Wednesday, July 26, 2017

Pembangkang takkan menang,sebab itulah tidak dinamakan calon PM - Hishamuddin

Ada logiknya........
Takkan bila menang pilihanraya baru terkocoh-kocoh nak pilih siapa PM?

Calon PM pembangkang masih jadi perhatian umum
Geraldine Tong  -    Hari ini, 9:52 pagi
Persoalan berkaitan calon perdana menteri Pakatan Harapan masih menjadi perbincangan hangat.

Dalam forum di ibu negara melibatkan pemimpin dan aktivis politik, masih tiada jawapan jelas berkaitan perkara itu.

Pembangkang setakat ini tidak memberikan jawapan kukuh berkaitan perkara itu tetapi sering membayangkannya sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun ketua umum HARAPAN itu masih menjalani hukuman lima tahun penjara atas kesalahan meliwat.

Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata gabungan itu tidak akan melantik perdana menteri sementara – kenyataan yang menambahkan lagi persoalan dalam itu itu.

Dalam forum malam tadi bertajuk “Mahathir: Agen perubahan atau pemusnah”, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais berhujah menyokong peranan Mahathir, tetapi tidak memberikan jawapan jelas.

“Kita belum pilih calon perdana menteri lagi.

“Ia boleh jadi Hishamuddin,” guraunya ketika ditanya perkara itu.

Hishamuddin pula memberikan logik mudah.

“Secara jujurnya, bagi saya, Pakatan Harapan tidak akan menang pilihan raya, jadi tiada keperluan untuk bincang siapa akan jadi perdana menteri,” katanya.

1 comment:

  1. Rasanya ramai yang terperangkap dengan budaya Perikatan dan BN yang dah bertapak lama sebagai Kerajaan Malaysia. Perdana Menteri bukan seperti seorang Presiden di Amerika Syarikat. Perdana Menteri di Malaysia secara amnya lebih kurabg kuasanya daripada Perdana Menteri India atau Singapura yang tidak ada raja.
    Baca Perlembagaan Malaysia. Fasal 40 tidak meletak semua kuasa menasihat YDP Agong kepada Perdana Menteri.
    Sebagai contoh, kita mempunyai pelbagai Suruhanjaya. Tetapi banyak yang suruhanjaya ini mebjawab kepada PM. Ini adalah satu penghinaan kepada YDP Agong.
    Tapi cerdikkah orang Malaysia dengan permainan BN??

    ReplyDelete