Monday, July 31, 2017

Dah kehabisan senjatakah untuk menyerang?

Zahid: Mahathir a/l Iskandar Kutty gunakan orang Melayu, Umno

  | July 30, 2017
Dengan mengungkit sejarah Dr Mahathir sebagai "berketurunan India", timbalan perdana menteri berkata, perdana menteri selama 22 tahun itu sebenarnya seorang yang "mudah lupa".
PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerang asal usul Tun Dr Mahathir Mohamad sambil mendakwa bekas perdana menteri itu menggunakan orang Melayu dan Umno selama ini atas nama memperjuangkan agenda Melayu.
Dengan mengungkit sejarah Dr Mahathir sebagai “berketurunan India”, timbalan perdana menteri berkata, perdana menteri selama 22 tahun itu sebenarnya seorang yang “mudah lupa”.
“Ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) beri pada saya maklumat ini. Sebab itu, dia (Dr Mahathir) kata Melayu mudah lupa. Ini yang dikongsi. Ini IC (Kad Pengenalan) biru dia. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. No IC biru dia 2232519. Ini yang dihantar oleh Ketua pengarah JPN kepada saya.
“Patut lah dia kata kita mudah lupa. Sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty.”
Kata Zahid: “Orang itu yang memperjuangkan agenda Melayu untuk menggunakan Melayu. Bila habis madu, sepah dibuang. Umno ini sebagai madu dan kita adalah sepah yang dibuang.”
Naib presiden Umno ini yang kini menjalankan tugas sebagai timbalan presiden berkata demikian semasa berucap menutup Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kelana Jaya di sini hari ini.
Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun keluar Umno tahun lalu dan menubuhkan PPBM.
PPBM kemudian menyertai Pakatan Harapan manakala Dr Mahathir pula dilantik sebagai pengerusinya.
Dalam klip video yang disiarkan PPBM kelmarin, Dr Mahathir menegaskan beliau tidak akan kembali ke pangkuan Umno walaupun Datuk Seri Najib Razak ditewaskan dalam pilihan raya umum akan datang.
Dalam ucapannya, Zahid menambah, Umno selaku parti bertunjangkan Melayu tidak perlu ditukar malah bekas pemimpin yang tidak elok harus ditukar demi kelangsungan dan survival parti.
“Umno sudah 70 tahun. Parti terbaik kita capai kemerdekaan, gelang emas sanggup digadaikan untuk mencapai kemerdekaan. Itu semangat Umno.
“Kita baiki Umno apabila pemimpin saling berganti ikut proses demokrasi. Perdana menteri juga saling berganti ikut proses biasa,” katanya.

Kaitan:
Polis digesa siasat bos JPN selepas ucapan ‘Kutty’ oleh Zahid

1 comment:

  1. yang benar tetap benar
    sejarah elok untuk diingat agar berhati hati
    dengan sejarah jugak sesuatu boleh dituntut kembali
    amno dah lama cilako

    ReplyDelete