Thursday, September 21, 2017

Biar betul: Tujuan Najib ke AS, UK untuk bergambar?

Tujuan Najib ke AS, UK untuk bergambar bersama Trump, May
mk   -   Hari ini, 11:42 tengahari
ULASAN - Sekembalinya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke tanahair, bermacam-macam tohmahan dan fitnah dilempar olehnya terhadap pengkritik lawatannya ke Amerika Syarikat. Saya diberi tempat utama dalam kempen fitnah ini.

Kononnya sambutan Trump kepadanya lebih baik dari sambutan kepada lawatan saya.

Sebenarnya layanan terhadap Najib adalah yang terburuk sekali berbanding dengan layanan terhadap diri saya dan pemimpin-pemimpin lain semasa lawatan rasmi pertama kali pemimpin baru ke Amerika.
Mengikut laporan akhbar dan media Amerika layanan terhadap Najib adalah seperti layanan terhadap “pariah”.

Saya melawat Amerika Syarikat secara rasmi selepas saya melawat Kanada tiga tahun selepas menjadi perdana menteri. Pemerintahan Amerika Syarikat hantar pesawat khas presiden ke Lapangan Terbang La Guardia di New York untuk membawa saya dan isteri ke Washington DC.

Dari Pangkalan Udara Andrew saya diterbangkan dengan helikopter presiden ke bandar Washington. Saya disambut oleh pegawai tinggi Amerika Syarikat dan bermotor ke hotel Willard Washington DC. Ketika itu Blair House, tempat penginapan tetamu kerajaan sedang diperbaiki.

Dua buah kereta “stretched” disediakan untuk saya ke White House yang dihias dengan bendera Malaysia dan Amerika Syarikat. Cermin gelap di tingkap kereta menghalang orang ramai daripada mengetahui kereta yang mana yang saya guna.

Pertemuan paling mahal

Bendera Amerika ternampak hampir semacam dengan bendera Malaysia. Dengan itu ramailah penduduk Washington terkeliru dan memikir kereta-kereta ini membawa Presiden AS. Mereka melambai tangan sepanjang jalan.
Saya bertemu dengan Presiden Reagan seperti biasa di hadapan “fireplace” dan mengadakan “small-talk” dengannya, Naib Presiden Bush (Senior) ada bersama.

Kemudian baru diadakan mesyuarat dua delegasi di bilik mesyuarat khas. Ini disusuli dengan makan tengahari dan sidang akhbar.

Seluruh lawatan saya ke White House dirakam oleh jabatan Presiden Amerika Syarikat dan disimpan dalam Library Ronald Reagan. Video ini boleh dilihat di media sosial.

Saya juga mengadakan perjumpaan tidak rasmi dengan Presiden Bush (Senior) Presiden Bush (Junior), Presiden Bill Clinton di Washington dan di tempat-tempat lain. Biasanya saya membangkitkan soal minyak kelapa sawit dan sikap AS terhadap negara Islam.

Sebaliknya Najib disambut di Lapangan Terbang Washington oleh Duta Malaysia, tinggal di hotel milik Trump yang terkenal amat mahal. Najib mengguna kereta Mercedes. Tidak ternampak kereta panjang yang diberi untuk lawatan Najib dan pertemuan dengan Trump hanya selama 30 minit. Tidak ada makan tengahari dan sidang akhbar.

Memandang bahawa masa perjumpaan begitu terhad iaitu hanya 30 minit, dan tawaran Najib kepada Trump begitu tinggi, berjumlah hampir RM100 billion, kos yang ditanggung oleh Malaysia ialah sebanyak RM3.3 bilion (3.300,000,000 ringgit) satu minit. Ini boleh jadi satu rekod dunia.
Anak Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, Datuk Megat Fairouz kata saya bayar bermillion kepada pelobi untuk berjumpa dengan Presiden Amerika. Ini kononnya diberitahu oleh bapanya.

Saya tidak tahu benar atau tidak kenyataan ini. Mungkin pegawai Wisma Putera yang mengurus perkara lawatan saya yang tahu. Yang saya tahu tidak ada arahan dari saya untuk lobi. Tak apalah Fairouz, anak sahabat saya nak cari makan.

Sebenarnya apabila sahaja saya menjadi PM duta besar Amerika Syarikat di Malaysia percaya, seperti dengan kebanyakan pemimpin negara yang baru dilantik, saya akan pergi mengadap Presiden Amerika Syarikat.

Utamakan negara jiran

Duta itu datang ke pejabat saya untuk minta maaf kerana presiden terlalu sibuk dan tidak dapat berjumpa saya dalam masa yang terdekat.

Saya tidak kata apa-apa kepadanya. Tetapi petang itu juga saya beritahu Wisma Putra saya tidak berhajat pergi ke Washington jumpa presiden. Oleh itu tidak perlu sesiapa bersusah payah mendapat slot untuk saya. Duta Amerika pun berhenti usahanya.
Sebenarnya Wisma Putra sudah dimaklumkan lebih awal lagi akan keutamaan lawatan saya ke luar negara apabila sahaja saya jadi PM pada 1981. Saya utamakan lawatan ke negara-negara jiran anggota ASEAN, kemudian negara-negara kecil di lautan Pasifik, kemudian ke negara-negara Islam OIC dan akhirnya ke negara-negara Komanwel.

Jadual saya tidak termasuk United States of America. Mengikut jadual ini saya berkelapangan ke Amerika Syarikat selepas lawatan ke negara-negara dalam senarai saya.

Sebab itulah saya membuat lawatan ke Amerika Syarikat selepas tiga tahun (1984) jadi PM. Itu pun hanya secara sambilan semasa saya berada di Amerika Utara.

Saya yakin semua tarikh-tarikh lawatan saya ke luar negara direkod oleh Wisma Putra.

Tidak pernah saya tawar untuk membeli apa-apa dari Amerika Syarikat semasa lawatan saya. Dasar Malaysia pada ketika itu ialah berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Kita bersikap berkecuali dalam sebarang permusuhan antara negara asing.
Di antara yang memalukan kita berkenaan lawatan Najib ke Amerika Syarikat ialah laporan Newsweek yang berbunyi “Trump’s meeting with Malaysian Crook Najib reeks of the Swamp”. Demikianlah buruknya lawatan Najib ke Amerika. Tak usahlah bohong kononnya dia dapat layanan lebih baik dari saya.

