Saturday, July 15, 2017

Drama pulak dah!!

Gandingan Anwar - Mahathir hanya drama
WARTAWAN SINAR HARIAN 15 JULAI 2017
Anwar, Mahathir

SHAH ALAM - Gandingan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan hanya satu lakonan drama semata-mata.

Penganalisis Politik, Md Shukri Shuib berkata, tindakan pemecatan dan penyingkiran Anwar serta para penyokong beliau daripada kerajaan dan Umno pada tahun 1998 masih diingati jelas oleh para pejuang keadilan yang terawal.

Katanya, gandingan Anwar dan Mahathir akan tamat setelah selesainya PRU14. Jika Pakatan Anwar dan Mahathir ini berjaya mendapat majoriti kerusi di Parlimen, beliau yakin kedua-dua pemimpin ini akan bertelagah dan akhirnya kerajaan tidak dapat dibentuk.

“Anwar-Mahathir dan DAP tidak akan mampu membina kestabilan negara, malah kerosakan dijangka akan lebih teruk berlaku dibanding kerajaan BN sedia ada,” katanya.

Kelmarin, Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju menerima struktur kepimpinan Pakatan Harapan yang baharu iaitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum. Pengerusi pula adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.

Manakala, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu adalah timbalan presiden. Sementara itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chieng Jen dan Salahuddin Ayub menjadi naib presiden.

4 comments:

  1. Pas dan umno dah takut apabila 4 parti bergabung lebih kukuh. Bila dah takut, cakap pun mula merapu2.

    ReplyDelete
  2. Dulu bukan orang yang sama mengatakan bahawa gadingan Najib dan Muhiyiddin adalah gabungan yang serasi dalam memimpin Malaysia? Demi menjilat dedak maka keluar pula analisis baru bagi mendapatkan sisa-sisa dedak yang ada. Inilah taraf yang ada pada golongan pemakan dedak, tiada fakta jelas dan hanya mampu berilusi bagi menambat hati pemberi dedak. Tidak hairanlah bila universiti negara tidak berada dalam kelompok universiti terbaik dunia. Para cerdikiawan hanya menjadi penjilat-penjilat lendir kebokbrokan pemimpin. Mereka rela diperkuda demi mendapat habuan bukannya menyatakan kebenaran berlandaskan fakta dari kajian yang sistematik.

    ReplyDelete
  3. macam susah sangat lah nak selesaikan masalah siapa pm antara Mahathir dengan Anwar.. dua-dua banyak jasa dan pengorbanan.. dan mereka telah menempuh konflik yang sangat dah dahsyat.. tak mungkin pisang berbuah dua kali..

    ReplyDelete
  4. knp azmin ada dlm tu? tidakkah dia sokong pas?

    ReplyDelete