Sunday, December 31, 2017

Ooo..patutler, kes dadah rupanya!

Kes tikam, langgar: Berpunca akibat dadah
Astro Awani - Disember 22, 2017 14:04 MYT
Kes tikam, langgar: Berpunca akibat dadah
Wan Ahmad Najmuddin berkata, polis masih belum menemui kereta BMW yang digunakan dalam jenayah terbabit dan pemeriksaan mendapati ia menggunakan nombor pendaftaran palsu. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Insiden pembunuhan seorang lelaki di Stesen Minyak di Taman Pelangi Johor Bahru Ahad lalu dipercayai akibat hutang peredaran dadah antara individu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman , Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, maklumat itu diperoleh hasil siasatan awal terhadap kesemua suspek yang ditahan.

Menurutnya, setakat ini, polis telah menahan 14 suspek iaitu 10 lelaki dan empat wanita berusia lingkungan 16 hingga 26 tahun termasuk yang terbaharu seorang lelaki berusia 22 tahun petang semalam di Johor Bahru.

Malah, polis turut memberi jaminan lebih ramai lagi suspek akan ditahan untuk membantu siasatan.
“Polis juga mengesan saki baki yang dipercayai terlibat dan telah dikenal pasti,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru.

Tambah Wan Ahmad Najmuddin berkata, setakat ini seramai lapan individu termasuk saksi telah dipanggil polis bagi merekod percakapan serta membantu siasatan.

Pada 20 disember, polis menahan seorang wanita dan seorang lelaki di pulau pinang, manakala tujuh lagi individu termasuk tiga wanita di tahan di singapura dengan bantuan singapore police force, manakala semalam, polis menahan lagi lima suspek.

Enam daripada 14 suspek telah direman tujuh hari sehingga 27 disember bagi membantu siastan mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.

BACA: Pasukan khas tangani kes bunuh di stesen minyak

BACA: Kes tikam dan gilis: Polis Johor tahan 2 suspek

BACA: Enam termasuk wanita ditahan reman bantu siasat kes tikam, langgar Johor Bahru 

'Permohonan maaf Dr M tak bersihkan kesalahan lalu'

mk      Hari ini, 11:48 am
Permohonan maaf Tun Dr Mahathir Mohamad semalam tidak membersihkan kesalahan yang berlaku di masa lalu dalam pentadbirannya, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

"Hanya kerana Mahathir, selaku bekas perdana menteri, telah memohon maaf atas apa yang telah berlaku semasa pentadbirannya, tidak bermakna ia telah membersihkan semua kesalahan yang dilakukan pada tahun-tahun itu," kata Aziz dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menambah bahawa permohonan maaf juga tidak melindungi  sesiapa daripada bertanggungjawab terhadap isu penyalahgunaan kuasa.

"Sekiranya terdapat isu-isu penyalahgunaan kuasa - misalnya dalam hal penahanan di bawah ISA - atau salah laku jenayah, ini harus dibawa kepada para mangsa dan pelaku harus bertanggungjawab atas atas kapasiti pribadi.

"Mereka tidak boleh berlindung atau menggunakan permohonan maaf itu sebagai perisai untuk melindungi mereka daripada tanggungjawab," katanya.

Mahathir dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung BERSATU yang pertama semalam memohon maaf atas kesalahan yang pernah dilakukannya semasa berkhidmat sebagai perdana menteri.

Beberapa jam kemudian di sidang akhbar selepas perhimpunan itu, Mahathir berkata permohonan maaf  adalah sebahagian daripada adat dalam budaya Melayu.

'Najib juga bersalah'

Aziz berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak juga harus bertanggungjawab atas kesilapan semasa pentadbiran pendahulunya.

"Najib sebagai sebahagian daripada kabinet Mahathir pada masa itu juga perlu dipersalahkan. Najib tidak boleh memanfaatkan isu-isu ini untuk kelebihan politiknya," katanya.

Mahathir mohon maaf atas 'dosa' silamnya
mk      30 Dec 2017, 1:59 pm
Mengakui dirinya cuma manusia biasa, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka di hujung ucapan yang disampaikannya di Shah Alam.

Bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata beliau memohon maaf sekiranya pernah membuat sebarang kesilapan sepanjang tempoh terbabit dalam politik tanah air.

Katanya sebagai manusia biasa beliau tidak pernah terlelas daripada melakukan kesilapan dari semasa ke semasa.

"Saya seperti manusia lain, tidak mungkin sunyi daripada berkata dan melaku kesalahan. Bukan sahaja hari ini tetapi juga selama saya berkecimpung dalam politik negara.

"Saya pohon maaf terhadap apa juga kesalahan saya selama itu," katanya sebelum mengakhiri ucapannya di IDCC Shah Alam hari ini.

Turut hadir pemimpin kanan parti gabungan Pakatan Harapan, termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu serta Pengerusi DAP Tan Kok Wai.

Dr Mahathir kemudian merasmikan mesyuarat agung tahunan pertama parti itu disambut dengan sorakan perwakilan serta pemerhati.

Sementara itu ditemui media selepas menyampaikan ucapan itu, Dr Mahathir - seperti selalu - terus bersikap bersahaja.

Pengkritik utama PM

Ditanya apakah permohonan maaf itu termasuk atas peranannya dalam kes dakwaan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Operasi Lalang, Dr Mahathir sekadar menjawab: "You can translate anything you want (Kamu boleh tafsirkannya mengikut apa yang kamu mahu)."

Dr Mahathir menjadi perdana menteri dan presiden Umno selama 22 tahun.

Sepanjang tempoh itu pelbagai peristiwa penting berlaku membabitkan pergolakan dalaman atau luaran kerajaan dan parti.