Najib tidak berani jumpa wartawan atau media. Tujuan sebenar lawatan ke Amerika Syarikat dan UK ialah untuk ambil gambar Najib bersama Presiden Amerika Syarikat dan PM UK.

Rakyat Malaysia bukan boleh diperbodoh dengan gambar-gambar ini. Mereka tidak gembira duit mereka berbillion dibelanja untuk dapat gambar.

* TUN DR MAHATHIR MOHAMAD ialah pengerusi Parti Pribumi Bumiputera Bersatu (BERSATU) dan perdana menteri keempat Malaysia.

Di bawah adalah coretan asal dari blog chedet.cc

NAJIB DAN TRUMP
21 Sep 2017 | Uncategorized

1. Sekembalinya Najib ke tanahair, bermacam-macam tohmah dan fitnah dilempar olehnya terhadap pengkritik lawatannya ke Amerika Syarikat. Saya diberi tempat utama dalam kempen fitnah ini.

2. Kononnya sambutan Trump kepadanya lebih baik dari sambutan kepada lawatan saya. Sebenarnya layanan terhadap Najib adalah yang terburuk sekali berbanding dengan layanan terhadap diri saya dan pemimpin-pemimpin lain semasa lawatan rasmi pertama kali pemimpin baru ke Amerika. Mengikut laporan akhbar dan media Amerika layanan terhadap Najib adalah seperti layanan terhadap “pariah”.

3. Saya melawat Amerika Syarikat secara rasmi selepas saya melawat Canada tiga tahun selepas menjadi PM. Pemerintahan Amerika Syarikat hantar pesawat khas Presiden ke La Guardia airport New York untuk penerbangan saya dan isteri ke Washington. Dari Pangkalan Udara Andrews saya diterbangkan dengan helikopter Presiden ke bandar Washington. Saya disambut oleh pegawai tinggi Amerika Syarikat dan bermotor ke hotel Willard Washington DC. Pada masa itu Blair House, tempat penginapan tetamu Kerajaan Amerika sedang diperbaiki.

4. Dua buah kereta “stretched” disediakan untuk saya ke White House yang dihias dengan bendera Malaysia dan Amerika Syarikat. Cermin gelap ditingkap kereta menghalang orang ramai daripada mengetahui kereta yang mana yang saya guna.

5. Bendera Amerika ternampak hampir semacam dengan bendera Malaysia. Dengan itu ramailah penduduk Washington terkeliru dan memikir kereta-kereta ini membawa Presiden AS. Mereka melambai tangan sepanjang jalan.

6. Saya bertemu dengan Presiden Reagan seperti biasa di hadapan “fireplace” dan mengadakan “small-talk” dengannya, Vice Presiden Bush (Senior) ada bersama.

7. Kemudian baru diadakan mesyuarat dua delegasi di bilik mesyuarat khas. Ini disusuli dengan makan tengahari dan press conference. Seluruh lawatan saya ke White House dirakam oleh jabatan Presiden Amerika Syarikat dan disimpan dalam Library Ronald Reagan. Video ini boleh dilihat dalam media sosial (KLIK DI SINI).

8. Saya juga mengadakan perjumpaan tidak rasmi dengan Presiden Bush (Senior) Presiden Bush (Junior), Presiden Clinton di Washington dan di lain-lain tempat. Biasanya saya membangkitkan soal minyak kelapa sawit dan sikap AS terhadap negara Islam.

9. Sebaliknya Najib disambut di Lapangan Terbang Washington oleh Duta Malaysia, tinggal di Hotel milik Trump yang terkenal amat mahal. Najib mengguna kereta Mercedes. Tidak ternampak kereta panjang yang diberi untuk lawatan Najib dan pertemuan dengan Trump hanya selama 30 minit. Tidak ada makan tengahari dan Press Conference.

10. Memandang bahawa masa perjumpaan begitu terhad iaitu hanya 30 minit, dan tawaran Najib kepada Trump begitu tinggi, berjumlah hampir 100 billion Ringgit, kos yang ditanggung oleh Malaysia ialah sebanyak 3.3 billion Ringgit (3.300,000,000 Ringgit) satu minit. Ini boleh jadi satu rekod dunia.

11. Anak Megat Junid, Megat Fairouz kata saya bayar bermillion kepada pelobi untuk berjumpa dengan Presiden Amerika. Ini kononnya diberitahu oleh bapanya Megat Junid.

12. Saya tidak tahu benar atau tidak kenyataan ini. Mungkin pegawai Wisma yang mengurus perkara lawatan saya yang tahu. Yang saya tahu tidak ada arahan dari saya untuk lobi. Tak apalah Fairouz, anak sahabat saya nak cari makan.

13. Sebenarnya apabila sahaja saya menjadi PM duta besar Amerika Syarikat di Malaysia percaya, seperti dengan kebanyakan pemimpin negara yang baru dilantik, saya akan pergi mengadap Presiden Amerika Syarikat.

14. Duta itu datang ke pejabat saya untuk minta maaf kerana Presiden terlalu sibuk dan tidak dapat berjumpa saya dalam masa yang terdekat.

15. Saya tidak kata apa-apa kepadanya. Tetapi petang itu juga saya beritahu Wisma Putra saya tidak berhajat pergi ke Washington jumpa Presiden. Oleh itu tidak perlu sesiapa bersusah payah mendapat slot untuk saya. Duta Amerika pun berhenti usahanya.

16. Sebenarnya Wisma Putra sudah dimaklumkan lebih awal lagi akan priority lawatan saya ke luar negara apabila sahaja saya jadi PM pada 1981. Saya utamakan lawatan ke negara-negara jiran anggota ASEAN, kemudian negara-negara kecil di lautan Pacific, kemudian ke negara-negara Islam OIC dan akhirnya ke negara-negara Komanwel.

17. Jadual saya tidak termasuk United States of America. Mengikut jadual ini saya berkelapangan ke Amerika Syarikat selepas lawatan ke negara-negara dalam senarai saya.

