Perkaitan antara pemerdagangan manusia dengan Pastor Koh dipersoal
Noel Achariam
Diterbitkan pada 25 Jul 2017 7:52PM
Bulan lalu, isteri Koh Susanna Liew meminta penjelasan daripada pihak polis mengenai perkembangan kes suaminya dan menyatakan dia tidak pernah diberi taklimat oleh pihak berkuasa.– Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Julai, 2017.
BANYAK persoalan timbul dengan pengumuman polis hari ini Pastor Raymond Koh mungkin diculik sindiket pemerdagangan manusia yang ada kaitan dengan kumpulan di Selatan Thailand.
Paling banyak diperkatakan adalah mengapa lelaki tua berusia 62 tahun dilarikan kumpulan ala-tentera dan apa gunanya untuk sindiket pemerdagangan manusia.
Aktivis Citizan Action Group On Enforced Dissappearance (Caged) Rama Ramanathan mempersoalkan apa kelebihan yang diperoleh sindiket terbabit dengan menculik seorang pastor dan memgapa Koh.
“Kini polis mengatakan ia adalah kes pemerdagangan. Raymond berusia lebih 60 tahun dan mengapa mereka perlu lakukan penculikan ala-tentera untuk individu seperti Koh?
“Polis turut menemui nombor pendaftaran kereta Koh dan foto rumahnya. Mengapa mereka simpan semua ini? Kata Rama kepada The Malaysian Insight.
Rama turut menyarakan agar pihak polis memberitahu keluarga Koh terlebih dahulu berbanding kepada media mengenai perkembangan siasatan penculikan pastor itu.
Koh diculik 15 orang yang menaiki tiga kenderaan SUV hitam pada 13 Februari lalu di Petaling Jaya. Penculikan yang berlaku pada siang hari itu dirancang dengan rapi.
Awal hari ini, Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkata sindiket rentas sempadan terbabit dalam pemerdagangan manusia, dadah dan senjata api mungkin bertanggungjawab atas penculikan Koh.
Katanya, maklumat itu berdasarkan kenyataan yang dirakam tiga ahli sindiket yang ditahan pasukan khas polis dalam satu operasi khas di Perak pada 17 Jun lalu.
Khalid berkata polis mengesyakinya berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui tiga suspek terbabit. Dalang sindiket berkenaan bagaimanapun mati ditembak pada operasi itu.
Seorang lagi aktivis Caged Sevan Doraisamy berkata sejak operasi itu dijalankan lebih sebulan lalu, sepatutnya pihak polis sudah mendapat petunjuk dan maklumat baharu.
“Apakah ada kaitan kematian ahli sindiket terbabit dengan penculikan Koh? Sekiranya ada, apakah kaitannya?” soal Sevan.
Sevan juga berkata polis sepatutnya memberitahu perkembangan kes itu kepada keluarga Koh terlebih dahulu sebelum mengumumkan kepada media.
“Keluarga Koh pasti rasa terganggu membaca perkembangan kes termasuk tuduhan terhadap Koh menerusi media setiap masa,” katanya.
Bulan lalu, isteri Koh Susanna Liew meminta penjelasan daripada pihak polis mengenai perkembangan kes suaminya dan menyatakan dia tidak pernah mendapat taklimat daripada pihak berkuasa.
Liew berkata, dia juga seperti rakyat Malaysia yang lain hanya mengetahui perkembangan itu menerusi bacaan di media.
Jurucakap keluarga itu memberitahu The Malaysian Insight hari ini tiada sebarang usaha daripada polis untuk menghubungi ahli keluarga dan menjelaskan perkembangan kes.
Keluarga itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut. – 25 Julai, 2017.

No comments:
Post a Comment