Anwar dan saya tidak berdendam, kata Dr Mahathir
Dikemaskini 4 jam yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2017 6:45PM
Dr Mahathir berkata jika rakyat mahukan Anwar sebagai perdana menteri, siapalah dia untuk menghalangnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Julai, 2017.
DR Mahathir Mohamad mempertahankan pemecatan dan pemenjaraan Anwar Ibrahim pada 1998, dengan mengatakan dia "bertindak atas keadaan ketika itu".
Bercakap kepada pengerusi Kumpulan Nation Multimedia Thailand, Suthichai Yoon menerusi temubual langsung Facebook hari ini, Dr Mahathir berkata: "Tetapi sekarang, ia berbeza."
"Sekiranya kita terus mengenang masa silam, anda tidak akan dapat bekerja dengan sesiapa pun. Anda akan sentiasa berjuang melawan musuh anda dan itu tidak bagus.
"Saya tidak marah tentang masa silam, begitu juga Anwar," kata Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu dan Pakatan Harapan (PH).
Bekas perdana menteri itu juga berkata, Anwar masih boleh membuat kemunculan semula dalam politik dan menjadi perdana menteri jika PH membentuk kerajaan baru dan berusaha membebaskan Anwar dengan mendapatkan pengampunan diraja untuknya.
"Sekiranya rakyat mahu dia, siapa saya untuk menghalang?
"Dia cukup berupaya menjadi perdana menteri, tetapi, tentu saja, perdana menteri Malaysia akan datang tidak akan berkuasa seperti sekarang," katanya.
Dr Mahathir berkata, beliau sudah bercakap dengan Anwar sendiri atas rancangan untuk maju ke depan.
"Dia juga bertegas Najib mesti dipecat. Selagi Najib tidak disingkirkan, tiada apa yang dapat dilakukan untuk membebaskannya atau mendapatkan pengampunan diraja untuknya," kata Dr Mahathir ketika ditanya mengenai reaksi Anwar terhadap pendekatannya.
Beliau juga menambah dia tidak berasa malu bergandingan dengan Anwar melalui PH kerana mereka berkongsi musuh yang sama.
Beliau berkata, calon perdana menteri boleh diputuskan sebelum pilihan raya atau selepas pilihan raya kerana menamakan bakal perdana menteri boleh menyebabkan perpecahan dalam pembangkang.
Tetapi Dr Mahathir berkata beliau tidak mahu lagi menjadi perdana menteri, sebaliknya lebih memilih peranan sebagai penasihat dalam kerajaan.
"Saya tidak mahu menjadi perdana menteri lagi tetapi saya ingin mempunyai pengaruh, keupayaan untuk menasihat bakal perdana perdana menteri tentang bagaimana menangani masalah yang dicipta Najib." - 21 Julai 2017. - sumber

No comments:
Post a Comment