18. Sebab itulah saya membuat lawatan ke Amerika Syarikat selepas tiga tahun (1984) jadi PM. Itu pun hanya secara sambilan semasa saya berada di Amerika Utara.

19. Saya yakin semua tarikh-tarikh lawatan saya ke luar negara direkod oleh Wisma Putra.

20. Tidak pernah saya tawar untuk membeli apa-apa dari Amerika Syarikat semasa lawatan saya. Dasar Malaysia pada ketika itu ialah berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Kita bersikap berkecuali dalam sebarang permusuhan antara negara asing.

21. Diantara yang memalukan kita berkenaan lawatan Najib ke Amerika Syarikat ialah laporan Newsweek yang berbunyi “Trump’s meeting with Malaysian Crook Najib reeks of the Swamp”. Demikianlah buruknya lawatan Najib ke Amerika. Tak usahlah bohong kononnya dia dapat layanan lebih baik dari saya.

22. Najib tidak berani jumpa press. Tujuan sebenar lawatan ke Amerika Syarikat dan U.K. ialah untuk ambil gambar Najib bersama Presiden Amerika Syarikat dan PM U.K.

23. Rakyat Malaysia bukan boleh diperbodoh dengan gambar-gambar ini. Mereka tidak gembira duit mereka berbillion dibelanja untuk dapat gambar.

PAS parti pengacau pada PRU14: Tanggapan atau fakta?

PAS Selangor nafi jadi ‘pengacau’ pada PRU14
Amin Iskandar
Diterbitkan pada 21 Sep 2017 11:00AM
Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir menafikan parti Islam itu sengaja menjadi 'pengacau' sedangkan ia sejak sekian lama sentiasa meletakkan calon di kerusi-kerusi ditandingi Umno. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 September 2017.

PAS Selangor menafikan mereka akan menjadi “pengacau” pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk memenangkan Umno, mengatakan parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu merupakan lawan tradisi mereka sejak dahulu lagi.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, sejak dahulu lagi parti Islam itu akan meletakkan calon di kerusi-kerusi ditandingi Umno.

“PAS tak pernah tak bertanding lawan Umno. Macam mana pulak kita jadi pengacau? Kita tak pernah tidak melawan Umno,” kata Roslan dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insight.

“Mereka keluarkan kenyataan begitu kononnya PAS ada kerjasama dengan Umno. Tetapi terbuktilah sampai saat ini tak nampak mana pun kerjasama macam mana.”

Selepas mengambil keputusan untuk menubuhkan Gagasan Sejahtera dan tidak menyertai Pakatan Harapan (PH), PAS dituduh mahu memecahkan undi bagi memberikan kemenangan kepada calon BN.

Menjawab pertuduhan itu, Roslan yang juga timbalan ketua penerangan PAS berkata, dalam pertembungan tiga penjuru, kemenangan belum tentu akan berpihak kepada BN.

“Contohnya kita lihat di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang, kita sudah bertanding di situ sejak lama dahulu.

“Kali akhir PAS bertanding di situ sebelum wujudnya Pakatan Rakyat, Dr Yunus Hairi hanya kalah beberapa ratus undi sahaja. Itu bukti PAS memang mempunyai sokongan,” katanya.

Roslan berkata, pengacau sebenar ialah parti lain yang bertanding di kawasan tradisi ditandingi PAS.

“Bila datang parti lain, masuk jadi tiga penjuru itulah yang sebenarnya memecahkan peluang mengalahkan Umno.

“Saya tak rasa parti yang ketiga itu akan menang. Bila dia buat begitu, lebih menguntungkan BN,” katanya.

Menurut Roslan, segelintir pengundi Melayu atas pagar yang sebelum ini cenderung kepada Umno bersedia mengundi PAS pada pilihan raya umum 2008 dan 2013.

“Biasanya 30 pengundi Melayu akan undi PAS, 35 hingga 40% undi Umno.

“Yang atas pagar ni ada satu segmen yang sudah bersedia untuk undi PAS tetapi bila tengok PAS ada hubungan dengan DAP, mereka tidak jadi mengundi PAS,” katanya.

Kerjasama dengan Umno hanya dalam isu Melayu-Islam

Roslan berkata, PAS tidak akan mengadakan kerjasama dengan Umno dalam politik tetapi hanya dalam isu Melayu-Islam.

“Sejak dua tiga tahun kebelakangan ini kita bekerjasama lebih kepada isu yang melibatkan kepentingan Melayu-Islam.

“Contohnya dalam kes Rohingya, dan sebelum ini apabila Presiden PAS dijemput dalam program Multaqa Al-Azhar, kita pergi kerana isu-isu yang melibatkan kepentingan Melayu-Islam.

“Saya lihat sebelum ini parti bukan Melayu contohnya parti majoriti Cina seperti DAP dan MCA dia boleh bersatu dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan masyarakat mereka, dalam isu sekolah dan sebagainya. Jadi tidak ada masalah sebenarnya,” katanya.

Menurut Roslan, perpecahan dalam PAS sehingga menyebabkan Amanah ditubuhkan pada 2015 tidak menjejaskan parti Islam itu.

“Selepas hampir tiga tahun, sokongan tu saya rasa tak sebagaimana cita-cita dia (Amanah) untuk ganti PAS.

“Dalam kawasan-kawasan tertentu di Selangor malah tak nampak langsung kekuatan (Amanah),” katanya.

Roslan berkata, PAS tetap mendapat banyak pertambahan ahli selepas Amanah ditubuhkan.

“Selepas tertubuhnya Amanah, PAS masih berjalan seperti biasa, malah dari segi keahlian pun, terbaru dalam mesyuarat PAS Pusat lepas daripada Januari ke September tahun ini, secara puratanya 125 orang ahli baru sehari di seluruh Malaysia.

“Ia sangat besar berbanding dengan tahun lepas. Sepatutnya dengan penubuhan Amanah, kalau ia bercita-cita nak menggantikan PAS, sepatutnya ia mengurangkan pertambahan keahlian kami,” katanya.

Katanya, Amanah sukar untuk berjaya pada masa akan datang sekiranya tidak mempunyai kekuatan akar umbi.

