Sunday, July 30, 2017

Parti yang patut ditinggalkan.......

Sunday, 30 July 2017
PAS MAKIN TERTINGGAL DAN PATUT DITINGGALKAN

Jika kita perhatikan, tidak banyak berita mengenai Pas tersiar di dada-dada media sejak minggu-minggu kebelakangan ini. Kalau ada pun satu dua berita yang melintas, tidak lagi ramai yang peduli mengenainya.

Tulisan Hadi Awang yang dibuatnya ketika beliau sedang sakit sehingga hampir pasti menyebabkan Akta 355 tertangguh sekali lagi pembentangannya, turut tidak berapa dihiraukan, bahkan tidak lagi menarik minat untuk diulas atau diperkatakan.

Pemimpin-pemimpin Pas yang lain juga nampaknya semakin hilang daripada radar pandangan umum. Meskipun dikhabarkan wajah-wajah mereka masih kerap terpampang di dada media milik sendiri, sudah tidak ramai lagi yang mahu membeli akhbar atau menjenguk laman berita tersebut.

Semua perkembangan yang menampakkan Pas semakin menguncup di mata dan hati rakyat ini, selain kerana pendirian parti itu sendiri yang diragui, ia juga adalah disebabkan semakin menonjolnya Pakatan Harapan dengan pelbagai agenda dan perkembangan yang menampakkan keseriusan untuk mengalahkan UMNO dan BN, seterusnya mengambil alih pentadbiran negara yang rosak akibat kerakusan Najib Razak menguruskannya.

Daripada memperkemas struktur kepimpinan, mencipta logo rasmi dan kemudian mendaftarkan Pakatan Harapan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan, semua itu telah menarik minat rakyat dan menampakkan gabungan itu benar-benar suci dan jujur niatnya untuk menyelamatkan negara ini.

Bersama dengannya juga, beberapa komitmen turut dibentangkan kepada umum seperti jangka pendek dalam tempoh 100 hari yang antaranya  menghapuskan GST dan menstabilkan harga petrol dan jangka panjang pula termasuk memulihkan institusi awam dan menubuhkan beberapa badan menyiasat pelbagai kecelakaan yang melanda negara serta merugikan rakyat.

Semua itu, bukan saja memberi harapan, tetapi juga memperlihatkan Pakatan Harapan adalah alternatif yang benar-benar dipercayai untuk menggantikan BN.

Tidak seperti Pas, meskipun berulang kali dan berbuih mulut para pemimpinnya mengatakan mereka juga serius untuk memimpin negara dan mengalahkan BN serta mengubah jumlah kerusi yang ingin ditandingi daripada 100 kepada 140, hakikatnya tiada siapa mempercayainya.

Pas tidak dipercayai dan jauh sekali daripada diyakini, bukan saja kerana tiada tokoh-tokoh berwibawa yang tinggal dalam parti itu, tetapi juga disebabkan Gagasan Sejahtera yang diura-urakan diterajuinya hanyalah momokan kosong semata-mata.

Gasasan Sejahtera yang kononnya turut disertai beberapa parti kecil lain dan ratusan NGO, tidak saja tiada struktur kepimpinan, tiada logo rasmi, bahkan tidak kedengaran beraninya ia didaftarkan sebagai entiti rasmi dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan.

Jika tiada parti gabungan rasmi dan mendaftarnya pun tidak berani, apakah tujuan Gagasan Sejahtera itu dinyanyikan?

Ia, hakikatnya hanya untuk tujuan memperdaya saja. Semua orang hampir pasti sedar mengenainya. Sama seperti hudud yang cuma didendangkan sebagai alat politik di mana ia boleh bertukar kepada negara kebajikan dan kini memadai dengan Akta 355 saja, mainan politik Pas melalui Gagasan Sejahtera dan kononnya untuk mengalahkan UMNO juga hanyalah untuk memperdaya sama.

Mereka tidak mahu, bahkan takut untuk berkuasa kerana sedar kemampuan yang tidak seberapa. Dengan mendendangkan lagu mahu berkuasa, Pas sebenarnya hanyalah ingin menolong dan membantu UMNO serta BN semata-mata.

Oleh itu, sebagaimana minggu-minggu kebelakakangan ini Pas tidak lagi dipedulikan dan hampir-hampir dilupakan oleh rakyat kerana ditenggelamkan oleh gahnya Pakatan Harapan, parti itu memang selayaknya terus disisih, ditinggal dan dilupakan. (ShahbudinHusin 30/07/2017).

Anda mungkin juga meminati:

MAKIN DIBERI MASA, MAKIN PAS MENGADA-NGADA....

