Sunday, July 23, 2017

Bagaimanakah agaknya nasib bekas PM ini?

Nasib Yingluck ditentukan 25 Ogos ini
YINGLUCK kelihatan sebak apabila disambut ratusan penyokong ketika tiba di Mahkamah Agung di Bangkok semalam. - AFP

Bangkok: Mahkamah Agung Thailand semalam menetapkan 25 Ogos ini sebagai tarikh keputusan perbicaraan bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra yang dituduh menyebabkan negara kerugian berbilion dolar dalam skim subsidi beras.

Yingluck yang ditumbangkan dalam rampas kuasa tentera pada 2014 berdepan hukuman penjara 10 tahun jika didapati bersalah dalam perbicaraan yang berlangsung selama 18 bulan.

Semalam adalah hari terakhir saksi memberi keterangan dan menurut mahkamah, Yingluck boleh membuat hujah penggulungan pada 1 Ogos ini.

Yingluck dan Parti Puea Thai yang diterajuinya mendakwa perbicaraan itu bermotifkan politik dan bertujuan memburukkan pergerakan popular yang membantu kemenangan keluarga Shinawatra dalam setiap pilihan raya sejak 2001.

Abang Yingluck, Thaksin yang juga bekas perdana menteri kali pertama memperkenalkan program beras itu sebelum disingkirkan dalam rampasan kuasa pada 2006.

Namun, Yingluck menawarkan subsidi dengan membeli beras dari petani lebih 50 peratus dari harga pasaran.

Langkah itu membantu Yingluck memenangi pilihan raya pada 2011 tetapi kerugian kerajaan dalam skim itu - menyebabkan harga beras dunia terjejas - mencetuskan bantahan yang menyebabkan dia disingkirkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Julai 2017 @ 2:36 AM

1 comment:

  1. Kerugian dalam urusniaga itu adalah resam dalam perniagaan, tambahan pula pembelian beras pada harga 50% lebih tinggi dapat membantu golongan petani dan bukannya masuk kedalam akaun bank peribadinya, berbeza dengan MO#1 penyonglap wang rakyat negara kita ini.
    Dulu pun negara kita telah ada harga penimbal untuk getah, jika tidak keluarga penoreh akan meloponglah ketika harga getah jatuh pada nilai yang amat murah.

    ReplyDelete