“Mungkin mereka bertenggek kepada pimpinan tertentu tapi tradisinya kalau parti politik Melayu-Islam ni, apa pun dia kena bersandar kepada kekuatan akar umbi.

“Kita tak boleh samakan parti Melayu-Islam ini dengan DAP contohnya. DAP dia lebih kepada ketokohan, tak perlukan akar umbi.

“Tapi kalau dari segi sejarahnya parti Melayu-Islam, kalau tiada akar umbi, susahlah masa depan,” katanya. – 21 September, 2017.

Pulang ke ganggang: 2 'dalang' yang tarik Mat Taib

Rabu, 20 September 2017
2 'dalang' yang tarik Mat Taib pulang ke Umno

Ramai tertanya-tanya sebab yang membuatkan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, seorang bekas menteri besar Selangor yang pernah bersama pembangkang menyertai semula Umno.

Ada pihak yang mendakwa kononnya rancangan asal adalah Muhammad membawa bersama lapan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PKR bersama ramai lagi wakil rakyat lain untuk merampas Selangor seperti yang berlaku di Perak.

Adakah beliau benar-benar kecewa dan merasakan selama berada bersama pembangkang hanya sia-sia belaka? Atau mungkinkah beliau ditawarkan jawatan menteri besar Selangor jika BN dapat menawan semula negeri tersebut pada pilihan raya umum kali ini?

Hanya Muhammad sendiri yang tahu kenapa beliau memilih untuk bersama Umno semula.

Malah, gara-gara kemasukan semula Muhammad ke dalam parti itu, semua anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno terpaksa berpusu-pusu ke ibu pejabat Umno pada petang Ahad lalu. Ini termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang terpaksa menyingkatkan lawatan kerjanya ke Perlis.

Ingatkan apa yang penting sangat, rupanya Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mahu mengumumkan Muhammad atau lebih dikenali dengan nama Mat Taib menyertai semula Umno selepas lima tahun bersama PKR dan PAS.

Dalang yang memujuk 

Tetapi yang pasti ada pencatur atau 'dalang' yang memainkan peranan “memujuk” semula rajuk Muhammad.

Satu sumber memaklumkan bahawa usaha ini dimainkan oleh Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar sendiri dan anggota MT Umno Datuk Seri Abdul Azeez Rahim – seorang menteri kabinet, seorang lagi merupakan pengerusi Tabung Haji.

Menurut sumber juga, rundingan itu dilakukan semasa mereka bersama-sama menunaikan haji pada antara penghujung Julai dan Ogos lalu. Kebetulan dikatakan telah menyebelahi Noh dan Azeez.

Sejauh mana kebetulan itu, tiada sesiapa yang tahu. Dalam masa yang singkat, nampaknya Noh dan Azeez berjaya ‘meyakinkan’ Muhammad atau nama gelarannya Mat Tyson supaya kembali ke Umno.

Menurut sumber lagi, antara perkara yang dibincangkan semasa pertemuan di tanah suci itu adalah berkisar rasa kesal Muhammad ketika berada dalam PKR.

Minta restu PM 

Sementara itu, sumber yang terdekat dengan Umno Selangor juga berkata, Noh dan Azeez kemudian mengemukakan kejayaan itu kepada Najib dan mendapat lampu hijau.

Penulis cuba untuk mendapatkan reaksi Muhammad sendiri mengenai dakwaan berkenaan tetapi ketika ini, Muhammad berada di luar negara.

Melalui pesanan WhatsApp beliau memberitahu: “Mudah-mudahan (kemasukan dalam Umno) ada kesan. "Biarlah mereka (pembangkang yang perlekehkannya) syok sendiri. He who laughs first, laugh last,” katanya ringkas.

Muhammad berkata demikian ketika ditanya reaksinya apabila pembangkang dilihat ‘mengejek’ tindakan bekas pemimpin itu yang kembali ke parti lama.

Tidak kurang juga yang tertanya-tanya tugas yang akan digalas bekas ADUN Batang Kali itu setelah kembali ke Umno semula.

Tiada rancangan khas 

Diajukan soalan, sumber berkata, setakat ini tiada perancangan khas tetapi mereka berharap dengan pengalamannya mentadbir Selangor selama 11 tahun akan membantu BN menawan semula negeri berkenaan.

Sumber tersebut turut menafikan wujudnya cubaan menggulingkan kerajaan Selangor dengan membawa lapan ADUN PKR untuk menyertai Umno. "Dakwaan itu (lapan ADUN PKR masuk Umno) tak logik. Kerana pilihan raya umum ke-14 dah semakin hampir,” kata sumber itu, merujuk kepada laporan sebuah portal sebelum ini.

Penulis juga cuba menghubungi Noh dan Azeez dan masih menunggu respon daripada mereka berdua berkaitan dakwaan itu.

Berhubung Mat Taib, setelah lama menyepi, masih tidak pasti sama ada beliau mampu melakukan comeback.

Walaupun berjaya membangunkan Selangor selama 11 tahun pentadbirannya, Mohamad lebih dikenang dengan kegagalan mengisytiharkan wang tunai bernilai jutaan dolar yang dibawa ke Australia. Mahkamah kemudian mendapati beliau tidak bersalah.

Namun nasi telah menjadi bubur selepas itu. Muhammad pun meletak jawatan dan menjelang pilihan raya umum ke-13, beliau menyertai PAS dan berkempen untuk pembangkang.

Kali ini anak jati Selangor itu mungkin akan berkempen atas pentas BN pula, menyerang sekutu-sekutu lamanya.

Besarkah pengaruh seorang Mat Taib dan mampukah bubur kembali menjadi nasi? Masa akan menjawab soalan-soalan ini.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 9:37:00 PTG 

Kes rogol lagi: Guru rogol murid direman

Guru direman selepas rogol murid sendiri di dalam kereta
Rudi Affendi Khalik, Astro Awani |  Diterbitkan pada September 20, 2017 11:43 MYT
Di dalam laporannya, ibu mangsa mendakwa guru terbabit telah mengambil kesempatan dengan mengadakan hubungan seks dengan anaknya, pelajar tingkatan dua sekolah itu di dalam kereta sebanyak dua kali. - Foto sarawakvoice

KUCHING: Seorang guru direman tujuh hari sebentar tadi bagi membantu siasatan satu kes rogol membabitkan muridnya sendiri di sebuah sekolah menengah di Siburan, dekat sini.

Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Zulhairil Sulaiman, pagi tadi selepas suspek dicekup di rumahnya di Tapah, sekitar jam 7 petang semalam.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata, tangkapan dilakukan susulan satu laporan polis di Balai Polis Siburan sekitar jam 5 petang semalam terhadap guru berusia 51 tahun itu.

"Laporan dibuat oleh ibu mangsa, setelah dimaklumkan oleh seorang guru lain berhubung perbuatan lelaki tersebut terhadap anaknya.

"Di dalam laporannya, ibu mangsa mendakwa guru terbabit telah mengambil kesempatan dengan mengadakan hubungan seks dengan anaknya, pelajar tingkatan dua sekolah itu di dalam kereta sebanyak dua kali di kawasan terpencil di sini."

Kata Dev, sejurus menerima laporan, anggota siasatan jenayah Padawan pantas menjejak suspek, dan dua jam kemudian, berjaya menahannya di rumahnya di Tapah, dekat Serian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah rogol.

'Saya pembunuh'

'Kenapa awak suap makanan pada saya? Saya pembunuh'
10:34 AM
Betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak agar mereka menjadi orang yang berguna di masa akan datang. Jangan pernah mengambil mudah apa yang anak pelajari dan lalui, ia memberikan pelbagai kesan yang kita tidak tahu akibatnya kelak. Seperti yang diceritakan oleh Puan Nadiah Yusof, membuatkan hati ini rasa sebak bila seorang lelaki yang pernah mendapat 10A dalam SPM, kehidupannya berakhir dengan tali gantung. 

KES remaja yang membakar tahfiz mengingatkan saya pada kejadian 8 tahun lepas, ketika saya masih seorang pelatih. Saya menerima seorang pesakit awal 20-an yang ditetak dengan parang di kedua-dua belah tangannya. Kira-kira tidak lebih dari 10 deep laceration wound di sana. Dia datang bersama-sama sepasukan anggota polis dalam keadaan separuh sedar.

Ini kali pertama saya melihat luka seperti itu. Pucat muka dan berdebar jantung saya. 

Hasil maklumat dari pihak polis, dia ditangkap setelah merompak dan membunuh tiga orang penghuni rumah iaitu, isteri, anak berusia 3 tahun dan orang gaji. Tak bernasib baik, belum sempat dia melarikan diri, suami mangsa pulang ke rumah dan menangkapnya. Akibat amarah, si suami menetak dan orang kampung mencurah cuka pada lukanya. Padanlah separuh masak isinya.

Saya lihat betul-betul wajahnya, sampai sekarang saya masih boleh mengingati wajahnya. Orangnya masih muda, wajah putih bersih tak nampak seakan penjenayah. Janggut sejemput seperti seorang ustaz layaknya. Benarlah kata orang, jangan menilai orang dari rupa/luarannya. 

Pesakit ini rupa-rupanya penagih dadah. Malah sebelum pecah masuk rumah mangsa, dia sempat mengambil 16 biji pil ekstasi. Dalam keadaan tidak sedar, dia membunuh semua yang berada di dalam rumah itu. Malah anak kecil berusia 3 tahun itu ditemui di dalam bilik air dalam keadaan perut terburai.

Bila masuk ke wad, social history lebih terperinci didapati. Kisah hidup anak muda ini tragis. Dia adalah pelajar cemerlang (10A) di dalam SPM. Malah ditawarkan jurusan perubatan. Tetapi dia terkesan dengan perceraian kedua ibu bapanya. Dia tidak dipedulikan, maka dia menentukan hidupnya sendiri. Dia berhenti belajar dan terlibat dengan najis dadah.

Ketika dia dimasukkan ke hospital, tidak ada seorang pun ahli keluarganya kelihatan. Malah pihak hospital mengalami masalah untuk mendapatkan maklumat dari ahli keluarganya. Ada nombor telefon yang diberikan tetapi tidak mengaku mempunyai pertalian dengannya. Malah tiada siapa yang melawatnya di hospital.

Kisah anak muda ini selalu saya ceritakan untuk mengingatkan betapa durjana najis dadah. Begitulah dadah memusnahkan segalanya. Walaupun pesakit ini bekerja, tetapi ianya tak mampu menanggung desakan ketagihan dadah. Dalam dua hari saja, habis duit gaji sebulan untuk membeli dadah. Habis duit gaji, terpaksa mencuri. Natijahnya terpalit pada insan tak berdosa.

Sepanjang bertugas di Jabatan Kecemasan dan mengendalikan kes OSCC, 90% (anggaran kasar dan personel) dari kes rogol, sumbang mahram, sodomy malah dadah terhasil dari broken family. Ketika ini lihat di mana anak-anak kita. Dengan siapa mereka berkawan. Jika selama ini kita tak pernah peduli, mulakanlah sekarang. 

Periksa diri kita sebagai ibu bapa. Kita adalah acuan mereka. Jika hasil tidak molek, acuannya yang tak kena. Berhentilah menyalahkan orang lain sebaliknya berlapang dada memperbaiki diri kita.

Sikap kita juga mesti diperbaiki. Hentikan sikap menghukum. Sejahat manapun seorang manusia, Allah membuka ruang untuk hambanya bertaubat. Siapalah kita untuk menentukan syurga neraka seorang manusia? Boleh jadi mereka yang kita cerca lebih mulia dari kita jika mereka bertaubat nasuha.

Pesakit saya itu, tiada siapa berani mendekatinya mungkin kerana perbuatannya dan mungkin kerana terlalu ramai anggota polis menggerumuninya. Saya masih ingat soalan yang ditanya ketika dia sudah sedar dari 'high', baru sedar dia membunuh tiga nyawa.

"Kenapa awak suap makanan pada saya? Saya pembunuh."

"Sebab kamu manusia, manusia buat silap. Kalau kamu bertaubat boleh jadi kamu lebih mulia dari saya."

Ketika itu saya sebak, mengenangkan dia seorang yang hampir punya masa depan gemilang bakal berakhir di tali gantung kerana dadah dan masalah keluarga. - sumber

* sumber asal

Wednesday, September 20, 2017

Adakah ini benar atau cubaan menutup rasa malu yang tak terkira?

