Monday, 10 July 2017
INIKAH KUALITI PEMUDA UMNO?
Disebabkan terlalu takut Najib Razak kalah pilihanraya dan hilang kuasa atau mungkin ingin menebus sikapnya yang banyak berdiam diri kebelakangan ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dengan tiba-tiba saja mencadangkan agar Tun Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang bersara daripada kehidupan berpolitik.
Kononnya kata beliau, ketiga-tiga pemimpin berkenaanlah yang menyebabkan keadaan politik negara penuh dengan permusuhan, kebencian dan hasutan.
Apakah KJ sebenarnya buta mata dan gelap hati?
Antara Tun Mahathir dan Najib, siapakah yang paling banyak berjasa dan siapa yang sedang merosakkan negara?
Antara Tun Mahathir dengan Tun Abdullah Badawi, siapakah paling banyak membaca dan kerap tidur daripada jaga?
Jika bapa mertuanya, Tun Abdullah Badawi tidak dirosakkan oleh "budak-budak tingkat 4" dan Najib pula tidak terlibat dengan skandal 1MDB yang kemudian dalam akaunnya ada wang beribu-ribu juta, apakah Tun Mahathir perlu keluar daripada dunia persaraannya?
Tidakkah kiranya Tun Mahathir tidak bangkit dan tidak melakukan seperti apa yang dilakukannya sekarang, keadaan negara mungkin lebih rosak dan binasa?
Bukankah Tun Mahathir sebenarnya sedang melakukan sesuatu yang betul dan ingin menyelamatkan negara?
Jadi, siapa yang sepatutnya bersara?
Apakah dengan meminta Tun Mahathir bersara, KJ bukan saja lebih takut Najib kehilangan kuasa, sambil dalam masa yang sama ingin melampiaskan dendam yang mewakili jiwa bapa mertuanya?
Berkenaan dengan Anwar, masihkah KJ ingat, siapakah orangnya yang sanggup menyusup masuk ke rumah bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk menghantar passport sebaik beliau dibebaskan daripada penjara?
Dulu bukan main rajin hantar passport, kenapa sekarang mahu didesak bersara?
Kalau Lim Kit Siang dikata selalu menghasut antara Melayu dengan Cina, siapakah pemimpin yang pernah mengecam tsunami Cina dan bertanya, "apa lagi Cina mahu?"
Apakah masyarakat Cina tidak boleh memilih haluan politik sendiri berdasarkan citarasa mereka sebagai warganegara yang sah dan jika tidak tidak mengundi BN seolah-olah mereka melakukan dosa yang besar?
Pernahkah Kit Siang berbuat seperti itu?
Oleh itu, antara Najib dan Kit Siang, siapa sebenarnya yang menghasut kebencian antara Melayu dengan Cina?
Di ketika yang sama, ampuan dan bodekan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun terhadap Najib sejak dapat jawatan Senator ini lebih menggelikan hati.
Konon katanya, Najib adalah negarawan sebenar dalam negara ini.
Cuba cakap betul-betul - Najib seorang negarawan atau Najib penyebab negara hilang banyak wang?
Ketua dan naib lebih kurang sama saja.
Inikah kualiti pemimpin muda yang kita ada untuk masa depan negara? (ShahbudinHusin 10/07/2017)
Posted by Shahbudin Husin at 04:29

ingat kisah hang nadim
ReplyDeleteitulah amno suka pengikut yang boddo
ada cerdik sikit mesti dipancung
cilako amano ni