Wednesday, July 19, 2017

Bukti dah terang pun nak bohong lagi?

Mengapa perlu tergugat dengan persiapan PAS?
Posted on Monday, July 17 @ 15:05:50 MYT by paktam
Oleh IZWAN ABDUL HALIM

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Permatang Pauh diingatkan agar cermat dan matang dalam membuat telahan agar tidak keterlaluan mengaitkan usaha dilakukan PAS sebagai memberi talian hayat untuk melestarikan impian rejim zalim Umno-BN mengganggu Parlimen Permatang Pauh.

Pelancaran Jentera Pilihan Raya adalah sebahagian rutin dalam gerak kerja dan operasi PAS sebagai parti politik. Ia bukan perkara baharu, tetapi menyegarkan semula penyusunan dan keupayaan jentera. Malah, ia dilakukan mengikut lunas-lunas dan keterbukaan demokrasi yang diamalkan dalam negara ini.

Bahkan, PAS telah lama menentang Umno-BN dan kekal menjadi lawan parti pada PRU14 nanti. PAS bukan sahaja beriltizam BN ditumbangkan di negeri-negeri, bahkan mengambil alih sebanyak mungkin Parlimen. Kerana PAS memiliki kekuatan jentera menyeluruh serta mampu melakukan gerak kerja pilihan raya.

Apakah AMK tidak sedar atau terlupa bahawa PAS dan PKR sudah tidak mempunyai ikatan kerjasama politik (tahaluf siyasi) bagi menghadapi pilihan raya? Mengapa perlu merasa tergugat atau terancam sedangkan AMK juga mempunyai tanggungjawab menggerak dan mengembleng kekuatan sendiri?

Jangan merasa takut kepada bayang-bayang sendiri dan merasa perolehan kerusi secara persaingan sihat sebagai milik mutlak hingga menghalang hak demokrasi yang ada. Sebagai orang muda jangan ditunjukkan sikap lemah tenaga dan skeptikal yang boleh membawa kepada tuduhan melulu.

Zahir dan buktikan kemampuan, biar rakyat menilai serta menjadi penentu kerana kita yakin mereka bijak sebagai pemilih demi masa depan. Pelancaran yang PAS Kawasan Permatang Pauh adakan semalam adalah persediaan dan komitmen PAS untuk memastikan Umno-BN tidak merampas Parlimen itu.

Baca nih pula:

Bersyukurlah dan jangan fitnah pemerintah, kata Nik Abduh

  | July 18, 2017
Pemimpin PAS itu memberi ingatan tidak mendengar hasutan asas pembohongan untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz semalam mengingatkan rakyat tidak membelakangkan pemerintah dengan mendengar hasutan yang memfitnah pemimpin.
“Mereka berjaya menyebarkan ketidakpuasan melalui fitnah dan pembohongan sehingga tidak lagi mensyukuri nikmat keharmonian hidup sedia ada.
“Maka terjadilah pemberontakan terhadap pemerintah. Negara yang baik akhirnya runtuh dan berganti dengan negara baru yang terbina di atas kezaliman yang dicipta,” katanya dalam penulisan diterbitkan laman berita PAS, Harakahdaily.
Bekas ketua Pemuda PAS itu berkata, kejatuhan negara zalim berpunca daripada kezaliman pemerintah, tetapi negara yang adil boleh runtuh jika rakyatnya tidak lagi mensyukuri nikmat Allah.
Beliau menyifatkan rakyat yang membuka telinga terhadap fitnah dan memakan rezeki haram sebagai bencana untuk negara.
“Ia lambang nikmat Allah yang tidak disyukuri. Ia berulang-ulang di dalam sejarah manusia sebagaimana kisah al-Quran mengenai Bani Israel yang tidak mensyukuri nikmat Allah ke atas mereka.”

Dan ini: INILAH YANG DIKATA LEBIH UMNO DARIPADA UMNO

No comments:

Post a Comment