Wednesday, 20 September 2017
ADAKAH DASAR PERJUANGAN UMNO SUDAH TAK LAKU UNTUK MENANG PILIHANRAYA?

Berikutan konon gagalnya sebuah misi besar yang akan menumbangkan kerajaan negeri Selangor Ahad lalu di mana akhirnya hanya kuda tua bergelar Mike Tyson yang muncul dalam sidang media tergempar, Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa berkata, lebih ramai pemimpin-pemimpin pembangkang akan menyertai UMNO selepas ini.

Katanya, pengumuman berhubung perkara itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Adakah ini benar atau sekali lagi, ia cuma sekadar penyedap cerita dan  cubaan menutup rasa malu yang tak terkira?

Tetapi, kalaulah benar ada pemimpin parti-parti pembangkang yang akan menyertai  UMNO, sudah tentu ianya melalui proses berbayar dengan kadar yang membolehkan mereka pencen dan membeli kebun berekar-ekar,  apakah UMNO masih memerlukan gimik sedemikian rupa sebelum Najib Razak berani memanggil pilihanraya?
Apa yang dijualnya kepada pengundi - ideologi perjuangan atau suatu tayangan sokongan tipu-tipuan melalui pembelian?

Tindakan menunjuk-nunjuk bahawa ramai pemimpin pembangkang akan menyertai UMNO, sekali lagi disebut ia tentu bukan percuma, dengan jelas membuktikan ideologi perjuangan parti itu sudah tidak laku lagi untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi.

Annuar Musa yang mengakui ramai pemimpin pembangkang akan menyertai UMNO sebelum pilihanraya akan datang hanya mengesahkan lagi hakikat itu.

Kenapa ideologi perjuangan UMNO sudah tidak laku?

Adakah UMNO sudah lari daripada asas perjuangannya dahulu?

Adakah dengan "membayar dan membeli" sekian ramai pemimpin pembangkang untuk menyertai UMNO, mampu membuatkan Najib terus kekal berkuasa lagi?

Hakikatnya, bukan lagi rahsia, terutamanya sejak Najib memimpin UMNO dan kerajaan pada 2009, setiap kali diadakan pilihanraya kecil, mesti ada gimik kemasukan beberapa pemimpin pembangkang ke dalam UMNO.

Malangnya, tidak semua gimik itu membuahkan kejayaan, setengahnya menghasilkan keputusan yang sama buruk juga dengan keputusan sebelumnya.

Malah dalam pilihanraya 2013, di sebalik berbagai gimik yang dipromosikan, Najib tetap lebih teruk penghasilannya berbanding keputusan pilihanraya 2008 yang dikendalikan oleh Pak Lah yang dikata banyak pihak sebagai pemimpin lemah.

Siapa yang salah, ideologi yang tidak meresap ke dalam jiwa atau nakhoda yang tidak berguna?

Dalam bab ini, menghairankan sekali kenapa UMNO tidak bersungguh-sungguh mempromosi ideologi perjuangannya, sama seperti parti-parti dalam Pakatan Harapan yang gigih dengan agenda reformasi, membanteras rasuah, penyelewengan, ketirisan, mensejahterakan kehidupan rakyat dan menyelamatkan negara?

Dengan hanya ingin mencapai kemenangan melalui tayangan palsu kononnya sokongan diterima melalui pemimpin-pemimpin yang dibayar untuk menyeberang, apa jadi kepada ideologi perjuangan dan apa yang ingin UMNO selamatkan dalam perjuangannya?

Atau mencapai kemenangan dan dan memastikan Najib terus kekal adalah satu-satunya matlamat perjuangan?

Jika demikian, tidakkah memberikan kemenangan kepada UMNO dan BN secara khususnya hanya untuk menyelamatkan kedudukan peribadi Najib dan keluarganya semata-mata, bukan masa depan parti yang dulu tradisinya adalah membela rakyat jelata?

Jika Najib selamat, apa yang rakyat dapat atau hanya Jho Low mendapat nikmat? (ShahbudinHusin 20/09/2017)

Posted by Shahbudin Husin at 11:25   

Aikk.......peneroka Felda tanya duit?

Mana duitnya, tanya peneroka Felda
Sheridan Mahavera
Diterbitkan pada 20 Sep 2017 7:34AM
Peneroka yang ditemui pada ceramah Malam Semarak Kasih Felda yang diadakan malam tadi di Jengka,Pahang rata-rata menyuarakan sudah tidak mengharapkan janji insentif kerajaan membantu mereka ditunaikan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abd Halim, 20 September, 2017.

DUA bulan selepas mendengar khabar durian runtuh untuk mereka yang diumumkan pentadbiran Najib, peneroka Felda kini semakin skeptik yang janji itu akan ditunaikan.

Ketidakpastian ini, kebanyakannya muncul daripada generasi kedua peneroka akan memberi kesan kepada keupayaan pentadbiran sekarang untuk meraih undi mereka. Undi yang sangat penting, yang selama ini secara tradisinya menjadi milik Barisan Nasional (BN).

Pada hujung Julai lalu, Perdana Menteri Najib Razak berikrar akan memberikan bonus sebanyak RM5,000 untuk 94,956 keluarga peneroka. Bonus itu dikatakan sepatutnya dibayar pada penghujung Ogos.

“Kita dah nak sampai penghujung September tapi satu sen tak nampak lagi,” kata Mohamad Tarmizi dari Felda Jengka 10 di Pahang.

“Cek contoh dah serah pada kawasan kita, tapi duitnya tak nampak lagi,” katanya yang berusia 39 tahun itu.

Seorang lagi generasi peneroka kedua, Andak Ahmad berkata dia dan rakannya sudah lali dikecewakan kerajaan.

“Kita akan tunggu dan lihat. Kita tak menaruh harapan terhadap insentif-insentif ini. Kita dah cukup pengalaman pahit yang lalu berkenaan janji,” katanya ketika ditemui pada Malam Semarak Kasih Felda di Jengka malam tadi.