Satu daripada insiden penting dalam politik negara ialah pemecatan Anwar sebagai timbalan perdana menteri serta timbalan presiden Umno pada 1998.

Pemecatan itu mencetuskan gelombang reformasi yang kemudian memberi kesan besar kepada Umno serta BN. Pada pilihan raya umum (PRU) ke-10 pembangkang berjaya menguasai banyak kerusi parlimen dan dewan undangan negeri.

Terengganu juga jatuh kepada pembangkang yang dibentuk oleh PAS dan PKR. Bagaimanapun kerajaan pimpinan PAS itu hanya bertahan selama sepenggal.

Untuk rekod Dr Mahathir kini menjadi salah seorang tokoh paling lantang mengkritik kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Najib pula dipermudahkan menjadi perdana menteri melalui lobi agresif diusahakan Dr Mahathir bagi menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikan beliau pada akhir Okt 2003.

Dalam usaha pembangkang menghadapi BN pada PRU ke-14 Dr Mahathir dan Anwar kembali bekerjasama selepas hampir 20 tahun menjadi seteru.

Pengkritik Dr Mahathir sudah beberapa kali mendesak supaya beliau memohon maaf atas tindakannya selama ini, terutama selepas beliau aktif bersama BERSATU cuba menyatukan parti pembangkan untuk berdepan dengan BN dalam PRU akan datang.

Benarkah warga Felda sedar?

“54 kerusi parlimen, 92 kerusi Dun di Felda tidak lagi selamat buat BN”
MALAYSIA DATELINE  -  December 31, 2017 7:59 am
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman berkata, berdasarkan situasi semasa di Felda, apatah lagi skandal membabitkan Tanah Felda di Jalan Semarak, Anak berkeyakinan 54 kerusi parlimen dan 92 Dun di Felda, bukan lagi simpanan tetap bagi kerajaan sedia ada.

Kehadiran Tun Dr Mahathir telah menarik sokongan ribuan warga Felda. Ia suatu gelombang yang tidak pernah berlaku sebelum ini melainkan era reformasi pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

“Kerjasama erat melalui taskforce Anak-PPBM dengan aktiviti utama Jelajah Semarak Kasih Felda telah mendapat sambutan hebat masyarakat Felda.

“Insya-Allah kesedaran warga Felda khususnya Generasi Baru Felda, akan membuka ruang dan peluang pembentukan kerajaan baru yang telus dan beramanah,” kata beliau.

Jelas Mazlan, pelan pemulihan 100 Felda akan memberi keutamaan terhadap isu hutang dan pendapatan peneroka, rumah Generasi Baru Felda, dasar Belia & Wanita, yang tentu sekali diharapkan dapat mengembalikan Felda dilandasan yang betul.

“Pemulihan Felda, FGV, KPF dan Yayasan Felda serta pembangunan sosio ekonomi; melalui kepakaran anak anak peneroka sendiri, yang sedia berbakti, pastinya bakal memberi harapan baru yang dinanti-nantikan,” katanya lagi.

Dalam kenyataan yang sama Mazlan berkata, sebagai mewakili Anak, beliau mengucapkan tahniah dan syabas buat Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) atas kejayaan Perhimpunan Agung Tahunan kali pertama semalam.

“Terima kasih mengundang Anak,” kata beliau.

Anwar: Walau pun dibebas awal, belum tentu boleh jadi PM

Bebas awal belum tentu dapat jadikan Anwar PM
Amin Iskandar, Looi Sue-Chern · Diterbitkan pada 31 Dec 2017 11:00AM
Peguam berkata sukar untuk Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri kerana perlu jalani lima tahun lagi sebelum memperoleh kelayakannya sebagai ahli Parlimen semula. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Disember, 2017

ANWAR Ibrahim tidak dapat menjadi perdana menteri meskipun jika beliau dibebaskan awal dari penjara, kecuali peruntukan perlembagaan yang menghilangkan kelayakannya bertanding pada pilihan raya umum (PRU) dimansuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong, kata peguam.

Tidak kira berapa awal pun Anwar dapat dibebaskan dari penjara, beliau masih tidak layak menyertai PRU bagi tempoh lima tahun dari hari pembebasannya  , kata Baljit Singh Sidhu.

Di bawah Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan, seorang ahli Parlimen hilang kelayakan jika disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara tidak kurang setahun, atau denda tidak kurang RM2,000, dan tidak menerima pengampunan.

Baljit yang juga ahli jawatankuasa jenayah undang-undang Majlis Peguam berkata kelayakan individu daripada Parlimen boleh ditarik balik oleh Yang di-Pertuan Agong. Jika tidak, hilang kelayakan itu akan berakhir dalam tempoh lima tahun, bermula tarikh seseorang itu dibebaskan daripada tahanan.

PKR mendesak Anwar yang juga ketua umum parti itu untuk dilantik sebagai perdana menteri dalam tempoh setahun jika gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH) berjaya merampas kuasa persekutuan pada PRU14.

PRU itu perlu diadakan sebelum Ogos tahun depan. Anwar mungkin dibebaskan pada Jun, mengikut budi bicara ketua pengarah Jabatan Penjara.

Menjadikan Anwar sebagai perdana menteri adalah satu daripada tiga syarat dikenakan PKR kepada PH dan pengerusinya, Dr Mahathir Mohamed. Dua lagi ialah jumlah kerusi persekutuan yang banyak di semenanjung Malaysia dan Dr Mahathir perlu setuju untuk membuat perubahan dalam institusi utama dalam negara.
Tidak kira berapa awal pun Anwar dapat dibebaskan dari penjara, beliau masih tidak layak menyertai PRU bagi tempoh lima tahun dari hari pembebasannya, kata peguam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Disember, 2017

Syarat itu yang tidak dinafikan oleh kepimpinan parti itu, diletakkan ketika PH mengumumkan calon perdana menterinya. Kecuali PKR, parti komponen lain, Bersatu, DAP dan Amanah bersetuju untuk mencadangkan nama Dr Mahathir.

