South China Morning Post dakwa isteri PM pemegang kuasa sebenar
21 Julai 2017 | MALAYSIA DATELINE
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilaporkan oleh South China Morning Post (SCMP) sebagai pemegang kuasa sebenar.
"Rosmah terkenal di Malaysia sebagai pemegang kuasa sebenarnya," kata akhbar itu ketika menyorot peranan isteri dan keluarga para pemimpin politik dalam pilihan raya akan datang.
Rosmah juga, lapor akhbar itu, mencetus keributan apabila membenarkan dirinya dipanggil Wanita Pertama sejak 2009 lagi.
"Malaysia tidak ada konsep sedemikian, tidak seperti negara-negara yang mempunyai tradisi republikan seperti Amerika Syarikat dan Perancis," kata SCMP.
Anak mereka, iaitu Datuk Mukhriz Mahathir dan Nurul Izzah Anwar, juga sama-sama menghalakan serangan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pengikutnya.
"Di dalam DAP, tokoh utamanya, Lim Kit Siang, dan anaknya Lim Guan Eng akan berganding bahu dengan Dr Mahathir, Anwar, keluarga (Datuk) Fadzil Noor dan Haji Yusof Rawa, kedua-duanya pernah menjadi Presiden Pas," kata akhbar itu.
Pakatan Harapan pula dijangka akan bertanding dalam pilihan raya akan datang dengan lambang yang sama apabila didaftarkan sebagai pakatan rasmi empat parti, iaitu PKR, DAP, kata SCMP lagi.
Najib dan partinya, Barisan Nasional, juga terpaksa menghadapi serangan dari Datuk Shafie Apdal dan parti pimpinannya, Warisan di Sabah, kata akhbar itu.
"Sekurang-kurangnya sejak 1955, tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya di Malaysia, negara menyaksikan bekas presiden Umno, Dr Mahathir, berganding bahu dengan bekas timbalan presiden parti itu, Anwar, untuk menjatuhkan presiden Umno kini," kata akhbar itu.
Dengan pengalaman Dr Mahathir, Anwar, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz di dalam kewangan dan perdagangan, masa untuk perubahan mungkin begitu dekat, kata SCMP.
21 Julai 2017 | MALAYSIA DATELINE
Rosmah Mansor
"Rosmah terkenal di Malaysia sebagai pemegang kuasa sebenarnya," kata akhbar itu ketika menyorot peranan isteri dan keluarga para pemimpin politik dalam pilihan raya akan datang.
Rosmah juga, lapor akhbar itu, mencetus keributan apabila membenarkan dirinya dipanggil Wanita Pertama sejak 2009 lagi.
"Malaysia tidak ada konsep sedemikian, tidak seperti negara-negara yang mempunyai tradisi republikan seperti Amerika Syarikat dan Perancis," kata SCMP.
"Isteri (Tun) Dr Mahathir (Mohamad), (Tun) Dr Siti Hasmah (Mohmad Ali) yang begitu dihormati ramai di dalam dan di luar Umno telah bergabung tenaga dengan (Datuk Seri) Dr Wan Azizah (Ismail), isteri (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)," lapor akhbar itu.Sambil menyifatkan pilihan raya akan datang tidak lagi seperti pilihan raya sebelum ini serta membangkitkan persoalan adalah kali ini akan berlaku perubahan, akhbar itu menyifatkan peranan isteri dan keluarga tokoh yang lain turut memberi kesan.
Anak mereka, iaitu Datuk Mukhriz Mahathir dan Nurul Izzah Anwar, juga sama-sama menghalakan serangan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pengikutnya.
"Di dalam DAP, tokoh utamanya, Lim Kit Siang, dan anaknya Lim Guan Eng akan berganding bahu dengan Dr Mahathir, Anwar, keluarga (Datuk) Fadzil Noor dan Haji Yusof Rawa, kedua-duanya pernah menjadi Presiden Pas," kata akhbar itu.
Pakatan Harapan pula dijangka akan bertanding dalam pilihan raya akan datang dengan lambang yang sama apabila didaftarkan sebagai pakatan rasmi empat parti, iaitu PKR, DAP, kata SCMP lagi.
Najib dan partinya, Barisan Nasional, juga terpaksa menghadapi serangan dari Datuk Shafie Apdal dan parti pimpinannya, Warisan di Sabah, kata akhbar itu.
"Sekurang-kurangnya sejak 1955, tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya di Malaysia, negara menyaksikan bekas presiden Umno, Dr Mahathir, berganding bahu dengan bekas timbalan presiden parti itu, Anwar, untuk menjatuhkan presiden Umno kini," kata akhbar itu.
Dengan pengalaman Dr Mahathir, Anwar, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz di dalam kewangan dan perdagangan, masa untuk perubahan mungkin begitu dekat, kata SCMP.
James outscored Durant 33 to 28. Although points were there for James in the
ReplyDeletecourse of the fourth quarter James had to go away
due to a tough foul Serge Ibaka sent him to the locker room with a bloody nostril.