Saturday, July 22, 2017

Parti yang dah 'layu' pun ada hati nak sindir dan cabar Dr. Mahathir

‘Dipersilakan jika Tun Mahathir mahu bertanding’
W SAIDATUL NAJEMUDIN   -   21 JULAI 2017
Siew Keong (tengah) menunjukkan gambar beliau yang dimuat naik dalam akaun Facebook Guan Eng, ketika sidang media di Hotel Tanjung Vista, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian

KUALA TERENGGANU – Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong mengalu-alukan penyertaan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding pada PRU14.

Menurutnya, tindakan itu dilihat wajar berikutan Mahathir menyandang jawatan penting dalam pakatan pembangkang sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan sepatutnya dengan jawatan tersebut, Mahathir perlu membuktikan kemampuannya.

Beliau berkata, ia turut memberi peluang kepada ramai pihak untuk menilai sendiri sejauh mana pengaruh Mahathir ketika ini serta memberi gambaran jelas penerimaan Mahathir di mata rakyat.

“Apabila bertanding rakyat boleh nilai, banding. Ini benda yang baik. Jadi, baik rakyat nilailah dari tindakannya dan rakyat boleh buat penilaian serta perbandingan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Gerakan Malaysia Terengganu Ke-36 dan Persidangan Perwakilan Wanita Gerakan Terengganu Ke-28 di Hotel Tanjung Vista, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata demikian ketika mengulas mengenai hasrat Mahathir yang tidak menolak kemungkinan kembali bertanding pada PRU akan datang.

Dalam sidang sama, beliau turut menyelar tindakan Lim Guan Eng yang memuat naik gambar beliau di dalam akaun Facebook Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang menyifatkan tindakan saman diambil Gerakan sebagai berat sebelah.

Beliau menyifatkan bahawa ia adalah tindakan pertama kali dibuat Gerakan dan menegaskan bahawa Gerakan bukanlah parti yang suka mengambil tindakan saman tidak sebagaimana Guan Eng yang telah mengambil tindakan saman terhadap ramai pihak.

“Itu adalah tidak adil kepada parti kita dan juga Tan Sri Koh Tsu Koon, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang. Kita sudah lama sabar, tidak boleh tahan lagi dengan semua yang dilakukan... Beliau saman pengerusi negeri saya, saman ketua pemuda saya, media pun dia saman. Semua dia saman.

“Jadi macam mana dia boleh kata kita tidak beri dia hak bersuara. Dia saman semua orang, kita saman pertama kali dikata ‘double standard’.. saya rasa kita ada kes yang kuat, kita jumpa di mahkamahlah,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah menghantar notis tuntutan terhadap Guan Eng dan akan memfailkan saman dalam masa terdekat berhubung dakwaan isu tanah di Tanjung Tokong minggu lepas.

Mengulas lanjut, Siew Keong menyelar tindakan Guan Eng yang memuat naik gambar beliau dengan menyifatkan pemimpin tersebut tiada standard.

Jelasnya, gambar beliau sedang makan roti dan menunjukkan tanda bagus itu merupakan gambar enam bulan lalu yang cuba dipolitikkan dan digunakan Guan Eng untuk memburukkan imej beliau berkait isu saman dikemukakan pihaknya.

“Ini gambar yang hodoh, saya makan roti. Awak letak gambar saya dalam Facebook dan awak kata saya ‘double standard’, saya rasa awak tiada standardlah. Gambar ini cuba dipolitikkan, hentam sebab makan roti.

“Ini sebenarnya gambar yang diambil ketika timbul isu kelapa sawit tidak baik untuk kesihatan. Ada NGO yang memburukkan kata tidak boleh makan makanan berasaskan kelapa sawit. Saya makan untuk menunjukkan kelapa sawit bagus tetapi kemudian mereka hentam dengan isu ini,” katanya.

* Nampaknya gundah gulana UMNO dah berjangkit kepada semua pemimpin parti komponen BN yang dah menampakan kegelisahan dan 'gelabah bewok'!

No comments:

Post a Comment