Sesetengah penganalisis politik juga berkata menamakan Dr Mahathir sebagai calon adalah strategi untuk menang dengan meyakinkan pengundi Melayu.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun pada 10 Februari, 2015 selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Cakap-cakap tentang pembebasan awamnya timbul kembali apabila Perdana Menteri Najib Razak, timbalannya Ahmad Zahid Hamidi dan menteri Mohamed Nazri Aziz melawat Anwar di penjara secara berasingan pada November dan ketika beliau mendapat rawatan di hospital.

Baljit berkata semua tahanan layak menerima peringanan hukuman satu pertiga secara automatik.

Katanya, ini bermakna Anwar mungkin keluar penjara pada Jun tahun depan, iaitu 20 bulan lebih awal daripada tempoh lima tahun hukuman.
Koordinator Free Anwar Campaign Yusmadi Yusoff berkata tiga pemimpin negara melawat Anwar Ibrahim dilihat sebagai pengiktirafan dan menunjukkan beliau bukan lagi “musuh negara”. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Disember, 2017

Tahanan boleh dibenarkan keluar lebih awal jika berkelakuan baik sepanjang menjalani hukuman.

“Pada asasnya itu bermakna tahanan tidak boleh buat masalah. Sesiapa saja boleh diberikan peringanan hukuman, kecuali jika orang itu timbulkan masalah dalam penjara,” kata Baljit.

Sementara gambar lawatan Najib, Zahid dan Nazri mencetuskan kekecohan di media sosial dengan dakwaan ia kempen pilihan raya oleh BN, sesetengah pihak lain melihatnya sebagai pengiktirafan bahawa Anwar bukan lagi “musuh negara”, kata Koordinator Free Anwar Campaign, Yusmadi Yusoff.

“Malah perdana menteri, timbalan dan menteri kanan melawat Anwar dengan penuh mesra. Najib juga mengakui lawatan tersebut dibuat kerana sifat kemanusiaan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Nazri juga mengatakan lawatannya atas sebab persahabatan. Bagi saya ini nilai yang sepatutnya digunakan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan kepada Anwar untuk dibebaskan,” kata peguam dan bekas ahli Parlimen Balik Pulau daripada PKR itu.

Yusmadi dan Baljit berkata jika Anwar tidak diberikan peringanan hukuman itu, satu-satunya cara untuk pembebasan awal ialah menerusi pengampunan diraja.

Ia boleh dilakukan apabila Yang di-Pertuan Agong bertindak untuk mengampunkan seseorang tahanan itu mengikut nasihat Lembaga Pengampunan.

Yusmaidi berkata lawatan tiga pemimpin itu jelas menunjukkan mesej dihantar kepada Lembaga Pengampunan.

“Bagi saya, Lembaga Pengampunan mesti bersikap bertanggungjawab. Ini ‘isyarat’ pimpinan tertinggi negara,” katanya.
PKR mendesak Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan dilantik sebagai perdana menteri dalam tempoh setahun jika PH berjaya merampas kuasa persekutuan pada PRU14. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Disember, 2017

Yusmadi berkata sepanjang ditahan di Penjara Sungai Buloh, Anwar menjadi rujukan kepada tahanan lain, menjadi tempat mengadu nasib dan sering memberikan nasihat kepada mereka mengenai kehidupan.

“Saya dimaklumkan oleh pegawai penjara, di mata tahanan lain, Anwar seorang yang sangat positif dan sentiasa menjadi inspirasi.

“Ramai tahanan yang berjumpa Anwar untuk bertanyakan pandangan, termasuk tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang minta nasihat Anwar dan Anwar ada merujuk kepada saya,” katanya yang juga setiausaha politik kepada isteri Anwar yang juga Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Yusmadi berkata ada beberapa sebab kenapa Anwar perlu dibebaskan serta-merta dan antaranya ialah tuduhan RM9.5 juta yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, dikatakan dibayar kepada peguam Umno Shafee Abdullah, yang juga pendakwa raya dalam perbicaraan Anwar.

Free Anwar Campaign dan pembangkang juga mendakwa kes itu bermotifkan politik dan Anwar dianiaya, dengan pandangan itu turut dikongsi oleh Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan International Parliamentary Union (IPU).

Katanya, terdapat juga tuduhan penghakiman yang berat sebelah dan salah laku pendakwaan ketika perbicaraan. – 31 Disember, 2017.

SU Perhubungan Negeri PAS Selangor dipecat, kenapa?

SUNDAY, DECEMBER 31, 2017
KENAPA PAS SELANGOR PECAT SETIAUSA PERHUBUNGAN NEGERI?
ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Osman kena pecat dari jawatannya sebagai Setiausaha Perhubungan Pas Selangor.

Menurut ceritanya, dia digugurkan kerana gagal beberapa kali menghadiri mesyuarat AJK Perhubungan PAS Selangor.

Khairuddin apabila diberitahu alasan tersebut nampaknya dia tidak berpuas hati dengan alasan tersebut.

“Kalau itu sebagai alasan, saya yakin ramai patut kena pecat,” katanya.

Kesian juga dengar cerita, bekas ADUN yang pernah kecoh dengan pakaian Dewa Cina suatu ketika dulu....

Macam mana tak kesian, Hj Hadi yang lebih terkenal dengan kisah pontengnya tidak pula Pas berani mengambil sebarang tindakan pun!

