Mana DAP di tiga kedudukan teratas?
mk Hari ini, 2:18 tengahari
Seorang menteri Umno telah mempersoalkan ketiadaan wakil DAP dalam tiga kedudukan teratas dalam barisan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak membangkitkan isu itu dalam satu catatan blog hari ini.
"Kenapa DAP tidak memegang salah satu jawatan tertinggi, sedangkan DAP mempunyai bilangan ahli Parlimen terbanyak dalam Pakatan ini?
"Apakah DAP dipinggirkan atau ini disengajakan supaya pakatan ini dilihat sebagai didominasi oleh orang Melayu?" soalnya.
Dalam barisan yang diumumkan lewat tengah malam tadi, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai pemimpin umum, sementara Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pengerusinya.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi presiden HARAPAN. Bagi DAP, Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng akan menjadi timbalan presiden HARAPAN, manakala naib presiden DAP dari Sarawak, Chong Chieng Jen, dinamakan naib presiden HARAPAN.
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, bagaimanapun, tidak ada dalam barisan kepimpinan itu.
Salleh, yang juga bendahari Umno, kemudian bertanya siapakah di antara tiga pemimpin tertinggi itu, mempunyai kuasa eksekutif dan kata putus terakhir dalam membuat keputusan untuk gabungan tersebut.
Dalam sidang akhbar untuk mengumumkan barisan kepimpinannya, HARAPAN juga mengumumkan logonya dan mengumumkan rancangannya dalam 100 hari pertama selepas mengambil alih Putrajaya, yang termasuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan menstabilkan harga petrol.
"Daripada terus berjanji, adalah baik bagi pakatan pembangkang ini menamakan dahulu perdana menteri pilihan mereka. Pelik rasanya apabila ditanya hal ini oleh pemberita, pengerusinya menjawab: kita isytiharkan PM kelapan dahulu. PM ketujuh kita tentukan kemudian.
"Dengan barisan kepimpinan pakatan pembangkang yang sebegini, bolehkah kita memberi kepercayaan kepada mereka untuk menerajui negara? Tentunya tidak kerana masa depan negara bukanlah untuk diperjudikan," tulas Salleh.
Beliau menambah bahawa gabungan parti pembangkang itu tidak sama dengan BN, yang telah teruji kerjasama antara kaumnya dan sikap tolak ansur pemimpinnya tanpa mengabaikan prinsip-prinsip parti.
Takut dan gelabah: Kritikan Salleh Keruak bukti Umno ‘ketakutan’, kata Syed Saddiq
Jawapan untuk Said: Mahathir akan tentukan hala tuju HARAPAN, kata BERSATU

Lupa nak tanya mana duit 1MDB hilang, mana perginya janji2 bila GST dilaksanakan harga barang akan turun? Itu lebih penting pada rakyat semua bukan siapa yang ada dalam kelompok pemimpin tertinggi HARAPAN kerana dalam BN siapa yang mengawalnya dan hanya menjilat 2 laki bini sahaja.
ReplyDeleteOrang tua pun Umno sudah takut.
ReplyDeletePemuda jadi Pondan.
Menteri jadi Maknyah.
PM jadi Pondan Maknyah.
Aaaauuuuuwwwwww.... Tak kuasa mak nyyaaaahh!
Mulanya tak mahu juga layan bila hal saleh ni. Macam buang masa saja..
ReplyDeleteDia tak ada kerja lain ke asyik jaga parti pimpinan Tun. Parti umno yg hampir telungkup, apa hal. Pada saleh ni, kalau takut sangat pada parti harapan, resign saja la. Lagipun bukan ada buat apa2 pun jadi menteri. kalau setakat hentam tun, dan bodek najib, sesiapapun boleh. Tak perlu jadi menteri. Jangan la marah kalau nanti orang kata menteri umno bodoh..
Said x marah pun...
DeleteSaid memea Bodoh..
Ini bukti teramat jelas bahawa UMNO adalah pelopor terunggul menjadi batu api antara kaum di Malaysia dulu kini dan selamanya. Dengan memecah belahkan keutuhan antara kaum sajalah, UMNO boleh terus menyamun wang rakyat, lagi mahu percaya kepada UMNO ka?
ReplyDelete