Kenyataan Dr Mahathir ‘melucukan’, kata Salleh
Menteri berkata kenyataan Dr Mahathir sama seperti menghina mahkamah.
KUALA LUMPUR: Kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan secara tidak adil dalam kes liwat dan keputusan mahkamah dipengaruhi kerajaan mengejutkan dan melucukan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Minister Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pada dasarnya Dr Mahathir mendakwa Anwar menjadi mangsa badan kehakiman yang korup dan hakim tidak jujur.
Menurut Salleh, itu pun sama seperti menghina mahkamah dan menyatakan demikian dalam temubual media di United Kingdom tidak lain percubaan untuk memburuk-burukkan imej negara.
“Justeru, menjadi tanggungjawab Dr Mahathir untuk membuktikan apa yang beliau dakwa dan membuktikan beliau benar-benar dan ikhlas percaya bahawa Anwar adalah mangsa konspirasi politik dengan meminta maaf kepada Anwar atas segala kenyataan yang dibuat dan perlakukannya terhadap Anwar sejak 1998.
“Tidak ada gunanya mendakwa Anwar disabitkan kesalahan atas jenayah yang tidak pernah dilakukannya tetapi tidak berbuat apa-apa dengan sekurang-kurangnya memohon maaf,” kata Salleh menerusi posting dalam laman blog beliau hari ini.
Beliau mengulas artikel mengenai temubual Dr Mahathir dalam akhbar Britain The Guardian pada Khamis.
Salleh berkata kegagalan meminta maaf akan membuktikan apa yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak katakan mengenai kebimbangan Dr Mahathir terhadap Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang sedang menyiasat kerugian pertukaran asing berjumlah RM30 bilion yang dialami Bank Negara”.
Menurut Salleh, kebimbangan utama Dr Mahathir ialah Anwar akan memberi keterangan terhadapnya dan bahawa kebenaran membabitkan kerugian RM30 bilion akan didedahkan.
“Oleh itu, ini semata-mata langkah oleh Mahathir untuk menyenangkan hati Anwar dan tidak dibuat dengan ikhlas,” kata Salleh.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun kerana kesalahan liwat dan dihukum penjara pada Februari 2015. Dia pertama kali dipenjarakan kerana kesalahan rasuah dan liwat pada 1998.
* Mahathir mahu menebus kesilapan lampau?
* Mahathir mahu menebus kesilapan lampau?
No comments:
Post a Comment