Sewaktu dalam Pakatan Rakyat dulu, pernah didedahkan Hj Hadi sering tidak hadiri mesyuarat. Ada yang kata sehingga 6 bulan Hj Hadi ponteng mesyuarat Pakatan Rakyat!

Dan apabila beliau didesak supaya hadir mesyuarat PR, Hj Hadi melenting dengan berkata, “Atas sayalah hendak hadir (atau) tidak mahu hadir,”

Sidang parlimen pun Hj Hadi dilaporkan sering ponteng.Kalau tak ponteng, dia tuang...Ha! Ha! Ha! Tugas Hj Hadi sebagai ahli parlimen itulah saja - Sama ada ponteng atau tuang!!

Itu pasalnya kalau Khairuddin dipecat konon kerana sering ponteng mesyuarat tidak berapa menyakinkan sebab perangai Ulama' Kabir mereka pun mengamalkan perilaku yang sama. Tidak mungkin kerana Khairuddin yang  wala' mengikut sunnah Hj Hadi kena hukum!

Tentu ada sebab lain... Yang boleh kita lihar samar-samar ialah adanya 'jemaah dalam jemaah' dalam Pas sekarang ini. Tak lama lagi pecahlah tembelang tu...

Ada apa PAS Selangor ketepi Khairuddin?

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman digugurkan daripada jawatannya sebagai ahli jawatankuasa (AJK) perhubungan PAS Selangor selepas hanya kira-kira tiga atau empat bulan dilantik.

Menurut Khairuddin, beliau digugurkan dari jawatan itu sejak dua bulan lepas.

Ditanya sama ada pengguguran itu disebabkan PAS Selangor membuat rombakan barisan pimpinan negeri, Khairuddin berkata hanya beliau seorang saja yang digugurkan.

“Sekarang saya ahli biasa saja, tapi benda (pengguguran jawatan) ini sudah lebih dua bulan lepas. Cuma baru-baru ini orang mula tanya (alasan pengguguran).

“Sebab kenapa saya digugurkan, itu kena tanya pimpinan,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Khairuddin merupakan seorang pemimpin kanan PAS yang pernah mendapat kepercayaan sekurang-kurangnya daripada tiga pesuruhjaya PAS negeri.

Di bawah pimpinan Datuk Dr Hasan Ali, Dr Abd Rani Osman dan Datuk Iskandar A Samad, Khairuddin diberi kepercayaan sebagai setiausaha perhubungan PAS Selangor.

Jawatan itu biasanya hanya diberikan seseorang pesuruhjaya kepada individu yang diyakininya dan komited kepada parti.

Semasa Pesuruhjaya PAS Sallehen Mukhyi menyusun saf pimpinan PAS Selangor pada 9 Mei lalu, jawatan setiausaha perhubungan diisi oleh Abdul Halim Omar, manakala Khairuddin dilantik sebagai AJK biasa.

Sementara itu, Sallehen yang juga merupakan ADUN Sabak ketika dihubungi berkata pengguguran Khairuddin adalah kerana gagal beberapa kali menghadiri mesyuarat AJK Perhubungan PAS Selangor.

“Dia banyak kali tak datang mesyuarat, jadi kami gantikan dengan orang lain,” kata Sallehin.

Ketika dimaklumkan berkenaan alasan pengguguran yang diberikan Sallehin, Khairuddin sebaliknya berasa alasan itu tidak meyakinkan.

“Kalau itu sebagai alasan, saya yakin ramai patut kena pecat,” katanya.~ sumber

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 8:00 am 

Saturday, December 30, 2017

Felda 2011 hingga Januari 2017: Skandal sepanjang Isa Samad menjadi Pengerusi

Skandal sepanjang Isa Samad bergelar Pengerusi Felda 2011 hingga Januari 2017
MALAYSIA DATELINE  -  December 29, 2017 7:25 pm
Sebuah laman facebookpage  Malaysian30   semalam,  telah memuat naik status menyenaraikan skandal yang didakwa membabitkan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sejak beliau dilantik pada 20 11 sehingga Januari 2017.

Status dipetik boleh diakses di sini:

Felda Global Ventures North America Sdn Bhd (FGVNA) yang melabur lebih RM1 Billion di Amerika dan Kanada mencatatkan kerugian RM27.6 Juta.

JUN 2013:

Pembelian Hotel Grand Borneo di Sabah oleh Felda Investment Corporation (FIC) membayar RM86.4 juta. Kertas siasatan dibuka oleh SPRM pada tahun 2017 selepas perkara yang sama didakwa berlaku. (Sumber: borneotoday.net)

JULAI 2013:

Pengambil-alihan saham Pontian United Plantation Berhad yang menelan kos sebanyak RM1.2 Billion iaitu pembelian dengan harga yang lebih tinggi dari harga semasa. (sumber: thesundaily.my)

OKTOBER 2013:

Pembelian Grand Plaza Service Apartment di London juga dengan harga RM495 juta yang mana harga semasa yang dilaporkan agensi hartanah Savills & Knight Frank hanyalah sekitar RM408 juta untuk unit yang sama ketika itu.

Tahun ini, dalam bulan yang sama selepas Isa Samad dan juga anak lelakinya yang juga pegawai di Felda dipanggil oleh SPRM, Menteri yang bertanggungjawab atas integriti dan ketelusan berkata SPRM tidak menemui sebarang salah laku dalam isu ini!

Case closed! (Sumber: theedgemarkets.com)

NOVEMBER 2015:

Laporan Ketua Audit Negara mengesahkan RM47.6 Juta lesap dalam satu projek yang dinamakan Felda Carviartive Blue Dream Park yang mengusahakan projek ternakan berkeknologi tinggi ikan sturgeon.

