Monday, July 24, 2017

Selain berpropaganda apa yang KJ buat?

Propaganda murahan KJ bimbang BN hilang kuasa
24 Julai 2017 | MALAYSIA DATELINE
Khairy Jamaluddin  dan Faiz Fadzil

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (KJ) tidak mampu menawarkan apa-apa penyelesaian kepada masalah sedang dihadapi negara dan rakyat  sebaliknya hanya memainkan propaganda murahan bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar, bidas Pemuda Amanah.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah  Faiz Fadzil (Gambar kanan) berkata, Pakatan Harapan tidak berjuang seperti Barisan Nasional (BN) yang menekan rakyat dan menjadikan institusi dana awam dan projek-projek Kerajaan sebagai alat bagi mengaut keuntungan peribadi pemimpin negara.

"Pakatan Harapan bukan berjuang untuk sekadar menjadi penasihat Kerajaan yang menganggap kemenangan dalam pilihanraya tidak penting.

"Pakatan Harapan mahu membentuk kerajaan bagi menyelamatkan negara dan membebaskan rakyat daripada kesulitan hidup. Hanya melalui kemenangan dalam pilihanraya, segala agenda dan tawaran Pakatan Harapan boleh dilaksanakan," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Khairy semalam bahawa Pakatan Harapan ditubuhkan demi kepentingan kuasa individu tertentu seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi Pemuda Amanah ia menunjukkan kebimbangan Khairy bahawa BN bakal kehilangan kuasa dalam pilihanraya umum ke-14 ini.

Justeru ujarnya lagi, kuasa terletak di tangan rakyat bagi menentukan halatuju negara dan nasib kehidupan.

"Jika rakyat memilih Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum ke-14 ini, ia adalah kemenangan demokrasi menumbangkan kleptokrasi. Kuasa keramat ini bakal mengembalikan kuasa rakyat bagi mengakhiri pemerintahan zalim dan korup BN pimpinan Najib Razak," ujarnya.

Faiz menegaskan Pakatan Harapan yang ditubuhkan sejak 22 September 2015 adalah bertujuan untuk mengangkat perjuangan rakyat dan menyelamatkan negara.

"Pakatan Harapan bukan gabungan untuk agenda peribadi mana-mana pemimpin, malahan ketika ditubuhkan, Tun Mahathir masih berada di dalam Umno. KJ seharusnya menyemak dahulu fakta sebelum membuat apa-apa propaganda yang boleh mengelirukan rakyat.

"Matlamat dan tawaran 100 hari pemerintahan Pakatan Harapan yang diumumkan pada 13 Julai lalu menunjukkan agenda Pakatan Harapan yang memberikan fokus kepada perjuangan bersama bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi negara dan rakyat ketika ini.

"Negara sedang berhadapan krisis rasuah dan penyelewengan wang rakyat yang semakin meruncing termasuk skandal 1MDB, Felda dan pelbagai lagi skandal salah urustadbir kerajaan BN pimpinan kleptokrat Datuk Sri Najib termasuk kes-kes rasuah pegawai-pegawai kerajaan seperti kes rasuah RM100 juta seorang pegawai di kementerian KJ sendiri," ujarnya.

Justeru kata beliau lagi, melalui ikrar Pakatan Harapan adalah untuk menyelesaikan krisis melalui agenda seperti memperbetulkan semua tindakan yang melanggar undang-undang termasuk mendapatkan kembali wang rakyat yang hilang di bawah skandal penyelewengan tersebut, mereformasi undang-undang dan institusi yang telah disalahguna, memerangi rasuah dan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat skandal penyelewengan tersebut.

Selain masalah rakyat yang semakin kronik juga bakal diselasaikan Pakatan Harapan dengan tawaran penghapusan GST, kestabilan harga petrol dan usaha meringankan beban rakyat.

"Sebaliknya BN yang disokong KJ tidak menunjukkan apa-apa perubahan ke arah memulihkan masalah negara dan rakyat.BN langsung tidak bertindak membanteras masalah rasuah terutama terhadap Perdana Menteri dan kroni-kroninya yang terpalit dengan penyelewengan 1MDB.

"Amat mustahil bagi pemimpin BN dan KJ tidak menyedari penyelewengan 1MDB sedangkan Kerajaan Singapura telah bertindak terhadap skandal mega ini dengan 5 orang pegawai bank telah dihukum dan 8 buah bank telah didenda. Begitu juga dengan pendedahan penyelewengan 1MDB di Amerika Syarikat melalui Saman oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bagi merampas aset-aset yang diperolehi melalui rompakan RM20 bilion wang 1MDB ini.

"Jika saman DoJ ini tidak bermerit, masakan pelakon Leonardo DiCaprio dan model Miranda Kerr sanggup memulangkan barangan yang dihadiahkan kepada mereka?

" Ironinya, Jho Low, Riza Aziz dan isteri MO1 dibiarkan bebas memiliki barangan mewah bernilai berbilion ringgit tanpa sebarang tentangan oleh pimpinan BN dan KJ. Pemimpin BN dan KJ juga gagal bersuara untuk memulihkan ekonomi rakyat yang rata-rata terbeban dengan kenaikan harga barang akibat GST dan peningkatan harga petrol," ujarya.

Kaitan KJ: JIKA MAHU DIKOREK, SEJARAH TUN M ATAU SEJARAH KJ YANG LEBIH HITAM?

2 comments:

  1. KJ? Wang RM100 juta KBS lesap pun beliau tidak tahu. Bila sudah tahu, tak ambil tindakan sehingga hari ini. Ini yang nak diharapkan untuk memimpin negara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kaki songlap. Nak peduli buat apa

      Delete