Saturday, July 15, 2017

Berbelit juga cakap Tuan Ibrahim ni, hari kata gini, sebelum ni kata PH dalam masalah besar

Tak cakap pun tak apa.......memang rakyat sedang tunggu dan nak lihat corak dan keberkesanannya.
Tapi ko tak ingatkah......rakyat dok lihat telatah korang dan tunggu nak humban puak-puak cakap tak sama bikin ni ke longkang monsun?

Bab RM90 juta tu bila nak saman Sarawak Report dan Husam, lama doh weh dok pok-pek2 saja. Rakyat nak tahu sangat dah ni sape yang benar dan sape yang bohong? 

Rakyat akan tunggu dan lihat dahulu - Pas
WARTAWAN SINAR HARIAN 15 JULAI 2017
Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Ramai pengundi akan melihat dan menunggu dahulu bagi memastikan gandingan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad benar-benar bermuafakat menjelang PRU14.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebahagian besar rakyat akan menilai perkara itu dahulu.

Menurutnya, ini kerana sebahagian besar rakyat masih kurang yakin dengan gandingan dua pemimpin itu.

“Bagaimanapun, gandingan ini mungkin boleh diterima dengan tiga faktor.

“Iaitu, sejauh mana mereka boleh menari pengundi khususnya orang Melayu, sejauh mana parti Amanah dan Bersatu yang belum pernah terlibat dalam PRU boleh menyumbangkan sesuatu untuk pakatan dan sejauh mana gandingan ini mampu memberikan kerjasama yang baik,”katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan tentang logo pakatan yang baharu kerana menganggap ramai pengundi daripada parti komponen Pakatan Harapan itu sendiri lebih sinonim dengan logo parti masing-masing yang asal.

“Ini adalah sentimen kecintaan terhadap logo parti yang menebal. Wujudnya logo baharu ini menyebabkan rasa kehilangan terhadap logo yang awal,” katanya.

Terdahulu, Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju menerima struktur kepimpinan Pakatan Harapan yang baharu iaitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum. Pengerusi pula adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.

Manakala, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu adalah timbalan presiden. Sementara itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chieng Jen dan Salahuddin Ayub menjadi naib presiden.

Berita sebelum ini: 
Pakatan Harapan dalam masalah besar: Tuan Ibrahim
WARTAWAN SINAR HARIAN 11 JULAI 2017

KOTA BHARU - Pas menyifatkan kesungguhan Tun Dr Mahathir Mohamad membela dan mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri menunjukkan Pakatan Harapan bermasalah besar.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas mengakui Anwar menjadi mangsa politik sejak dari awal lagi dan kini Tun Mahathir cuba  menjulang semula Anwar.

“Bagi saya kenyataan Tun Mahathir itu, mahu kata ia (Anwar) mangsa politik, kita akui. Sebab  dari awal dulu dia ditendang keluar, ditangkap ditumbuk di depan mata dan sebagainya.

“Dan akhir-akhir ini bila dia (Tun Mahathir) tidak dapat satu tokoh, maka cuba dinaikkan semula (Anwar). Tun Mahathir  minta (Anwar) dibebaskan. Bagi saya ini kemelut dalam PH (Pakatan Harapan)  yang mereka tidak boleh selesaikan,” katanya kepada media di JKR 10 semalam.

Terdahulu beliau menghadiri Mesyuarat Akhir Jawatankuasa Induk Program Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) yang akan diadakan pada 20 hingga 22 Julai ini di Kota Bharu.

Terbaharu, Tun Mahathir memberitahu media United Kingdom, The Guardian yang Anwar adalah mangsa dendam politik dan diperlakukan secara tidak adil.

Presiden Bersatu itu juga dalam kenyataannya  menyokong  Anwar menjadi perdana menteri jika dibebaskan.

Tuan Ibrahim juga menganggap Anwar yang dikaitkan dengan isu moral sebagai mangsa konspirasi kerajaan zaman pemerintahan sebelum ini.

Sesuatu yang menampakkan Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu sedang keliru dalam soal menamakan calon perdana menteri apatah lagi Tun Mahathir sendiri yang sebelum ini menyingkirkan Anwar.

“Kalau kata dia mangsa, saya fikir bagi Pas sejak dari awal lagi bahawa isu yang berkaitan dengan isu syarak mesti dikembalikan kepada  mahkamah syariah.

“Bagi kita tanpa pembuktian syarie maka kita masih lagi menganggap dia menjadi mangsa konspirasi. Syarak menuntut kepada pembuktian. Itu jelas pendirian parti sejak dulu lagi,” katanya.

3 comments:

  1. Saham Pas jatuh merudum sebab ramai jenis suka bercakap kluk klek flip flop.

    ReplyDelete
  2. Malaun kopiah ni gila kuasa nak jadi presiden PAS.. .ada lobang sini dia masuk, ada lobang sana dia masuk.. Nak jadi hero dalam kekalutan PAS.. He thinks he will be the one eye men amongs the blinds...

    ReplyDelete
  3. Macam-macam yang terbongkar di Kelantan boleh buat tak tahu. Kalau tak nak buat perubahan seperti mengguna satu lambang yang terdiri dari 4 logo, jadi macam PAS yang tak ada kawan.

    ReplyDelete