seorang Muslim yang baik seperti Rizalman pergi ke De Vegas, sebuah syurga untuk cognac, brendi, bourbon, bir dan pecinta wain, apabila dia hanya menginginkan lounge karaoke dan kopi Nescafe? 

Terdapat banyak tempat yang menawarkan sistem karaoke yang canggih tanpa dosa menghidangkan minuman beralkohol. Dan terdapat banyak restoran Mamak yang menyajikan Nescafe yang hebat. 

Mungkin Rizalman berada di sana untuk mencuba ubat baru sebagai sebahagian daripada tugasnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Cheras. Tidak kira sama ada dia dirangka atau tidak, dia mempunyai tugas berat yang membuktikan bahawa Nescafenya di spiked. Jika dia hanya mempunyai Nescafe di sebuah restoran Mamak, dia tidak akan mengalami masalah itu. Tetapi restoran Mamak tidak menawarkan seks atau dadah, Betulkan? kan?  ~ Financetwitter

POLIS SAHKAN DATUK RIZALMAN MOKHTAR POSITIF DADAH
Makluman Kes Menarik Tangkapan Orang Kenamaan berpangkat Datuk Dibawah Sek 15 (1) (a) ADB 1952 oleh BSJND IPD D/WANGI KL.

A) Repot No :-
i) - DW:8560/189 

B) Tarikh /Masa Rpt :-
 02/04/2018 @ 0508 hrs

C) Klasifikasi Kes:-
-Sek. 15 (1) (a) ADB 19529 

D) Pengadu:- 
G18609 Insp Mohd Haszaruddin Bin Kamaruzzaman

E) Pegawai Penyiasat:- 
G23075 Norbariah Fazuan Binti Ramli

F) Fakta Kes:-
Bersangkut Thsl Rpt: 9459/18, Cawangan JSJ D7 IPPKL bersama Agensi SPRM Putrajaya telah buat serbuan di Pusat Hiburan ‘Club De Vegas’, No.3 Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur dan lanjutan dari tangkapan tersebut pada 02/04/2018 jam l/kurang 4.00 pagi, pengadu telah mengiringi saspek (1) lelaki Melayu berpangkat Datuk untuk memungut air kencing saspek di tandas pejabat BSJND IPD D/Wangi Kuala Lumpur untuk ujian saringan awal Polis dengan menggunakan botol No.Siri: 1631061. Hasil ujian yang dijalankan oleh pengadu dapati postif dadah AMP/METH.

G) Nilai Rampasan:-
-Tiada

H) Butir-Butir Tangkapan:-
No : 1
Nama : RIZALMAN BIN MOKHTAR
No. K/P Baru : 720312106097
Alt.: No.16 Idaman Villas, Taman Idaman 43200 Batu Cheras, Selangor.

Umur : 46 Thn.
Jantina : Lelaki 
Warganegara : Malaysia 
Tarikh Lahir : 12/03/1972 
Keturunan : Melayu

Kerja:  
- Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Amanah Raya Berhad - Ahli Lembaga Pengarah, Perbadanan Stadium Malaysia, 
- Penasihat Panel Dewan Bandaraya Kuala Lumpur - Pengerusi Petra Tani Sdn. Bhd - Pengerusi Hayasan Mutiara Sdn. Bhd

 Ahli Politik:
- jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak 
- mantan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan 
- Pertubuhan bukan kerajaan (NGO): Persatuan Angkatan Bekas Tentera Malaysia Bandar Tun Razak, 
- Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Wilayah Persekutuan, 
- Kelab Bandar Putra, Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Cheras dan Penasihat Gabungan Belia Bandar Tun Razak dan Bandar Tasik Selatan.

I) Keputusan Urin : 
Positif AMP dan METH D/Wangi Rpt : 8560/18 No. Botol: S/N:16310619 

J) Rekod Lampau:
-Tiada 

K) Sitaan/rampasan:
- Tiada Untuk makluman dan arahan YDH Tuan. 
Terima Kasih. ~ SUMBER

Kemudian muncul pula surat dari Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur...
BERDASARKAN KEPADA  TIGA BERITA DIATAS TADI, YANG MANA SATU FAKE NEWS :

(A) Rakaman Temu Ramah Rizalman   

(B) POLIS SAHKAN DATUK RIZALMAN MOKHTAR POSITIF DADAH

(C) Surat dari Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur...

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 2:46 pm