Tuesday, July 18, 2017

Tun Mahathir-Anwar: Akhirnya Najib buka mulut......

Hubungan Tun Mahathir-Anwar tidak perlu dipersoal lagi
WARTAWAN SINAR HARIAN 18 JULAI 2017
Keratan muka depan Sinar Harian semalam.

SHAH ALAM - Pendirian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu dipersoalkan lagi memandangkan kedua-dua pihak sudah berdamai.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, satu Malaysia sudah jelas dan  menerima hubungan baik antara Mahathir dan Anwar, dan perkara ini juga disambung baik oleh keluarga masing-masing.

"Semua pihak dah tengok Mahathir dah bersalam dengan Anwar, lagipun semua pihak dah dengar kenyataan keluarga Anwar untuk tidak mengenang barang yang lepas.

"Kemudian Mahathir dipilih menjadi Pengerusi Pakatan Harapan juga dengan persetujuan Anwar, manakala Anwar jadi ketua umum,  juga dengan persetujuan Mahathir, yang tidak jelas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan konco-konconya sahaja," katanya.

Beliau berkata, Najib dan koncu-konconya takut dengan penggemblengan tenaga antara Mahathir dan Anwar.

"Najib mengharapkan kerjasama dan hubungan erat ini tidak dapat dapat dipulihkan kerana beliau tahu gandingan Mahathir dan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan kuat, lagipun kami yakin boleh  menggoncang Najib daripada tampuk pemerintahnya," katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri berkata, Mahathir perlu menjelaskan beberapa persoalan kepada rakyat terutama soal pendiriannya terhadap Anwar yang didakwa melakukan perbuatan di luar tabii pada 1998.

Najib berkata, semua itu menjadi persoalan besar rakyat, sama ada tuduhan itu tidak betul pada asasnya ataupun beliau sanggup berkorban prinsip lamanya demi politik.

Kamarudin berkata, persoalan itu sebenarnya bukan ditimbulkan oleh rakyat sebaliknya oleh Najib kerana bimbang Pakatan Harapan akan bertambah kuat.

ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Najib minta Mahathir jelaskan pendirian mengenai Anwar
KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menjelaskan kepada rakyat sama ada beliau masih kekal dan konsisten dengan kenyataannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan perbuatan di luar tabii seperti didakwanya pada 1998, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Banyak persoalan berlegar dalam kepala orang ramai. Pertamanya, adakah Dr Mahathir masih kekal dengan kenyataan lamanya pada 1998 yang dia tuduh Anwar melakukan perbuatan luar tabii.


Minta maaf sebab naikkan Najib..
KOTA TINGGI - "Saya minta maaf sebab saya terlibat menaikkan (Datuk Seri) Najib jadi PM (perdana menteri).. Saya silap sepatutnya saya angkat Mat Sabu jadi PM,"seloroh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Pakatan Harapan di Dewan Chon Moi, disini malam tadi.

1 comment:

  1. Woi PENCURI, kau tu keturunan lanun. MENCURI dan MENIPU dah jadi darah daging kau. Mana JANJI DITEPATI? Kau benih keturunan PENIPU kaki CURI. WOI PENCURI! Kah kah kah.

    ReplyDelete