Saturday, July 15, 2017

Budak ni gonglah......takkan Anwar dok dalam jel nak jadi PM?

Nak sibuk rumahtangga orang tu, tengoklah juga dalam kelambu sendiri dulu, dipenuhi nyamuk atau pijat?

Bercelaru struktur rasa ok lagi.......tapi kalau bercelaru otak memang masalah. Pemimpin A kata gini, pemimpin B kata gitu. Persetujuan mesyuarat pun senang-senang ditolak. Takker haghu?

PAS nak lantik perdana menteri macam mana? Najib dah ada. Kan korang semua dah jadi ngam UMNO/BN?

Nak tanding 111 kerusi parlimen. Woo......besaunya angan! Nak bertanding berapa banyak pun takkan masalah kalau dah ada duit deposit. Tapi kita sama tengok nanti berapa kerusi yang menang 

Struktur pimpinan Pakatan Harapan celaru
15 JULAI 2017
Muhammad Khalil (tengah) bersama Khairil (kiri) dan Ahmad Fadhli ketika majlis Hi-Tea dan dialog.

AMPANG - Pemuda Pas menyifatkan struktur kepimpinan Pakatan Harapan yang baharu sebagai masih bercelaru.

Ketua Dewan Pemudanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, beliau tidak pasti apa yang cuba dilakukan Pakatan Harapan.

"Saya melihat Pakatan Harapan masih bercelaru. Sebelum ini mereka mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, kemudian Tun Dr Mahathir Mohamad pula," katanya dalam Majlis Hi-Tea dan Dialog, dekat sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Naib Ketua Pemuda, Ahmad Fadhli Shaari dan Timbalan Ketua Pemuda, Ir Khairil Nizam.

Tambah Khalil, apa yang penting tumpuan Pas adalah untuk membina kekuatan kami tersendiri dan bukannya sibuk melantik siapa akan menjadi perdana menteri.

"Pas mementingkan ciri-ciri dan kriteria yang perlu dipatuhi sekiranya individu itu hendak dilantik bagi menerajui negara. Kami meletakkan kepimpinan itu adalah Islam, Melayu dan adil.

"Inilah ciri-ciri kriteria utama bagi kami. Siapa pun dia, itu tidak penting...yang penting ciri-ciri ini ada," katanya.

Sebelum ini, Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju menerima struktur kepimpinan Pakatan Harapan yang baharu iaitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum. Pengerusi pula adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.

Manakala, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu adalah timbalan presiden. Sementara itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chieng Jen dan Salahuddin Ayub menjadi naib presiden.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam berkata, Pas dalam gagasan sejahtera akan memfokuskan kepada negeri dan pusat selain akan bertanding lebih daripada 40 kerusi parlimen.

"Jangan terkejut jika kami bertanding lebih dari 111 kerusi parlimen. InsyaALLAH kami yakin dan percaya kekuatan kami seperti yang dibentangkan sebelum ini dan kami bersiap untuk bertanding lebih dari majoriti kerusi parlimen yang ada dalam negara," katanya. - 

* Kalau gini memang MSO ketinggalan kapallahKepimpinan HARAPAN yang sempurna dan mantap

6 comments:

  1. Anak pasu bunga pun nak komen? Rugi bagi undi pasu bunga. Letak je tepi dan depan rumah.

    ReplyDelete
  2. Like father like son, bapak kencing berdiri, anak kencing berlari... TQ Ancient Mariner

    ReplyDelete
  3. Tepat sekali tuan.. MSO jauhhhhhh tertinggal kapal bila buat ulasan 'lambat' tu..
    Kriteria2 PM yg PAS dambakan itu salah satunya.. rupa paras.. corak, warna.. dan sebagainya yg berkait rapat dgn pasu bunga!
    Ada hati nak bertanding lg dlm pru14.. udah2 le, puak2 PAS ni memang dah tidak layak..

    ReplyDelete
  4. Who , that really matters, cares about Pas anymore?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS today is totally useless, nowhere in Malaysian hearts and not even entitled to be kept in archive, but the only place suitable for PAS is send the party to any dumping ground. PAS can be considered as rubbish just littering in our politic.

      Delete
  5. Lepas ini kalau nama Mahathir pulak jadi PM, apa masalah nya ? Yang penting mereka berdua berkerjasama dan sama tujuan.

    ReplyDelete