'Awat hang buat lagu tu...?'
Zulfa Mohamad
am@hmetro.com.my
SEKURANG-KURANGNYA dua pemandu cedera dalam kemalangan empat kenderaan angkara tindakan lelaki memandu keretanya melawan arus dekat Kilometer 124.3 di Kepala Batas, hari ini.
Kejadian berlaku apabila Volkswagen dipandu lelaki terbabit dalam perjalanan dari arah Butterworth menghala Sungai Petani, pada 1.40 pagi.
Menurut sumber-sumber, lelaki itu bertindak memandu keretanya melawan arus sebaik tiba di Kilometer 116.
Katanya, sebaik sampai di Kilometer 124.3, sebuah kereta cuba mengelak ke kanan lalu merempuh kenderaan lain.
Kereta yang melawan arus kemudian berlanggar pula dengan dua kereta lain.
Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan.
Jurucakap PLUS mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Julai 2017 @ 12:29 PM
Kaitan: Kurang ajar!

No comments:
Post a Comment