Melawan yang tak menang-menang
Izmil Amri
Diterbitkan pada 24 Jul 2017 7:00AM
SAHABAT saya, Mandeep Karpal, dijemput memantau pilihan raya umum Myanmar pada penghujung 2015. Entah kenapa, sejak pulang dari Myanmar itu, berminggu-minggu juga dia hanya bersembang tentang Myanmar dan Aung San Suu Kyi. Macam tak ada benda lain dia nak sembang.
Saya yang langsung tidak celik politik Myanmar, terpaksalah membaca supaya tidak kelihatan bodoh asyik hangguk tanpa memahami ekor kepala dan biji butir sembang-sembang pemerhati politik antarabangsa seperti Mandeep.
Dia hadiahkan saya sekeping magnet peti sejuk menampilkan bendera parti Aung San Suu Kyi. Merah warnanya, dihiasi seekor burung merak berwarna kuning keemasan.
Liga Demokrasi Kebangsaan (National League for Democracy, NLD) adalah parti yang diasaskan Suu Kyi lewat September 1988 dengan ideologi tengah-kiri; seperti juga DAP.
Ini selepas beliau terpaksa pulang dari England untuk menjaga ibunya yang uzur. Takdir menentukan, Suu Kyi harus terjun menyertai politik di tengah dahaga rakyatnya yang mahukan demokrasi. Mereka mahu anak kepada Aung San, bapa Myanmar moden ini, memimpin mereka.
Suu Kyi dikenakan tahanan rumah pada Julai ‘89, hampir setahun selepas NLD ditubuhkan. Ditawarkan kebebasan jika beliau meninggalkan Myanmar dan tidak kembali lagi, beliau tidak mahu. Beliau terus dikurung selama 15 tahun sepanjang tempoh 21 tahun, terpisah dari anak dan suami. Hanya berucap dari sebalik pagar.
Pun begitu, iradat rakyat tidak boleh ditahan-tahan. Demokrasi bukan soal sosok pimpinan, tetapi keinginan untuk bebas, megecapi kemakmuran dan keadilan.
NLD menang besar dengan memperolehi ‘super majority’ sebanyak 86% kerusi, membolehkan calonnya dilantik menjadi presiden; manakala Suu Kyi dilantik menjadi ‘State Counsellor’, kepala kerajaan de facto Myanmar. Pertama kali dalam tempoh 54 tahun, seorang yang bukan anggota tentera menjadi ketua kerajaan.
Dalam pilihanraya 2015, NLD menggunakan slogan rasmi ‘Time for Change’. Masa untuk berubah. Tidak jauh beza dengan slogan ‘Ubah’ yang digunakan gabungan pembangkang pada pilihanraya umum 2013 di tanah air.
Namun kata Mandeep kepada saya, slogan yang lebih banyak kelihatan adalah ‘We Must Win’.
Kita mesti menang
“Mana-mana saja aku pergi, aku nampak slogan We Must Win.
“T-shirt yang aku beli pun tulis ‘we must win’. Bukan ‘time for change’,” kata Mandeep lagi, lebih kurang.
Bagi saya slogan itu melambangkan keterdesakan rakyat dan politik Myanmar yang sudah puluhan tahun ditindas rejim tentera tanpa diberikan hak memilih dalam erti kata yang sebenar. Pada pilihanraya tahun 1990 NLD menang 392 daripada 492 kerusi. Kerajaan junta enggan mengiktiraf keputusan tersebut dan terus metadbir negara.
Myanmar pada 2015 tidak jauh beza pula dengan kita di Malaysia di ambang pilihanraya umum ke 14, entah berapa bulan, atau minggu sahaja lagi.
Keterdesakan Myanmar bererti ia tidak mempunyai pilihan kecuali untuk bekerja sehingga ia menang. Bukan sekadar lawan kerana melawan, tetapi lawan sampai menang. Bukan takat seronok melawan, tapi tak menang-menang.
Ramai rakan taulan yang tersentap urat hatinya apabila menyaksikan musuh di zaman Reformasi, Dr Mahathir Mohamad, dilantik mempengerusikan gabungan Pakatan Harapan. Bukan saja tersentap, mereka turut menekan brek dan bertawaquf daripada terus memberi harapan kepada Pakatan Harapan, kerana terpaksa berketuakan Mahathir untuk menyelamatkan negara.
Harapan dan Umno bagi mereka kini sama saja. Seperti pepsi dan coca-cola. Bersatu adalah Umno dalam Pakatan Harapan kata mereka. DAP pula kian perlahan kembali menjadi MCA dalam gabungan itu. Amanah, seperti Gerakan dalam BN; tidak dipeduli dan tidak membawa banyak erti. Lebih kurang begitulah kata mereka.
Kita boleh faham kekecewaan mereka; mangsa belantan, air gatal, gas pemedih mata, dan sepatu keras anggota polis di musim demonstrasi hari Sabtu. Tidak kurang juga yang marah, dan masih melihat bekas darah Memali di hujung kuku Mahathir.
Namun apa yang jauh lebih besar daripada kekecewaan dan kemarahan itu ialah hakikat bahawa negara berada di ambang pertembungan politik paling penting dalam sejarah. Pertembungan bagi menuntut semula "Prang Besar", nama asal Putrajaya.
Kita tidak ada pilihan. Pakatan Harapan mesti menang. Itu saja jalan yang ada; jalan ke hadapan tanpa menoleh ke belakang kecuali untuk mengambil iktibar dan mengusahakan sebuah Malaysia baru.
Kita mesti menang. Umno mesti tumbang. – 24 Julai, 2017.
* Izmil Amri, berasal dari Pulau Pinang dan sering gagal dalam banyak hal. Kini seorang pemerhati politik yang sedang cuba untuk kurangkan makan nasi kandar. Berkicau di @The_Mamu

No comments:
Post a Comment