Saturday, July 22, 2017

Sejak dari Datuk-Nenek lagi tak habis-habie memperolokkan Melayu dengan 'hantu'

Pengundi Melayu jangan pertaruh undi - Shahidan
Diterbitkan pada Julai 22, 2017 07:48 MYT
SHAHIDAN: Jangan bagi (undi) kepada pembangkang.... kalau pembangkang menang, sudah tentu diketuai DAP dan kita semua duduk di bawah telunjuk DAP. -Gambar fail

KUBANG PASU: Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Shahidan Kassim mengingatkan pengundi Melayu supaya tidak mempertaruhkan undi kepada parti pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) untuk mengelak DAP menerajui pentadbiran negara.

Beliau berkata perkara itu tidak boleh diambil mudah kerana kemenangan Barisan Nasional (BN) dan UMNO untuk membentuk kerajaan Persekutan sekali gus memartabatkan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

"Jangan bagi (undi) kepada pembangkang.... kalau pembangkang menang, sudah tentu diketuai DAP dan kita semua duduk di bawah telunjuk DAP," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan persidangan perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kubang Pasu di Jitra dekat sini, pada Jumaat.

Turut hadir Ketua Wanita UMNO bahagian itu Datuk Khalidah Adibah Ayob.

Shahidan berkata realitinya pengundi perlu membuat pilihan bijak dengan memilih wakil rakyat daripada parti yang boleh membentuk kuasa dan jemaah menteri yang mampu menjaga kebajikan rakyat.

Beliau bagaimanapun yakin rakyat bijak dalam menilai kerajaan sedia ada di bawah pentadbiran BN dan UMNO yang sangat mengutamakan kepentingan serta kesejahteraan rakyat .- sumber

* Dah dia tahu Melayu rata-rata bodoh dan pengecut, walau pun pencipta bodoh dan cipataan hantu lalok, Melayu tetap takut!

Tak caya tengok PRU14 nanti ke mana undi Melayu akan pergi terutama Kelantan (PAS-BN) Terengganu dan Pahang termasuklah Perlis negeri Shahidan (Negeri majoriti Melayu yang kurang terdedah) kepada maklumat dan kurang daya nilaitimbang

Jenis yang takut hantu ni bukan sahaja JKKK, Cikgu sekolah pun takut hantu bahkan menhantukan pulak!

Shahidan ni nak kelentong sape? Agak-agak DAP boleh menang ke sehingga 80 kerusi untuk dijadikan ketua yang menentukan halatuju polisi pemerintahan nanti sekiranya PH menang?

1 comment:

  1. It's going to be end of mine day, except before ending I am reading this enormous piece of writing
    to increase my knowledge.

    ReplyDelete