Felda Carviartive Sdn Bhd (FCSB) didakwa menandatangani kontrak bernilai RM146.25 juta dengan dua syarikat I2C Hassed Co Ltd dan I2C Hassed (M) Sdn Bhd yang melebihi had RM110 juta yang diluluskan Lembaga Pengarah Felda.

Dan dalam Laporan Ketua Audit Negara ini disenarikan banyak lagi pelan bisnes yang dilaporkan bernilai ratusan juta ringgit akhirnya menemui jalan GAGAL!

Ketua Audit Negara menasihatkan Felda supaya lebih berhati-hati dan membuat penilaian, kajian kemungkinan dan daya maju (business analysis) sebelum membuat keputusan perniagaan!

(Sumber: astroawani.com)

JUN 2017:

Kes bayaran tertunggak dari syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products Sdn Bhd (salah sebuah anak syarikat FGV), menyaksikan penggantungan tugas Ketua Pegawai Eksekutifnya dan tidak lama selepas itu Isa Samad meletakkan jawatan pengerusi FGV dan berhijrah ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

DISEMBER 2017:

Felda melalui Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, TS Shahrir Samad mengakui Felda kehilangan tiga hartanah yang bernilai lebih RM250 juta di Jalan Semarak! Ia dikatakan bertukar hak milik melalui transaksi diragui sejak tahun 2015! (Sumber: bharian.com.my)

KESIMPULANNYA?

Punca utama adalah apabila Felda (‘lombong emas orang Melayu’) ini diserahkan pada tangan-tangan yang tidak amanah!

Apalah yang boleh diharapkan pada sebuah sistem yang sudah kronik krisis moralnya.

Isa Samad  berada dimana dia berada kini adalah atas tangan anda yang memangkah di kertas undi suatu ketika dahulu.

Ura-ura Dr. Mahathir calon PM dari PH, tiga MP BN ketaq lutut?

Friday, 29 December 2017
PUTRAJAYA, LANGKAWI, MERBOK - MANA PUN KAWASAN PILIHAN TUN MAHATHIR, PERDANA MENTERI BARU GANTI NAJIB TETAP AKAN LAHIR DI SITU

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamad kini sudah hampir pasti akan dinamakan sebagai calon Perdana Menteri bagi pertaruhan gabungan itu untuk menyingkirkan Najib Razak dan menumbangkan BN dalam pilihanraya akan datang.

Ia hanya menunggu untuk diumumkan secara rasmi dalam Konvensyen Pakatan Harapan yang dijangka akan diadakan pada awal Januari 2018 mendatang.

Gandingan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri pula ialah Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Pemilihan Tun Mahathir itu secara tidak langsung mula menggerunkan UMNO dan BN kerana di antara beliau dan Najib, secara logiknya tidak sukar lagi untuk rakyat membuat pilihan lantaran perbandingannya sudah jadi antara permata dengan kaca.

Susulan itu, jentera propaganda UMNO dan BN sekarang ini mulai menggerakkan usaha memperlekehkan usia Tun Mahathir yang sudah mencecah 93 tahun itu dengan mendakwa ia sebagai langkah ke belakang dan tidak relevan dalam konteks memilih pemimpin untuk menerajui negara.

Soalnya, adakah mengekalkan lagi "kaca yang sudah calar-calar, retak, malah kotor" sebagai pilihan yang tepat dan sangat relevan?

Selain itu, serangan berterusan pemimpin dan jentera mengenai usia Tun Mahathir lebih mengesahkan kebimbangan serta ketakutan mereka.

Jika benar UMNO dan BN tidak tergugat dengan pemilihan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, mereka seharusnya gembira dan bersyukur, bukannya menzahirkan perasaan susah hati dan gundah gulana sepanjang masa.

Setelah nama Tun Mahathir hampir disahkan sebagai calon Perdana Menteri, satu lagi perkara yang menimbulkan kebimbangan kepada UMNO dan BN ialah di kawasan mana beliau akan bertanding dalam pilihanraya akan datang.

Oleh kerana sudah dinamakan bakal menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir wajib bertanding dan seterusnya mesti menang dalam pilihanraya akan datang.

Sehingga ini dilaporkan beberapa kawasan menjadi pertimbangan serta intaian untuk ditandingi oleh Tun Mahathir - antaranya Putrajaya, Langkawi atau Merbok.

Ketiga-tiga kawasan tersebut kini diwakili oleh BN - Tengku Adnan Tengku Mansor di Putrajaya, Nawawi Ahmad di Langkawi dan Dr. Ismail Daut di Merbok.

Putrajaya dan Langkawi menjadi pilihan kerana kedua-dua kawasan itu begitu sinonim dengan jasa dan sumbangan besar Tun Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, meskipun majoriti pengundinya adalah kakitangan kerajaan dan orang-orang Melayu yang kebiasaannya lebih mudah ditekan atau digula-gulakan oleh UMNO dan BN.

Apa macam Ku Nan, sediakah untuk berdepan dengan Tun Mahathir kali ini?

Lupakah Ku Nan bagaimana dalam PRU 13 lalu beliau tercungap-cungap akibat ditentang oleh Husam Musa dan akhirnya kemenangannya banyak disumbangkan melalui kempen saat-saat akhir oleh Tun Mahathir dan Tun Daim Zainuddin, sedangkan kali ini bekas Perdana Menteri sendiri berlawan dengannya?

Kesediaan Tun Mahathir bertanding dengan misi mesti menang di Putrajaya dengan sendirinya akan melonjakkan imej Pakatan Harapan, malah kekalahan BN di kawasan itu akan membunuh moral kerajaan pimpinan Najib secara keseluruhannya.

Apa khabar pula buat Nawawi Ahmad yang diketahui umum selalu tampil dengan idea-idea pelik dan kelakar jika beliau terpaksa berdepan dengan Tun Mahathir yang genius di Langkawi?