Ceramah yang dianjurkan Pakatan Harapan (PH) itu adalah usaha terbaru pembangkang untuk meraih undi di Felda, kawasan pembangunan tanah terbesar negara yang mempunyai 54 kerusi Parlimen.

Ia juga ceramah pertama yang dilakukan selepas Najib mengumumkan pakej insentif pada sambutan Hari Felda yang lalu.

Pakej yang diumumkan itu termasuklah bonus khas bernilai RM5,000 yang sepatutnya disalurkan pada hujung Ogos untuk 95,956 keluarga berjumlah RM474.78 juta dan pelbagai insentif lain untuk membantu melangsaikan hutang peneroka.

Antaranya adalah pelangsaian hutang sebanyak RM5,000 untuk setiap peneroka yang memilih melakukan penanaman semula dengan Felda. Sejumlah RM519 juta diperuntukkan untuk insentif ini.

Geran bernilai RM300 juta juga diberikan untuk pelangsaian hutang pinjaman yang diambil peneroka bagi melakukan penanaman semula tanah mereka.

Malah, peneroka generasi pertama yang selama ini merupakan penyokong paling setia BN, juga tidak mengharapkan janji BN ditunaikan.

“Kita tak nampak apa-apa pun daripada RM5,000 tu. Jadi saya tak peduli la ada insentif atau tidak,” kata Jali Sulong dari Felda Jengka 12.

Peneroka berusia 66 tahun itu percaya pengumuman Najib hanyalah helah pilihan raya dan dia mempersoalkan sama ada kerajaan benar-benar serius untuk membantu melangsaikan hutang mereka.

Selama sembilan tahun, Jali bekerja keras untuk melangsaikan hutangnya berjumlah RM33,000 kepada Felda bagi projek penanaman semula tanahnya. Dia fikir dia sudah hampir melangsaikan hutang itu pada pertengahan tahun ini, dengan hanya baki pinjaman sebanyak RM274.

“Bila saya periksa akaun pada bulan Ogoas, Felda kata saya hutang RM2,900 pula. Macam mana RM274 tiba-tiba tukar jadi RM2,900. Jadi macam mana saya nak percaya janji-janji ni?”
Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kebenaran janji insentif untuk peneroka yang dilakukan Najib Razak pada ceramah Malam Semarak Kasih Felda yang diadakan malam tadi di Jengka,Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abd Halim, 20 September, 2017.

Dalam ceramahnya, Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad juga mempersoalkan ketulusan janji Najib.

“Dia janji RM5,000 atau pun RM10,000 ribu. Tapi adakah dia mampu untuk bayar? Dia boleh janji apa saja kerana dia nak undi. Tapi tuan-tuan semua cuba fikir, siapa yang akan bayaran?”

Janji Najib kepada peneroka Felda bermula ketika pentadbirannya memutuskan untuk membentuk Felda Global Ventures Holdings (FGV) pada 2012 dan menyenaraikannya dalam pasaran saham, kata Dr Mahathir.

“Bila dia nak senaraikan pada bursa dia janji kepada peneroka semua kalau harga saham naik RM4 to RM10, semua kamu akan jadi jutawan.”

Sejumlah 77,934 keluarga peneroka membuat pinjaman lebih daripada RM3,600 bagi membayar 800 unit saham FGV pada 2012. Setiap bulan, RM50 akan ditolak untuk membayar pinjaman itu.

Bagaimanapun, harga saham FGV jatuh mendadak daripada RM4.55 seunit kepada RM1.66 seunit.

Kerajaan sudah berikrar untuk melangsaikan hutang peneroka yang membuat pinjaman bagi membeli saham itu.

“Tapi tengok la harga saham sekarang. Siapa yang betul-betul dapat kelebihan daripada FGV?” kata Dr Mahathir.

“Kalau Najib nak bagi duit untuk dapatkan undi saya mintak tuan-tuan mesti fikir dengan mendalam. Kerana kalau kita jual undi kita, nescaya Malaysia akan bertambah rosak dalam lima tahun kemudian kerana kerajaan yang kita ada dipimpin pencuri.” – 20 September, 2017.

Meghoyan ker berangan?

Banjir isyarat Pas akan menang besar di P Pinang, dakwa ketua pemuda
BORHAN AHMAD  -  September 20, 2017 11:12
Afnan mendakwa banjir adalah isyarat Pas akan menang besar di Pulau Pinang.

Pas yakin banjir yang melanda Pulau Pinang baru-baru ini adalah isyarat penolakan terhadap DAP di negeri itu dan Pas akan menang besar dalam pilihan raya umum nanti.

Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib berkata, ia akan mengulangi sejarah di Kelantan yang menang besar dalam pilihan raya 1990 lalu.

“Banjir yang berlaku di Pulau Pinang sehari dua ini adalah isyarat, sama seperti Kelantan dahulu.

“Kelantan kena banjir besar, tahun 1990 Pas menang besar dan memerintah Kelantan,” kata Afnan dalam himpunan hijau anjuran Pemuda Pas Pulau Pinang Ahad lalu.

Katanya, banjir besar berlaku di Pulau Pinang kali ini juga berlaku di sebelah pulau iaitu di kawasan penduduk bukan Muslim iaitu Cina.

“Mereka sendiri mula marah kepada kerajaan DAP yang memerintah,” kata Afnan.

Katanya, tidak mustahil, boleh jadi dengan banjir itu orang akan mula nampak kebenaran.

“Orang akan lihat kebenaran itu ada kepada Islam yang diperjuangkan Pas Insya Allah masyakat di Pulau Pinang akan memilih Pas sebagai parti yang akan mempertahankan dasar Islam dan hak mereka dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Pengerusi majlis dalam ceramah itu mengumumkan Pas bersedia bertanding di kesemua 40 kerusi negeri dan parlimen di negeri dalam pilihan raya ke 14 ini.

Dalam pilihan raya lalu, Pas hanya menang satu kerusi negeri iaitu Permatang Pasir manakala di kerusi Sungai Acheh calon Pas hilang wang pertaruhan apabila berlaku pertandingan tiga penjuru dengan calon BN dan PKR.

Calonnya Husni Mat Piah hanya mendapat 690 undi berbanding calon PKR 6083 dan calon BN yang menang mendapat 6891 undi.

