* Sebelum ni dia soal mana DAP di tiga kedudukan teratas?
Dan hari dia tuduh pula DAP bakal tentukan siapa PM HARAPAN
Belit ke atau dia alami kecelaruan jiwa nih?
Dia nak bandingkan dengan UMNO (rumahnya) yang dipenuhi 'Pak Anggok' dengan rumah orang lain HARAPAN yang Tiada parti dominan terlampau
DAP bakal tentukan siapa PM HARAPAN
mk - Hari ini, 8:06 pagi
Pakatan Harapan (HARAPAN) cuba menyembunyikan fakta daripada rakyat Malaysia bahawa DAP, yang mempunyai kerusi terbanyak di parlimen dalam kalangan parti gabungan pembangkang itu sebenarnya yang menentukan siapa bakal perdana menteri.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata walaupun pakatan itu mencadangkan ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR menjadi perdana menteri berikutnya tetapi dalam realiti politik, jawatan itu akan diputuskan oleh parti yang mempunyai paling banyak kerusi di parlimen.
"Dalam kes BN, perkara itu akan diputuskan oleh Umno terutamanya kerana Umno memiliki kerusi terbanyak.
"Bagi HARAPAN, DAP yang mempunyai kerusi paling banyak, dan ini bermakna DAP yang akan menentukan siapa menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri, bukannya Tun Dr Mahathir Mohamad atau Anwar Ibrahim seperti mana yang dicadangkan itu," katanya dalam catatan terbaru blog beliau malam ini.
Salleh berkata fakta itulah yang cuba disembunyikan HARAPAN daripada rakyat Malaysia dengan menamakan Anwar sebagai perdana menteri berikutnya, namun pada masa sama melantik perdana menteri sementara sehinggalah beliau dibebaskan daripada penjara.
Selain itu, katanya, penasihat DAP Lim Kit Siang mahu orang Melayu berfikir bahawa perdana menteri dan timbalan perdana menteri adalah sentiasa daripada kalangan orang Melayu kerana itu adalah satu-satunya cara bagi HARAPAN mendapatkan sebanyak mungkin undi daripada mereka.
Bagaimanapun, Salleh yang juga Bendahari Umno percaya bahawa tanpa PAS, HARAPAN tidak mudah meraih undi pemilih Melayu.
"Malah, DAP masih belum memutuskan siapa yang akan menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri. Dan Mahathir pula merasakan beliau adalah gam yang mengikat HARAPAN walaupun wujud banyak perbezaan antara mereka. Tetapi partinya, BERSATU, hanya mempunyai satu kerusi dan tidak mempunyai kuasa untuk bercakap lebih," kata beliau.
Selain menamakan Anwar sebagai pemimpin umum, mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN yang berlangsung lima jam pada malam Khamis turut melantik Dr Mahathir (BERSATU) sebagai pengerusi dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) sebagai presiden.

Ayuh umat melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya, kuburkan UMNO di kesemua kerusi yang akan dipertandingkan dalam PRU14 nanti, maka dengan itu akan lenyaplah segala hegemoni UMNO...untuk Malaysia menjadi lebih aman dan gah di dunia.
ReplyDelete