NASIHAT IKHLAS UNTUK PAS, BERGABUNG DENGAN UMNO ADALAH PILIHAN YANG TERBAIK

Posted by Shahbudin Husin at 11:29

13 comments:

  1. PAS tak banyak isu tak macam PH sebab itu kurang berita. PAS bukannya hipokrit macam pemimpin PH yang penuh kepura-puraan, sebab tu selalu ada berita huru hara dari PH yang selalu membodohkan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Itulah akibatnya bila golongan 'ulama' dlm pas merasa mrk terlalu suci dan tak percaya kpd org lain, berakhir dgn menyisihkan golongan bukan 'ulama'. Mrk tak sedar kelemahan diri sendiri. Pemimpin pas sebenarnya very mediocre

    ReplyDelete
  3. I've been utilizing the iPad app and social
    network (you possibly can draw straight on the website) for more than a 12 months.

    ReplyDelete
  4. Ideal work you have done, this web site is generally cool because it is loaded
    with excellent information.

    ReplyDelete
  5. https://www.youtube.com/watch?v=aI7ZKOukdo8

    ReplyDelete
  6. Laman Shahbudin banyak diserbu oleh walaun2 PAS yang tak ada kerja lain tapi kopipes artikel2 Harakah yang tak laku dan tak terlior dibaca oleh rakyat. Keadaan hayat Harakah yang kritikal dan dah bertahun dok dalam ICU mengambarkan juga keadaan kesihatan PAS yang juga tengah sesak nafas dan nazak.

    Gagasan Sejahtera? Ianya hanyalah cerita dongeng dan fiksyen PAS untuk cuba menipu umat Islam. Nothing more, nothing less! Sehingga kini tak ada langsung disebarkan senarai parti2 politik serta NGO2 yang konon2nya ada dalam gagasan tu. Setakat kuar air liur je sapa2 pun boleh buat. Trump pun sama je perangai macam lebai2 PAS ni dalam buat cerita mohong. Trump temberang kat rakyat dia kononnya semasa majlis perlantikan dia tu berjuta2 rakyat Amerika dok hadir sama padahal jumlahnya ciput je, macam gak perhimpunan kat Padang merbuk yang lebai PAS berdegar2 cakap 300 ribu hadirin datang tapi padang yang mempunyai kapasiti tak lebih dari 40 ribu langsung tak penuh.

    Amat jelas bahawa Trump tak reti dan tak pandai untuk jadi President Amerika dan PAS pun tak reti dan tak pandai untuk jadi pemerintah negeri dan negara . Kedua2nya lemah dan kedua2nya adalah orang2 yang jahil. Setakat diuar2kan sebagai ulamak oleh penyokong2 mereka yang masih bermentaliti duduk dalam perigi tak menjamin mereka ada keupayaan dan kebijaksanaan untuk menjadi pemerintah. Episod Carbon Credit tu je pun dah jelas menunjukkan bahawa pimpinan PAS ni hanya tahu hafal hadis dan ayat2 Quran dan that's it... Mungkin ada satu perkara yang mereka memang pakar, gi melancong pakai duit rakyat! Nik Amar..I'm talking about you!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  7. Sakithati dengan PAS ke?

    Kehkehkehkehkeh.....

    ReplyDelete
  8. Itulah akibatnya bila PAS tidak benar-benar istiqamah berjuang menentang UMNO, bermesra sedondon pula lagi. Perlu dinyatakan bahawa sokongan terhadap PAS selama ini, bukan mutlak kerana dasar islam yang dibawanya, tetapi adalah kerana PAS ketika gandingan Fadhil Noor dan Nik Aziz cukup lantang dan tegas berani melawan UMNO, sementelahan pula dengan kosmetik islam tulen yang dibawanya. La ni, dasar islam dalam PAS pun sudah ke laut.

    ReplyDelete
  9. I'll right away grab your rss as I can not to find your e-mail subscription link or newsletter service.
    Do you have any? Please let me recognize in order that I may subscribe.
    Thanks.

    ReplyDelete
  10. You might be wonderful! Thanks!Nice blog here!
    Also your web site loads up fast! What web host are you currently
    utilizing? Can I get your affiliate link to your host?
    I wish my website loaded up as swiftly as yours lol

    ReplyDelete
  11. I'm certainly bookmarking this website and
    sharing it with my friends. You'll be getting plenty of
    visitors to your website from me!

    ReplyDelete
  12. I do trust all of the ideas you’ve presented in your post.
    They're truly convincing and can definitely work. Thanks for the post.

    ReplyDelete
  13. Thanks a lot for another post. I'm pleased to be able to get that kind
    of information.

    ReplyDelete