BANJIR KILAT  

Banjir kilat di beberapa kawasan di bandar raya George Town pada Jumaat lepas adalah disebabkan oleh Taufan Doksuri yang menyebabkan berlaku taburan hujan luar biasa, lapor Bernama.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa berkata ia bukan berpunca daripada limpahan air Empangan Air Itam.

Beliau berkata taufan itu mengakibatkan kapasaiti taburan hujan pada hari tersebut sebanyak 270 milimeter (mm) iaitu bacaan luar biasa yang direkodkan di Pulau Pinang, selain turut meningkatkan paras empangan itu sebanyak 25 peratus.

“Kebiasaannya Pulau Pinang menerima taburan hujan antara 3 mm dan 52 mm. Tetapi pada 15 Sept lepas, taburan hujan yang diterima ialah sebanyak 270 mm, maknanya luar daripada jangkaan biasa.

“Hujan luar biasa ini bukan disebabkan oleh hujan antara monsun. Ia adalah tempias daripada Taufan Doksuri yang turut melanda Vietnam selaju 165 kilometer sejam.

“Taburan hujan sebanyak 270 mm ini adalah lebih kurang hujan yang turun dalam tempoh sebulan, tapi ia turun dalam satu malam sahaja. Akibat taufan ini Pulau Pinang mendapat hujan sebanyak 270 mm dan telah mengisi Empangan Air Itam sehingga penuh,” kata Jaseni kepada pemberita ketika melawat Empangan Air Itam 17 September lalu.

* Lebih logik banjir besar Kelantan 2014 petunjuk PAS akan menggelupur di Kelantan pada PRU14 nanti!

Ubah wang haram: Mahkamah Kanada bicara syarikat berkaitan Taib Mahmud

Mahkamah Kanada bicara kes ubah wang haram syarikat berkaitan Taib Mahmud
TMI - Dikemaskini 27 minit yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2017 2:50PM · 
NGO Switzerland mendakwa keluarga Gabenor Sarawak Taib Mahmud menyalurkan jutaan ringgit kepada Sakto Corporation. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 September, 2017.

MAHKAMAH Tinggi Ontario di Kanada memutuskan kes pengubahan wang haram terhadap syarikat kumpulan hartanah yang dikaitkan dengan Gabenor Sarawak Taib Mahmud akan dibicarakan secara terbuka, kata Bruno Manser Fund (BMF) hari ini.

Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Switzerland itu mengambil tindakan undang-undang terhadap Royal Bank of Canada, Bank Toronto-Dominion, Manulife Financial Corporation dan Deloitte & Touche untuk mendapatkan rekod kewangan daripada Sakto Corporation yang berpusat di Ottawa, yang ditubuhkan pada 1983 oleh Jamilah Taib Murray, dengan hadiah daripada bapanya sebagai permulaan modal.

Kumpulan ini mahukan perintah mahkamah yang akan memaksa pihak bank dan juruaudit mendedahkan maklumat dan rekod pemilikan benefisial untuk menunjukkan aliran dana dari Malaysia kepada syarikat Kanada milik keluarga Taib itu.

Di bawah undang-undang Kanada, syarikat swasta tidak perlu mendedahkan pemegang saham mereka secara terbuka.

BMF berkata tidak pernah ada perintah sedemikian – perintah Norwich Pharmacal – diberikan kepada plaintif yang ingin memulakan pendakwaan jenayah.

Dalam video YouTube yang dimuat naik semalam, pengarah BMF, Lukas Straumann menjelaskan tindakan undang-undang organisasi di Kanada itu terhadap keluarga Taib, yang digambarkannya sebagai "sangat berkuasa, sangat kaya dan sangat korup".

Taib adalah gabenor Sarawak dan pernah menjadi ketua menteri selama lebih 30 tahun.

"Jamilah, berusia 23 tahun, memulakan perniagaan jutaan dolar dengan wang daripada ayahnya yang dikatakan didapati secara sah. Kami berkata ia diperoleh melalui rasuah, wang yang dicuri," kata Lukas dalam video berdurasi kurang dua minit.

"Kami telah menyaman tiga bank di Kanada, kami mahu rekod bank Sakto, syarikat Jamilah, diberikan kepada kami kerana kami sedang mempertimbangkan untuk melakukan pendakwaan swasta.

"Tiada pendakwa raya memburu syarikat itu kerana dakwaan pengubahan wang haram, jadi sebagai organisasi swasta, kita perlu melakukannya," katanya. – 20 September, 2017.

* Heran tu dari mana dia dapat RMjuta, juta, juta tu?

Makmurnya hidup kita......tabung derma tahfiz pun dilarikan!

Pasangan suami isteri dicari
RAIHAM MOHD SANUSI  -  20 SEPTEMBER 2017
Rakaman CCTV menunjukkan wajah dua suspek yang melarikan tabung pusat tahfiz di kedai di sebuah stesen minyak di Kerteh.

KERTEH - Polis Kemaman kini sedang mengesan pasangan suami isteri yang melarikan tabung kutipan derma pusat tahfiz di sebuah stesen minyak di Kerteh pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 2 petang.

Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kes kecurian itu didalangi suspek lelaki yang dianggarkan berusia lingkungan 40-an dan suspek wanita berumur 30-an.

"Rakaman CCTV yang berdurasi 37 saat itu menunjukkan pasangan suami isteri itu berpura-pura membeli barang di kedai di stesen minyak berkenaan.

“Suspek lelaki pura-pura bertanyakan tentang barangan kepada seorang pekerja di kaunter sementara seorang lagi pekerja melayan suspek wanita yang mahu buat pembayaran.

“Melihat pekerja kaunter leka melayan suspek wanita, suspek lelaki bertindak mengambil tabung kutipan pusat tahfiz yang diletakkan di kaunter tersebut,” katanya.

Mohd Said berkata, sejurus tabung itu diambil kedua-dua suspek keluar dari kedai terbabit dan melarikan diri.

"Siasatan lanjut kes itu sedang dijalankan bagi mengenal pasti jumlah kerugian dan penglibatan kedua-dua suspek itu dalam kes kecurian sebegitu sebelum ini," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diharap tampil untuk membantu siasatan.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman menerusi talian 09-859 1999.