Tun M vs Najib bukan cari siapa kalah
KHAIRUL AMRI YASIN 24 JULAI 2017
ADA yang gelak, tak kurang kurang yang perlekeh! Itu reaksi selepas Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan bertanding di kawasan Parlimen Pekan pada PRU14. Sesetengah laporan menyebut, kesediaan itu sekadar 'acah-acah' Mahathir meraih berita.
Ada juga saranan agar Mahathir melupakan hasrat menguji pengaruh di Pekan kerana ia adalah kubu kuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kerusi deposit BN sejak dari zaman ayahanda beliau, Tun Abdul Razak.
Dalam pesona dunia politik, perlawanan Mahathir dan Najib ibarat pertembungan king vs king yang pasti akan melonjak moral pasukan.
Merujuk sejarah gemilang Najib di Pekan, meskipun pernah sekadar menang tipis 241 undi pada PRU 1999, segalanya berubah apabila fakta kemenangan beberapa PRU selepas itu membuktikan cengkaman pengaruh dan populariti Najib semakin selesa dan melonjak.
Jentera diperkemas untuk menangani segala permasalahan, bahkan turut aktif menambah pendaftaran pengundi bagi memastikan kisah kemenangan tipis itu tidak berulang.
Sebab itu, majoriti kemenangan Najib pada PRU 2004 terus melonjak kepada 22,292 undi. Malah, jika PRU 1999, jumlah keluar mengundi hanya 27,539 orang, angka itu meningkat kepada 41,102 orang pada PRU 2004.
Daripada majoriti kemenangan 22,292 undi pada 2004, keselesaan itu berterusan menjadi 26,464 undi pada PRU 2008 dan 35,613 undi pada PRU 2013 yang lalu.
Pendek kata, tiada harapan buat calon parti lawan menang dan mencipta sejarah selepas ini!
Rasa yang sama disuarakan penganalisis politik, Md Shukri Shuib yang awal-awal lagi menyifatkan hasrat Mahathir bertanding di kerusi Parlimen Pekan sebagai kerja susah dan mahu bekas perdana menteri itu melupakan hasrat mencabar Najib.
Md Shukri yang juga Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) menegaskan, Najib selaku Presiden Umno sangat berpengaruh di Pekan dan sukar ditewaskan.
"Lupakan hasrat mahu cabar Najib," katanya.
Umum tahu, kisah Mahathir lawan Najib ini rasanya sudah banyak kali dicanang.
Kalau dalam kes menekan Najib, beliau sanggup membuang Umno, apa lagi pilihan yang beliau ada?
Berbuih Mahathir bercakap betapa perlunya Najib dikalahkan di kawasannya pada PRU sebagai satu halangan untuk beliau terus berada di jawatan perdana menteri.
Dan, kelmarin semacam satu kemuncak apabila beliau sendiri sedia 'bertarung' di Pekan sekiranya Pakatan Harapan tiada calon sesuai.
Seharusnya Umno dan BN tidak meremehkan hasrat Mahathir walaupun dianggap 'acah-acah'. Kesungguhan mahu mengetepikan Najib dan misi menakluk Putrajaya bukan calang-calang.
Ramai kenal jiwa kentalnya. Jika benar berlaku, berbekal pengalaman yang ada, Mahathir mempunyai kelebihan.
Beliau mungkin mahukan peluang dan bertanding di Pekan ibarat menebas semak membuka jalan lebih luas menuju Putrajaya.
Di atas kertas, ada beranggapan Mahathir calon paling wibawa dan heavyweight.
Pastinya kenalan, pemimpin rapat dengan beliau sanggup 'berkampung' di Pekan sepanjang tempoh kempen dan sedia menyerang lawan dengan peluru dan senjata.
Kalaupun tewas di Pekan, biarlah Najib menang terhadap calon hebat dan bukan sekadar 'ikan bilis'.
Persoalannya....adakah rakyat Pekan mahu memberi peluang kepada Mahathir?
Sekiranya mengambil kita semua angka-angka keputusan PRU lalu, bagaimanakah Najib mampu ditewaskan?
Sinikalnya, kisah Mahathir mahu lawan Najib ini ibarat cerita menggempur kubu ketua lawan, menang atau kalah soal lain. Ia membawa cerita tentang perjuangan!
KHAIRUL AMRI YASIN 24 JULAI 2017
Najib Mahathir

No comments:
Post a Comment