Saturday, July 15, 2017

Zalim: Ada juga manusia lelaki yang dah tua macam ni?

Wanita ini baru dapat anak di usia 60 tahun, tetapi ditinggalkan suami yang tak tahan dengar suara tangisan bayi
3:50 PM
SERBIA - Seorang wanita ditinggalkan suaminya selepas 20 tahun cuba mengandung, apabila dia akhirnya disahkan mengandung pada usia 60 tahun, lapor Daily Mail. 

Lelaki berkenaan mengubah fikirannya apabila mendengar suara tangisan bayinya di wad bersalin dan memberitahu isterinya bahawa dia terlalu tua untuk berdepan dengan situasi kelahiran baru itu. 

Serif Nokic, 68, mengambil keputusan untuk meninggalkan isterinya pada hari pertama bayi mereka tiba di Novi Pazar, daerah Raska, barat Serbia. 
Serif memaklumkan kepada isterinya, Atifa Ljajic, tangisan bayi perempuan mereka yang baru lahir itu akan menyebabkan dia terjaga sepanajng malam. 

Apabila ditanya tentang tindakannya meninggalkan Atifa yang baru mendapat anak sulungnya itu, Serif berkata, "Dia dah dapat apa yang dia mahu. Sekarang dia gembira," katanya. 

Kata Serif lagi, jika dia tinggal bersama dengan bayinya itu akan menyebabkan kesihatannya terjejas. 

Atifa juga mempunyai masalah kesihatan, termasuk tekanan darah tinggi, namun dia menegaskan dia sudah bersedia untuk membesarkan Alina seorang diri. 

"Pokoknya, saya seorang lelaki yang sakit. Saya berusia 68 tahun, pesakit diabetes dan mempunyai hati yang lemah. Jadi bukan mudah untuk tidur sepanjang malam dan mendengar suara tangisan bayi. 

Atifa sebelum ini ditahan di wad hospital selama tiga bulan kerana dianggap sebagai kehamilan berisiko tinggi berikutan usianya. Namun, Atifa selamat melahirkan bayinya, Alina. 
Serif mendakwa dia bersetuju dengan idea untuk mendapatkan anak itu, walaupun pada mulanya dia menentang kehamilan tersebut. Tetapi ketika Atifa mendukung Alina buat kali pertama di tangannya, Serif memutuskan untuk meninggalkan keluarga barunya. 

Alina juga tidak akan mempunyai nama terakhir kenada Serif enggan mendaftarkannya sebagai anak perempuannya. 
 
Atifa yang bekerja di kilang tekstil berkata, dia akan menyara bayinya bersendirian walaupun dia hanya mempunyai sedikit wang. 

Atifa merupakan sepupu kepada Rasim Ljajic, Menteri Perdagangan dan Timbalan Perdana Menteri Serbia, namun berkata dia tidak mempunyai saudara mara yang dapat membantunya. 

"Walau apa pun terjadi, sama ada Serif kekal atau pergi, saya tetap akan membesarkan Alina dengan cara yang terbaik yang saya mampu agar dia menjadi manusia yang berguna. Saya akan hidup untuk membesarkan dia. 

"Saya tahu ini bukan perkara mudah tetapi saya percaya ada insan yang baik akan membantu saya nanti. 
Atifa yang bakal menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-60, hampir saja berputus asa untuk mempunyai zuriat sendiri, sebelum dimaklumkan oleh doktor bahawa dia bakal menimang cahaya matanya sendiri selepas menjalani rawatan kesuburan. 

Impian Atifa untuk mempunyai zuriatnya sendiri akhirnya berjaya apabila dia selamat melahirkan bayi perempuannya. 

"Saya tahu ianya agak berisiko pada usia tua saya ini. Tetapi impian mempunyai anak sendiri ini adalah harapan yang saya mahukan dalam hidup saya. 

"Saya tidak takut dengan hidup saya sama sekali, Tuhan berikan semangat dan keberanian. Saya tak pernah rasa lebih baik dari ini," katanya. - sumber

1 comment:

  1. Boleh juga dia mengandung dan melahirkan bayi pada usia lanjut. Agak-agaknya sekarang ini, bolehkah isteri MO#1 mengandung macam itu? Kalau boleh, macam manalah agaknya bentuk fizikal tubuhnya.

    ReplyDelete