Thursday, July 20, 2017

Isu FIC: Adakah bekas Pengerusi Felda terpalit sama?

* Kalau diikutkan dalam laporan ini dan sebelumnya, pembelian melebihi nilai ini direstui Isa namun tidak tahulah yang Isa sedar atau tidak letak duduk perkara sebenarnya

Hotel Felda: SPRM arah tangkapan segera

  | July 20, 2017
SPRM mengarahkan tangkapan beberapa individu yang terlibat dalam pembelian hotel 4 bintang di London, yang dipercayai lebih tinggi dari harga asal.
CYBERJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan tangkapan segera beberapa individu yang terlibat dalam pembelian hotel 4 bintang di London oleh Felda Investment Corporation (FIC), dipercayai lebih tinggi dari harga asal.
Ketua Pesuruhjaya Datuk Dzulkifli Ahmad enggan memberitahu bilangan dan jawatan individu yang akan ditangkap itu, namun tidak menolak kemungkinan ia akan membawa kepada tangkapan lanjut.
“Selepas tangkapan kita akan ada siasatan lanjut sekiranya ada keperluan dan kalau ada keperluan untuk tangkap lagi kita akan buat,” katanya selepas menghadiri majlis pelancaran drama bersiri yang dijayakan dengan kolaborasi SPRM di Cyberjaya hari ini.
SPRM membuka kertas siasatan ke atas pembelian sebuah hotel di Kensington, London antara tahun 2013 dan 2015 oleh FIC, yang dipercayai pada harga jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkaan anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengalami kerugian jutaan ringgit.
Siasatan ini susulan maklumat yang diperoleh dalam siasatan SPRM terhadap Felda.
Ditubuhkan pada 2013, FIC adalah cabang pelaburan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dengan tumpuan kepada sektor hartanah, keraian dan minyak dan gas.
FIC dilaporkan membeli sebuah hotel 4 bintang di Kensington, London pada £60 juta (RM330 juta) pada 16 Disember 2014.
Pengerusi Felda ketika itu, Tan Sri Mohd Isa Samad dilaporkan berkata pembelian pembelian Grand Plaza Kensington itu sebahagian daripada “langkah strategik” FIC untuk mempelbagaikan aset dan memastikan ia dapat “memaksimumkan pulangan pelaburan” syarikat.
Pembelian itu menjadi pelaburan ke-12 FIC dalam portfolio keraian, selepas Felda membayar £98 juta (RM538 juta) untuk sebuah pangsapuri perkhidmatan 198 unit di Bayswater, London pada 2013.

3 comments:

  1. Terkenang kata-kata Aspan Alias dalam blognya satu ketika dulu dalam bahasa inggeris, terjemahannya lebih kurang begini;

    'Jika hendak menjahanamkan sesuatu perkara, serahkan kepada pemimpin UMNO, tanpa keraguan pasti akan jahanamlah perkara itu. Dan jika hendak lebih menjahanamkan lagi perkara itu, serahkan saja kepada pemimpin UMNO untuk membaikinya'

    Aku kesian kat SPRM tu, ya ya o kan main lagi menyiasat akhirnya nanti dibakulsampahkan saja oleh musang berjanggut spesis anjing menggonggong tulang yang katanya baru-baru ini dia hanya takut kepada Allah saja.

    ReplyDelete
  2. kes KP kat melaka tutup ke?

    sikap nak hapuskan gangster bila kena pada ketua hilang dan senyap.

    Amaran buat Rakyat keselamatan hanya berpihak pada yg ada kuasa dan duit berbillion billion.

    ReplyDelete
  3. Nak tangkap kepala besar sekali jangan orang bawahan jadi kambing hitam.

    kalau kepala besar tak pantau, mesti takkan berlaku. tapi kalau kepala besar pun makan sebesar pulau. yang bawah pun ikut sama.

    ReplyDelete