Gobind cabar Apandi: Tunjuk jejak dana RM2.6b
mk Hari ini, 3:35 petang
Anggota Parlimen Puchong mencabar Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendedahkan perjalanan wang yang menyokong dapatan pihak berkuasa bahawa dana bernilai RM2.6 bilion dalam akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak benar-benar suatu derma.
"Apa yang susah sangat nak buat begitu?" kata Gobind Singh Deo melalui mesej teks kepada Malaysiakini hari ini.
Gobind mengulas kenyataan dibuat Apandi bagi menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ceramahnya malam tadi.

Bekas perdana menteri itu mendakwa Apandi menyembunyikan bukti berkaitan skandal 1MDB yang dikaitkan dengan Najib.
Gobind yang juga ketua biro undang-undang DAP berkata, Apandi sepatutnya tahu benar mengenai asas prinsip keadilan ialah tiada seorang pun berhak membuat penghakiman dalam sesuatu isu jika ia melibatkan kepentingannya sendiri.
Guna OSA
Justeru kata Gobind pengisytiharan Apandi dalam kes-kes yang melibatkan tingkah lakunya sebagai peguam negara dipertikaikan, tidak banyak banyak memberi kesan.
"Untuk meyakinkan rakyat Apandi patut mendedahkan laporan yang menunjukkan laluan wang berkenaan sepenuhnya sebelum beliau membuat keputusan muktamad (membersihkan perdana menteri daripada salah laku).
"Laporan itu mesti dibentangkan di parlimen dan terbuka kepada orang awam," katanya.
Kata Gobind Apandi perlu berani menyahut cabarannya itu.
"Lagi pun, seperti yang dikatakannya, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan atau ada menyembunyikan sesuatu," katanya.
Bercakap dalam majlis ceramah Pakatan Harapan di Shah Alam malam tadi, Dr Mahathir berkata, jika gabungan itu berjaya menguasai Putrajaya mereka akan memanggil Apandi untuk disoal berhubung penggunaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk siasatan skandal 1MDB.
Bagaimanapun Apandi berkata apa yang dilakukannya sebagai peguam negara dalam siasatan itu dibuat berdasarkan kepada fakta yang terkandung di dalam kertas siasatan.
"Tiada apa untuk disembunyikan," kata Apandi kepada Malaysiakini.
Pada Januari tahun lalu Apandi membebaskan Najib daripada sebarang salah laku berhubung kewujudan dana RM2.6 bilion - didakwa sumbangan derma daripada hartawan Arab - dalam akaun peribadi perdana menteri itu.
Apandi juga mendapati Najib tidak terbabit dalam sebarang salah laku dalam isu bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Beliau juga menafikan dakwaan Jabatan Kehakiman AS yang mendakwa dana 1MDB diselewengkan.
* Dari apa pimpinan HARAPAN janjikan, cer bayangkan apa yang akan terjadi 'seandainya' BN tersungkur di PRU14 nanti
Berita berkaitan:
Dr M: HARAPAN akan soal AG jika menang PRU
AG: Tiada apa mahu disembunyikan, saya tak takut Mahathir

Superb post.Never knew this, regards for letting me know.
ReplyDeletePerlu dihebahkan cabaran Gobind Singh Deo ini kepada seluruh rakyat mulai sekarang hingga semasa berkempen PRU nanti, kerana ia dapat memberikan pencerahan minda dan kefahaman yang jelas kepada rakyat. Untuk Apandi pula bersama-samalah kita mencabarnya sepertimana yang dilakukan oleh Gobind Singh Deo itu. Jika benar Najib itu tidak melakukan kesalahan seperti diputuskan oleh Apandi sendiri berhubung dengan 1MDB, kenapa Apandi gentar untuk mendedahkannya kepada umum dan juga dalam parlimen?
ReplyDelete