Di Kelantan, Awie ajar tegak ‘syiar Islam’
Awie mewakili kumpulan motosikal besar untuk jelajah kebajikan sempena program anjuran kerajaan negeri.
PETALING JAYA: Penyanyi rock Datuk Ahmad Azhar Othman atau Awie baru-baru ini menyertai program kebajikan yang dianjurkan kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS, termasuk mengadakan konsert hujung minggu di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu dan kunjungan ke beberapa sekolah tahfiz.
Bekas penyanyi kumpulan Wings dan pelakon filem “Sembilu” itu dipetik laman rasmi PAS, Harakahdaily sebagai mengajak orang ramai “menegakkan syiar Islam”.
“Kita akan bersama-sama untuk mengembali, menyemarakkan semula dan menegakkan semula apa yang kita laungkan mengenai syiar Islam.
“Kita tidak akan selama-lamanya menongkat langit dan rasa beruntung juga kita berkawan dengan orang-orang yang baik,” katanya pada program berkenaan yang turut dihadiri exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Adun Meranti, Nusuruddin Daud.
Awie terlibat mewakili kelab motosikal Wings Motor Gangs Society (WMGS), dalam program yang dimuatkan sempena Kelantan International Bike Week 2017 yang berakhir Sabtu lalu.
Dalam kunjungan ke Maahad Tahfiz Darul Ulum di Kampung Meranti, Pasir Mas, Awie meluahkan kegembiraan dengan kelainan daripada pertunjukan nasyid yang biasa dipersembahkan pelajar sekolah tahfiz.
“Dalam banyak maahad tahfiz yang kita pergi, tiada persembahan dikir barat cuma ada nasyid. Syabas kepada Maahad Tahfiz Darul Ulum Meranti,” katanya.
Awie biar betol!!! Gua tahu background awie jauh dari org pas tahu.. syiar islam yang mcmanana agaknya??? gua keliru = erroneous ternyata kerajaan kelantan hilang pedoman, hilang pedoman dlm pentadbiran seumpama tak diberkati dan hilang hidayah.. macam ni rupanya mentaliti Orang kerajaan kelantan?? Tunnggu musibah yang akan sampai
ReplyDeleteDan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat) nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga).
ReplyDeletebabi pung tak gila macam ni
Tak sabar nak komen drp TITM ttg kehadiran Awie yg diketahui pemilik kelab malam. Pas skrg dah jadi parti serbaboleh. Penasihat boleh rock bole hiburan bole asal ada Islam. Jahanam sejak ketiadaan ALLAHYARHAM TGNA. Anaknya pun apa komen ya kalau ayahanda masih hidup.
ReplyDeleteBetul la kata Awie sikepala samseng taik kucing kurap nih. Yang dia nampak dan setuju dan sesuai dengan dia hanya bab SYIAR aka LAMBANG je yang berkaitan Islam tapi kalau bab SYARIAT mampus si Awie hamlau tak setuju pasal MASAK dia pasal dia tu tokey kelab malam pusat maksiat kat Ipoh hari tu. Tak pulak aku dengar tua kutuk Si Harusani berbunyi.. keh keh.
ReplyDelete