Adakah peluh dinginnya sudah mula memercik di seluruh tubuhnya sekarang ini?

Dalam pada itu, satu kawasan lain yang turut mendapat fokus untuk ditandingi oleh Tun Mahathir ialah Merbok, juga di Kedah. 

Kawasan ini menjadi pilihan kerana Tun Daim pernah beberapa penggal menjadi wakil rakyatnya , malah salah seorang anak Tun Mahathir, Mokhzani juga pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO di situ suatu waktu dahulu.

Dengan faktor Tun Daim dan Mokhzani pernah berjasa serta masih ada rangkaian penyokong setia di Merbok, di samping kedudukannya sebagai  kawasan yang memiliki pengundi campuran, kelebihan memang nyata berpihak kepada Pakatan Harapan untuk menang dalam pilihanraya akan datang.

Lebih-lebih lagi jika Tun Mahathir sebagai calonnya dan bakal menjadi Perdana Menteri pula, tidak mungkin pengundi Merbok tidak mahu berduyun-duyun memenangkannya.

Apa pun, sama ada di Putrajaya, Langkawi atau Merbok, semuanya adalah kawasan selamat bagi Tun Mahathir, malah di situlah nanti akan munculnya seorang Perdana Menteri bersama Pakatan Harapan yang akan menumbangkan Najib dan mengalahkan UMNO serta BN.

Kunci PRU 14 akan datang mudah saja, rata-rata pengundi sudah bosan serta meluat dengan Najib dan mereka hanya menunggu kertas undi untuk menzahirkan perasan itu. (ShahbudinHusin 29/12/2017).

Posted by Shahbudin Husin at 22:14 

Oh negaraku, ape ke bendelaa pulak ni?

Hutang 1MDB: Patriot gesa Majlis Raja-raja campurtangan susulan laporan media asing
MALAYSIA DATELINE - December 29, 2017 5:39 pm
Brid Jen (B) Mohamed Arshad Raji

Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) Brid Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji, menggesa Majlis Raja-raja Melayu untuk campurtangan dalam isu membabitkan hutang 1Malaysia Development dan tidak menyerahkan kepada kerajaan ekorang terbukti kerajaan mengalami sindrom ketidakpercayaan rakyat.

“Keputusan untuk menyelesaikan hutang luar negera ini tidak boleh diserahkan bulat-bulat kepada kerajaan kita sahaja, kerana terbukti ia mengalami sindrom ‘defisit kepercayaan.’

” Patriot merafak sembah dan merayu Majlis Raja-Raja Melayu untuk ikut campur dalam mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan kemelut berhubung hutang 1MDB.

“Kami menyarankan agar jawatankuasa khas dibentuk, diketuai oleh Gabenor Bank Negara, dengan keanggotaan ahli-ahli politik dari parti-parti pemerintah dan pembangkang dan pakar-pakar ekonomi terkemuka negara.

“Jawatankuasa khas ini bertanggungjawab untuk mencari jalan penyelesaian terbaik dan menasihati pihak kerajaan, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diwajibkan mematuhi cadangan yang dikemukakan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian susulan laporan sebuah akhbar di Singapurea semalam, The News Straits Times bertajuk:”1MDB Malaysia menyelesaikan hutang Abu Dhabi dengan bantuan China”, dipetik melaporkan bahawa AS$602.7 juta telah diselesaikan oleh 1MDB untuk membayar Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (IPIC).

Ini adalah bayaran ansuran kedua daripada AS$1.2 bilion yang perlu dijelaskan sebelum akhir tahun.

Menurut The Straits Times, hutang itu dibayar dengan melepaskan pegangan sahamnya dalam dua syarikat kepada pembeli yang dikaitkan dengan perusahaan milik negara China.

Akhbar tersebut selanjutnya menyebut, “ia telah dibayar dengan dana yang diperoleh daripada penjualan pelaburan dalam instrumen kewangan yang dipegang oleh syarikat pelaburan Malaysia dan kepentingan dalam dua entiti yang berkaitan dengan 1MDB yang memiliki tanah di utara Pulau Pinang dan sekeping lagi tanah seluas 128 hektar di sekitar kawasan Pelabuhan Kelang”.

Justeru Mohamed Arshad berkata, sekiranya laporan The Straits Times itu adalah benar, maka ia adalah berita yang agak mengejutkan bagi rakyat.

Justeru Patriot menggesa mereka yang bertanggungjawab mengesahkan atau menafikan apa yang telah dilaporkan.

“Benar atau tidak, penjelasan mesti diberikan. Rakyat mempunyai kepentingan terhadap masa depan negara kita.

“Kerajaan kita tidak boleh terus membingungkan rakyat, kerana rakyat perlu dimaklumkan dalam isu penting berhubung negara kita, terutamanya apabila ia melibatkan penjualan tanah perdana (prime land) dan aset negara.

“Sekiranya disahkan, perlu dijelaskan apakah bidang (parcel) tanah atau aset negara berkenaan dijual melalui proksi tempatan, dan siapakah mereka,” ujarnya.

Patriot turut menggesa kerajaan-kerajaan negeri terbabit seperti dilaporkan iaitu di Selangor dan Pulau Pinang, agar terus berwaspada dalam pemindahan hakmilik tanah berkenaan.

“Akhbar The Straits Times juga melaporkan bahawa Abu Dhabi akan memulakan rundingan pada Januari 2018 dengan 1MDB berhubung AS$ 3.5 bilion yang masih dipertikaikan. Ini amat membimbangkan,” ujarnya.

Friday, December 29, 2017

Masih ada lagikah yang nak berunding dengan PAS?

