Tembak Pengedar Dadah Tanpa Belas Kasihan - Jokowi
Diterbitkan: Sabtu, 22 Julai 2017 5:29 PM
JAKARTA: Presiden Joko Widodo mengeluarkan arahan menembak mati pengedar dadah warga asing sebagai tindakan lebih tegas dalam memerangi musuh negara itu.
"Polis dan pihak tentera telah bertindak tegas terutama ketika berdepan pengedar dadah di negara ini.
"Jika ditahan, tembak saja, jangan tunjukkan belas kasihan," katanya yang dikenali sebagai Jokowi.
Bercakap pada majlis di sini pada Jumaat malam, beliau juga memberi amaran bahawa negara itu dalam keadaan serius kerana masalah dadah.
Bagaimanapun, komennya telah menarik perhatian rakan sejawatannya, Rodrigo Duterte yang telah dikritik hebat kerana tindakannya memerangi pengedar dadah dan mengakibatkan ribuan terkorban.
Indonesia adalah antara negara yang menguatkuasakan undang-undang berkaitan dadah yang tegas dan setakat ini 18 pengedar dadah telah ditembak mati sejak 2013.
Daripada jumlah itu, 15 adalah warga asing termasuk Andrew Chan dan Myuran Sukumaran iaitu anggota kumpulan Bali Nine yang cuba menyeludup 8.3 kg heroin pada April 2005.
Dianggarkan Indonesia mempunyai 1.2 juta penagih dadah di seluruh negara itu. - sumber

ya tidak perlu dikasihani hapus pengedar dadah , toke pelacuran, judi, pemakang rasuah , ceti haram dll ynag mengancam rakyat
ReplyDeletetegas amanah adil