Mahathir: Allah tahu Apandi bohong
mk - Hari ini, 5:54 petang
mk - Hari ini, 5:54 petang
ULASAN l Ya, AG (Peguam Negara) tidak perlu takut kepada saya. Dia perlu takut kepada Allah SWT. Tetapi yang jelas dia tidak takut kepada Allah.
Jika benar tidak ada apa-apa kesalahan yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, apa sebabnya laporan-laporan oleh Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan laporan Ketua Audit Negara disembunyi daripada orang ramai.
Menyembunyi laporan dari orang ramai tentulah kerana kenyataan yang dibuat oleh Apandi tidak benar. Ini bermakna Apandi membohong dan Allah SWT tahu Apandi bohong.
Tuhan tahu Apandi cuba lindungi Najib daripada dihadapkan ke mahkamah setelah melakukan jenayah. Ini adalah suatu penipuan dan pemecahan amanah oleh seorang Peguam Negara. Perbuatan pecah amanah berdosa.
Tetapi Apandi tidak takut buat dosa; iaitu tidak takut Allah SWT. Pengakuan bahawa dia hanya takut kepada Allah Ta’ala tidak benar. Ini juga berdosa.
Junjung al-Quran
Apandi membuat banyak dosa dalam kes ini; dosa kerana membohong, dosa kerana melindungi perlakuan jenayah oleh Najib, dosa kerana menyatakan hanya takut kepada Allah sedangkan perbuatan, kenyataan dan pembohongannya menunjuk yang ia tidak takut buat dosa, tidak takut Allah.
Tetapi Apandi boleh bersihkan dirinya dengan mengambil wuduk, menjunjung Al-Quran dan bersumpah dalam masjid bahawa tidak ada apa-apa dalam laporan-laporan yang diterima olehnya dari Bank Negara, SPRM dan laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan Najib bersalah berkenaan wang sebanyak RM2.6 billion dalam akaun banknya datang dari 1MDB dan penyerahan balik RM2.3 billion kepada seorang Arab Saudi adalah tidak benar.
Semasa bersumpah Apandi perlu disertai dengan beberapa imam masjid dan saksi lain supaya sumpahnya dan pengakuan niatnya tidak berbeza antara mulut yang menyebut dan hatinya.
Dan dianya mengaku bahawa akan berdosalah dia jika sumpah yang dilafaz itu adalah pembohongan kepada makhluk dan dia akan terima balasan di akhirat dalam api neraka.
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD ialah pengerusi Parti Pribumi Bumiputera Bersatu (BERSATU) dan perdana menteri keempat Malaysia.
At a voter-registration occasion in Washington County, Democrats in the vitality business say the 2016 election is about
ReplyDeletepreserving their way of life.
Ya, bagi yang waras berfikir tentu sahaja hujah Mahadir lebih jelas dan masuk akal. Si Apandi pulak penuh dalih dan alasan. Resit si Arab yang derma haritu mana? Pasni dalih lagi..! kah kah kah
ReplyDeleteSekarang dia buat RCI kat Mahathir. Esok-esok orang buat kat dia pulak. Dunia ni bulat....
ReplyDelete