Runding dengan PAS jangan sampai jejas Pakatan, kata Muhyiddin
Noor Azam Shairi, Chan Kok Leong, Asila Jalil
Diterbitkan pada 29 Dec 2017 7:00AM
Ini bukan bergaduh, ini soal berlaku adil memberikan ruang kepada semua pihak dalam Pakatan Harapan supaya tidak menjejaskan gabungan pembangkang, kata Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengenai rundingan parti dalam PH dengan PAS. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 Disember, 2017

SEBARANG rundingan pengagihan kerusi antara mana-mana parti komponen Pakatan Harapan dengan PAS jangan sampai menjejaskan gabungan pembangkang itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti, kata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Tetapi yang sebaik-baiknya bagi PH ialah menerima keputusan pucuk pimpinan gabungan itu, tiada lagi kerjasama dengan PAS dan bersiap sedia menghadapi pertembungan tiga penjuru, katanya.

Muhyiddin merujuk pada keputusan Majlis Presiden PH yang bermesyuarat pada 28 Ogos lalu.

"Bagi saya, itu yang sepatutnya kita terima. Kalau tidak nanti akan jadi masalah kepada parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan," katanya dalam satu pertemuan di pejabatnya di Kuala Lumpur, semalam.

Muhyiddin menjawab soalan dalam satu wawancara eksklusif menjelang Perhimpunan Agung Bersatu sulung esok, apakah masih ada rundingan antara parti-parti dalam PH dengan PAS berhubung pembahagian kerusi pilihan raya.

Muhyiddin yang juga pengarah jawatankuasa pilihan raya PH berkata beliau tidak menerima sebarang laporan mengenai rundingan antara mana-mana parti komponen PH di Selangor dengan PAS.

"Kita tidak dilaporkan dan tidak diberitahu walaupun dulu ada disebutkan 'bagi kami sedikit ruang' dan kita kata okay.

"Jadi saya tanya balik dengan kawan saya di sebelah sana, dah sejauh mana runding, tak ada berita. Banyak mana kerusi yang selesai, tak ada berita.

"Mereka tak boleh buat begitu sehingga menjejaskan kami," kata Muhyiddin.  

"Ini bukan masalah ada pergaduhan, tidak. Kita bagi (ruang) tetapi dia pun mesti berlaku adil supaya ia tidak menjadi satu halangan atau sekatan (kepada) rakan-rakan sekutu dalam Pakatan Harapan."
Wujud ura-ura yang gelombang kedua penghijrahan pemimpin dan ahli PAS Selangor ke dalam PKR di negeri itu, walaupun sudah dinafikan pucuk pimpinan parti Islam itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Disember, 2017

The Malaysian Insight minggu lalu melaporkan PKR Selangor telah diminta bersiap sedia untuk menerima gelombang kedua penghijrahan keluar pemimpin dan ahli PAS di negeri itu dan menyertai PKR serta seterusnya bertanding atas tiket parti itu dalam PRU14. 

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, gelombang kedua penghijrahan ini, selepas gelombang pertama yang menyertai Amanah, akan melibatkan wakil rakyat dari PAS Selangor yang tidak berpuas hati dengan hala tuju PAS sekarang yang mahu bersendiri dalam PRU14 sedangkan mereka mahu bekerjasama dengan PH.

PAS bagaimanapun menepiskan laporan ada wakil rakyatnya di Selangor yang akan masuk PKR.

Naib Presiden PAS, Iskandar Samad berkata ia khabar angin bertujuan menjejaskan persiapan parti Islam itu menghadapi PRU14, yang dijangka akan diadakan pada suku pertama tahun depan.

Sementara itu, mengulas mengenai perhimpunan agung sulung esok, Muhyiddin berkata lebih kurang 1,000 perwakilan dari 137 bahagian yang telah disahkan pendaftarannya akan hadir pada mesyuarat yang akan diadakan di Shah Alam.

Ia akan turut dihadiri oleh pemerhati dari 21 bahagian yang masih menunggu kelulusan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan, serta jemputan terdiri daripada wakil-wakil parti komponen PH, duta-duta asing di Malaysia dan pertubuhan masyarakat.

Menurut Muhyiddin, perhimpunan itu hanya akan membahaskan satu usul iaitu usul ucapan dasar pengerusi yang akan dibentangkan oleh Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Abdul Rahman.

'Kita putuskan agar perbahasan dibuat secara tertutup bagi memberi ruang kepada wakil-wakil negeri menyuarakan apa saja pandangan tanpa rasa kekok," katanya.

Perhimpunan sehari itu akan dibuka dengan ucapan Muhyiddin selaku presiden diikuti ucapan dasar Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad. – 29 Disember, 2017.

Nasiblah.......sendiri terima, sendiri tanggunglah!

