Friday, July 14, 2017

Umur dah tua.......ingatkan tibai juta-juta?

Inspektor dihukum penjara, denda
Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
Syed Othman diiring pegawai SPRM ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani, hari ini. - Foto Omar Osman

PEGAWAI polis, Inspektor Syed Othman Konchong, 54, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Sungai Petani, hari ini, selepas didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima rasuah daripada seorang kontraktor enam tahun lalu.

Tertuduh yang berpakaian kemeja dan seluar jeans hitam kelihatan tenang sebaik Hakim Mohammad Khalid Ab Karim menjatuhkan hukuman dua tahun penjara dan denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan serta enam bulan penjara jika gagal bayar di mana hukuman itu dijalankan secara berasingan.

Tertuduh menghadapi satu tuduhan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) untuk bersetuju menerima suapan RM1,700 daripada Fauzanudin Arafadin sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap pekerja warga asing yang tidak memiliki permit bekerja dengan kontraktor terbabit.

Syed Othman yang ketika itu bertugas di Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan juga menghadapi dua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 (Akta 694) kerana meminta suapan RM2,000 daripada Fauzanudin dan menerima rasuah RM1,700 daripada Fauzanudin melalui Sarjan Hamid Abd Saad, 57, bagi sebab yang sama,

Jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama iaitu dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, A Hafiizh Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam Nurliyana Mohd Radzi.

Hukuman penjara bagaimanapun ditangguhkan selepas pihak pembelaan ingin memfailkan rayuan manakala denda perlu dijelaskan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Julai 2017 @ 6:58 PM

2 comments:

  1. Bila pegawai rendah sabit rasuah dan amaun tak banyak mana pun terus dihukum dan dipenjara. PM dan kroni boleh sapu berbillion tp tak didakwa pun. Buka mata kamu semua. Tgk sendiri ketidakadilan ini. HARAPAN akan ubah semua ini, insyaAllah

    ReplyDelete
  2. Bayangkan jika nilai rasuah sebanyak RM2.6 bilion dan dihukum dengan 5 kali nilai suapan, maka jumlah denda perlu dibayar adalah RM13 bilion! Itu kalau RM2.6 bilion, kalau lebih lagi...macam mana? Patutlah satu mangkuk ayun itu beria-ia benar tidak mahu mendakwanya di mahkamah, boleh mereput dalam penjara dan muflis pula tu...Baik dia tibai beberapa juta, ada juga faedahnya...agak akulah.

    ReplyDelete