Saturday, July 15, 2017

Laa......ini dah terlebih cerdiklah pulak!

TAHNIAH BUAT MB KELANTAN. DARI RM150 JUTA KEPADA RM 5 JUTA SETAHUN ATAU RM5 SEEKAR HASIL DAGANGAN KARBON
Bermakna - RM 5 se ekar setahun! Cukup makan ke?

Dato Anuar Tan ketika berucap di Sidang Dun Belanjawan pada akhir tahun 2016 menyebut,  Kelantan akan menerima  RM 150 juta setahun hasil perdagangan karbon.

RM 25 se tiap kredit karbon dan se tiap hektar akan diperolehi 20 kredit. RM 500 se tiap hektar.

Sidang berakhir semalam, Dato Anuar Tan menyebut, bermula 2018 dan 2019, Kelantan akan menerima RM 5 juta setahun atas sejuta ekar hutan yang diluluskan itu.

Ia menjunam menjadi RM 5 se ekar setahun! (5j bahagi 1 juta ekar).
Jika pembahagian 55:45 dipakai, CP akan memperolehi RM 4 juta lebih sedikit.

Andaikan mereka bahagi sama rata antara empat orang pemegang saham, mereka memperolehi RM 1 juta se orang!

Kerajaan Kelantan pula, mendapat RM 5 se ekar!
Tahniah!

(Artikel penuh InsyaAllah dimuatkan besok)

YB Dato Husam Musa
9:15pm
13 Julai 2017/19 Syawal 1438

* Baca pula di sini

3 comments:

  1. RM5.00 saja seekar setahun? Pergi kutip pucuk paku dan jual di pasar kalau seluas 360 kaki persegi itu pun sudah boleh menjana pendapatan RM5.00 sehari mungkin lebih, jika seekar jumlah pendapatan sehari RM605.00 dan jika kutipan dibuat sehari dalam setiap minggu maka pendapatan tahunan adalah RM31,460.00. Itu kiraan untuk seekar, bukan sejuta ekar. Apa la punya bingai Anuar Tan ni, matematik kat sekolah dulu kantoi ke???

    ReplyDelete
  2. Takziah Pas Kelantan. RM5 nak beli nasi berlauk dengan air sirap kena minta Najib belanja setiap pagi ler!

    ReplyDelete
  3. Kalau rakyat Kelantan kena bayar cukai tanah RM30-RM85 seekar, bagaimana pula sebuah syarikat 'BESAR' hanya bayar pada kerajaan Kelantan hanya RM5 sahaja? Lebih menguntungkan jika tanah-tanah itu diagihkan kepada rakyat yang membawa pulangan RM30juta setahun. Macam mana seorang exco boleh menerima penggiraan yang tidak menguntungkan kerajaan negeri? Yang lagi pelik, exco sendiri gagal memberikan alamat pejabat syarikat dan hanya mampu tertipu dengan alamat pendaftaran syarikat. Syarikat yang nak menguruskan 1 juta ekar tanah hanya ada alamat tapi tak miliki pejabat.

    ReplyDelete