Kesian abang saya, kata Khalid mengenai nasib Shahrir di Felda

  | December 29, 2017
Pemimpin Amanah itu menasihati abangnya agar tidak membiarkan imejnya terpalit kerana menangani 'biawak hidup'.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata beliau bersimpati terhadap abangnya, Tan Sri Shahrir Samad dalam menangani kontroversi terkini membabitkan Felda.
“Kesian abang saya. Sebenarnya, saya ada pesan padanya supaya berhati-hati, jangan sampai imejnya terpalit hanya kerana menangani satu biawak hidup sedangkan dia ikhlas untuk membantu,” katanya dipetik Sinar Harian semalam.
Khalid berkata disebabkan abangnya mempunyai “imej yang baik”, beliau digunakan untuk “menutup kerosakan yang berlaku” dalam Felda.
Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Bahru dilantik menjadi pengerusi Felda awal tahun ini, menggantikan Tan Sri Isa Samad.
Bekas menteri itu baru-baru ini memberikan jaminan akan memulihkan Felda daripada pelbagai kontroversi, termasuk isu pindah milik tanah dipercayai bernilai RM1 bilion di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Shahrir, 68, merupakan abang kepada Khalid, 60. Mereka turut mempunyai 6 adik-beradik lain.
Kedua-duanya berlainan pegangan politik, di mana Shahrir merupakan veteran Umno yang terkenal dengan kejutan politik di Johor Bahru apabila menang sebagai calon bebas susulan peletakan jawatannya daripada Umno pada 1988.
Khalid, bekas timbalan pesuruhjaya PAS Selangor, merupakan antara pemimpin kelompok “progresif” dari parti itu yang turut sama menubuhkan Amanah pada 2015.
Khalid berkata walaupun berbeza parti, mereka tetap mempunyai hubungan baik.
“Kita memang berbeza fikiran, pandangan dalam hal politik tapi tidaklah sampai nak bermusuh, cara selamat, kalau jumpa tak perlu bincang soal politik.
“Ya, ada masa memang berbeza pendapat, bergaduh tapi tiada yang simpan dalam hati pun atau nak jatuhkan sesama sendiri,” katanya dipetik Sinar Harian.

Dilema 13 Adun Pas Selangor itu benar

Dilema 13 Adun Pas Selangor itu benar, kata Khalid Samad
HUSIN MAHAT  -  December 29, 2017 12:46 pm
Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad tidak menolak desas-desus yang menyatakan ahli dewan negeri (Adun) Pas di Selangor kini berada dalam dilema ekoran hala tuju parti itu yang tidak jelas.

“Kebelakangan ini kita membaca idea yang agak kontroversi dikemukakan berhubung kedudukan Adun-Adun Pas di negeri Selangor. Ide kontroversi ini mencadangkan supaya mereka melompat keluar Pas dan menyertai Keadilan (PKR) dan seterusnya bertanding kembali kerusi mereka sebagai ‘incumbent’ atau penyandang tetapi atas tiket Keadilan.

“Saya yakin Adun-Adun Pas sedang dalam sedikit dilema mengenai cadangan ini,” ujar beliau dalam kolumnya di mingguan Amanah, akhbar rasmi Parti Amanah Nasional, edisi terbaru.

Menurut Khalid, bukan menjadi suatu rahsia apabila 13 Adun Pas Selangor dilihat tidak senang dengan keputusan Pas Pusat keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) apabila memutuskan hubungan dengan DAP dan Keadilan.

“Ini jelas berdasarkan surat yang telah ditandatangani kesemua 13 Adun Pas meminta supaya Pas Selangor dikecualikan dari dasar Pas Pusat untuk memutuskan hubungan dengan PR.

“Malangnya bagi mereka, rayuan mereka telah tidak diendahkan pimpinan Pas Pusat, khususnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” ujar beliau.

Khalid yakin pada ketika itu sudah ada di kalangan Adun Pas Selangor yang berhasrat keluar Pas dan bersama AMANAH namun kerana diyakinkan pihak tertentu bahawa hubungan Pas dengan Pakatan Harapan (yang menggantikan PR) boleh dipulihkan, mereka kekal bersama Pas.

“Kemungkinan mereka dimaklumkan bahawa perbincangan antara pihak Keadilan bersama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali sedang berjalan dengan begitu positif.

“Kemungkinan akan ada kerjasama antara Pas dan PH digunakan untuk mereka kekal dalam Pas dan pada masa yang sama mengekalkan juga ‘kerajaan PR’ di Selangor,” ujarnya.

Bagaimanapun, tambah beliau kerjasama Pas-PH itu tidak tercapai dan pada masa yang sama, perubahan sikap Pas telah menjadikan sebahagian dari mereka tidak lagi diperlukan oleh pemimpin Pas.

“Mereka merupakan golongan pro-kerjasama dengan Pakatan, sama ada Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan, sedangkan Pas sudah anti-Pakatan. Dalam keadaan sebegitu, mereka terpaksa memilih untuk sama ada terus bersama Pas, yang tidak lagi dipersetujui pendekatannya, atau keluar dan bersama PH khususnya bersama AMANAH,” ujar Khalid.

Bagaimanapun Khalid tidak menyokong usaha menawarkan Adun-Adun Pas itu menyertai PKR bagi membolehkan mereka bertanding atas tiket parti itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Langkah ini, katanya akan menjejaskan hubungan sesama parti dalam PH di Selangor khususnya antara PKR, AMANAH dan PPBM.

Adun-Adun Pas itu juga, katanya terpaksa berfikir panjang untuk menerima tawaran tersebut kerana khuatir dianggap oportunis dan tidak berprinsip.

Sehubungan itu beliau menasihati Adun-Adun Pas yang sedang dalam dilema itu supaya mengikhlaskan hati dalam mendukung perjuangan Islam.

“Jangan jadi seperti Baihara bin Firas, ketua Bani Amir yang sanggup menyokong Rasulullah s.a.w. hanya sekiranya beliau dijanjikan akan dilantik sebagai ketua selepas wafatnya Nabi s.a.w..

“Syarat Baihara telah ditolak Rasulullah s.a.w. kerana sikap meminta dan mementingkan jawatan adalah bukan dari akhlak seorang pejuang Islam yang tulen,” ujarnya.

Beliau seterusnya mempelawa Adun-Adun Pas itu untuk bersama AMANAH walaupun tidak dijanjikan apa-apa jawatan mahupun kedudukan.

“Saya yakin, bukan itu yang diperjuangkan mereka pada ketika menyertai Pas pada asalnya. Sebaliknya yang diperjuangkan mereka, seperti juga kami, adalah untuk membawa risalah politik Islam yang kontemporari, tepat dengan keadaan semasa, demi menyelamatkan negara dari kezaliman dan salah guna kuasa,” tegas Khalid.