Friday, July 21, 2017

Kalau realitinya macam ni perlu apa PM dan UMNO nak risaukan lagi?

Kesemua 191 ketua bahagian UMNO sokong padu kepimpinan PM Najib
Julai 21, 2017 07:15 MYT
Kesemua 191 ketua bahagian UMNO sokong padu kepimpinan PM Najib
ADNAN: Sokongan sedemikian adalah penting dalam memastikan parti adalah kuat dan kalis sebarang ancaman.
PUTRAJAYA: Kesemua 191 ketua bahagian UMNO seluruh negara menyokong penuh kepimpinan dan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden parti dan Perdana Menteri.

Setiausaha Agung UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sokongan padu berkenaan dizahirkan oleh 191 ketua bahagian dalam pertemuan tertutup dengan perdana menteri di Seri Perdana di sini pada Rabu malam.

"Kesemua ketua bahagian UMNO memberitahu perdana menteri bahawa mereka semua di belakang beliau demi agama, bangsa dan negara.

"Sokongan sedemikian adalah penting dalam memastikan parti adalah kuat dan kalis sebarang ancaman," katanya.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian serentak persidangan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya 2017.

Dalam ucapannya, beliau berkata mereka yang sudah meninggalkan parti tidak harus dipinggirkan sebaliknya terus didekati untuk kembali menyokong UMNO.

Kata Tengku Adnan, beliau ada mendapat maklumat terdapat cubaan parti lawan yang juga parti serpihan UMNO untuk memancing ketua-ketua cawangan di Putrajaya.

Justeru beliau menasihatkan kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri untuk merapatkan diri dengan masyarakat dan turun padang untuk mengetahui masalah yang dihadapi rakyat.

Topik berkaitan: Ini masa Najib tunjuk berani, kalau tak sanggup lebih baik diam, tempelak Kamarudin

* Takyahlah nak 'gelenya beruk' dan 'gelabah bewak'!

No comments:

Post a Comment