Dr. M, kami tidak lupa
Posted on Wednesday, July 12 @ 11:56:46 MYT by paklang
Oleh Budiman Mohd. Zohdi
TUN Dr. Mahathir Mohamad membaca sajaknya yang berjudul Melayu Mudah Lupa semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun 2001. Antara bait-bait sajaknya itu berbunyi: “Dulu bangsanya dipijak, Melayu mudah lupa, Dulu bangsanya retak, Melayu mudah lupa...”
Kira-kira tiga tahun sebelum sajak itu berkumandang di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) penulis yang ketika itu baru menamatkan pengajian di universiti masih ingat bagaimana beliau dalam satu sidang akhbar membuat kenyataan terbuka yang bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dipecat kerana melakukan perbuatan-perbuatan tidak bermoral yang tidak layak dilakukan oleh pemimpin negara.
Dr. Mahathir berkata, selama ini Anwar sengaja menonjolkan imej warak dan berpegang kepada ajaran agama, misalnya dengan menjadi imam dan berkhutbah, tetapi salah laku seks sumbang yang dilakukannya bertentangan dengan imej itu. Tambahnya, bukti-bukti mengenai perangai tidak bermoral Anwar terlalu kukuh dan ini adalah punca bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat daripada kerajaan dan UMNO.
Hampir 20 tahun kisah itu berlalu. Namun beberapa hari lalu dalam temu bualnya bersama akhbar Britain, The Guardian, Dr. Mahathir mendesak supaya Anwar dibebaskan daripada penjara dan dibenarkan kembali terlibat dalam politik. Aduhai.
“Dalam kes Anwar kita boleh berhujah yang dia tidak dilayan secara adil. Jelas sekali keputusan mahkamah dipengaruhi kerajaan dan saya rasa kerajaan akan datang akan mampu memujuk Agong untuk memberikan pengampunan diraja kepada Anwar,” kata Mahathir.
Beliau juga berkata yang dia akan menyokong Anwar menjadi perdana menteri apabila dibebaskan kelak.
“Dalam keadaan dia mampu terlibat kembali dalam politik dan menjadi PM. Saya tidak ada bantahan,” katanya.
Bila mengenang kembali sajak Melayu Mudah Lupa tulisannya pada tahun 2001, kenyataan terbuka yang dilafazkannya pada tahun 1998 dan apa yang dikatakannya pada wartawan akhbar The Guardian beberapa hari lalu, penulis hanya tersenyum kerana semuanya telah terbalik dan berpusing ligat 360 darjah, persis roller-coaster di taman tema!
Penulis tidak mahu mengurangkan rasa hormat kepada bekas pemimpin negara, tetapi penulis juga diajar supaya tidak berkompromi kepada putar belit dan kemunafikan seseorang manusia tanpa mengira siapa dan apa latar belakangnya!
Beliau ternyata ada agenda tersendiri dan akan menentang siapa sahaja yang dilihat mampu menggugat dan mencabar keinginan serta kemahuannya.
Kehebatannya ‘bersilat’ di sebalik kata-kata dan penulisannya ternyata luar biasa walaupun beliau sedar tindak-tanduk dan gerak-gerinya secara langsung atau tidak langsung telah mencemarkan jasa beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri.
Ini kerana pada masa sama, beliau tahu ada pihak di luar sana akan terus mendewakannya sebagai negarawan ulung, ada pihak di luar sana yang akan terus membelanya dan ada pihak di luar sana yang akan terus menganggap beliau ‘maksum’ seolah-olah beliau ialah pemimpin yang tiada cacat celanya.
Beliau tahu, ada pihak yang akan mempertahankannya. Beliau tahu ada pihak yang akan memperjuangkan dirinya dan lebih pada itu, beliau tahu ada pihak yang akan meneruskan segala apa yang diinginkan serta apa yang dihajatinya.
Cuma sekadar anak muda yang memahami sajak ‘Melayu Mudah Lupa’ bukan semua mereka itu berbuat demikian di atas kejujuran dan keikhlasan hati mereka. Berhati-hatilah dengan musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan itu tidak kelihatan.
Anwar, Mat Sabu, Lim Kit Siang dan juak-juak mereka terkenal dalam sejarah menghinamu, memburukkanmu dan memfitnahmu. Penulis sendiri masih ingat bagaimana pada Pilihan Raya Kecil Sungai Besar tahun lalu, Dr. Mahathir, Lim Kit Siang dan Mat Sabu duduk berganding bahu mahu mengalahkan calon BN pada ketika itu.
Lupakah Dr. Mahathir bahawa mereka tidak pernah berhenti untuk berbuat demikian cuma kini mereka menggunakan kaedah dan cara yang berbeza? Pepatah ada mengatakan, jikalau kamu tidak mampu mengalahkan mereka, sertai mereka. Dan inilah yang mereka pegang sekarang yang mungkin kita terlupa.
Lupakah Dr. Mahathir apa yang telah mereka buat dan lakukan terhadap dirinya dan lupakah Dr. Mahathir pemimpin, ahli dan parti mana yang selama ini berjuang serta berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan dirinya dari semua kecaman, fitnah yang bertali-arus dam bertubi-tubi hinggap ke tubuhnya kalau bukan pemimpin, ahli dan parti UMNO sendiri?
Ya, mungkin betul apa yang beliau nukilkan dalam sajak Melayu Mudah Lupa itu. Ini kerana secara jelas, yang lupa itu, salah seorang adalah dirinya sendiri!
Dr. Mahathir bernasib baik kerana pemimpin dan ahli UMNO bukan jenis yang tidak mengenang budi dan jenis yang tidak kenang jasa. Namun setiap perkara ada had dan batasannya. Tidak salah untuk menegur tetapi tegurlah dengan bijaksana. Tidak salah untuk mengkritik tetapi kritiklah dengan cara membina.
Apa yang Dr. Mahathir lakukan sekarang ternyata sudah terlalu jauh menyimpang daripada konsep menegur secara bijaksana dan mengkritik untuk tujuan menghancurkan.
Semoga Dr. Mahathir tidak lupa seperti mana sajak Melayu Mudah Lupa yang ditulisnya. Yang pasti, kami semua tidak lupa apa yang telah beliau lakukan mutakhir ini. Andaikata Dr. Mahathir terlupa, kami semua akan terus mengingatkannya dengan cara kami sendiri!
PENULIS ialah Ahli Parlimen Sungai Besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang.
* Mudah lupa ni rasa ada baik dan buruknya, bila kita lupakan kesalahan orang lain dan maafkannya ada baiknya, tetapi sekiranya lupa budi orang bagaimana?
Bagaimana pun yang buat-buat buta/tak nampak akan banyak menimbulkan masalah. Orang buat maksiat di depan mata, kita buat-buat tak nampak, orang laku jenayah atau mencuri di depan mata, kita buat tak nampak. Jadi mana yang lebih teruk?
Hahaa......yang seronok nak lihat ialah bila buat-buat tak nampak di kala orang gila mengamuk di depan mata!

No comments:
Post a Comment