Saturday, July 15, 2017

Kalau dah dengki dan bodoh tu........terserlah dalam masa sekejap jer!

Pemimpin PAS kaitkan huruf A logo HARAPAN dengan roket DAP

NAIB Presiden Pas, Iskandar Samad dalam salah satu kiriman di halaman Facebook miliknya cuba mengaitkan imej segitiga dalam logo Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan imej roket dalam logo DAP.

Dalam kiriman itu, Iskandar mendakwa Logo itu berbentuk tulisan "HARAPAN" tetapi dengan salah satu huruf A mirip bentuk roket. 
Dakwanya, umum mengetahui logo DAP adalah roket, maka dengan memasukkan roket dalam logo gabungan itu seolah-olah satu isyarat bahawa DAP akan menjadi parti dominan.

Beliau turut mengirimkan satu pautan artikel bertajuk "Logo Pakatan Harapan sahkan siapa parti dominan,".

Tidak dapat dipastikan logik apakah yang menjadi rujukan pemimpin PAS ini sampaikan imej segitiga seakan huruf A dalam logo Pakatan Harapan pun boleh disamakan dengan logo roket DAP.

Rasanya lebih masuk akal jika logo HARAPAN dikaitkan dengan AMANAH kerana terdapat perkataan PAN selepas imej seakan segitiga itu.

Sebelum ini cybertrooper Umno mengaitkan imej segitiga dalam logo Pakatan Harapan dengan "hidung" Tun Mahathir yang dilantik menjadi pengerusi gabungan itu.
Dakwa mereka itu bukti bahawa Tun Mahathir dan parti Bersatu akan mendominasi Pakatan Harapan.- sumber

Samalah dengan yang ini: Yang ko dok kepoh hal orang ni, apa yang ko nak atau memang ko dah gerlabah dan takut?

3 comments:

  1. Memang sahih rumus ini;
    tipu + samun = UMNO
    dengki + bodoh = PAS
    PAS dan UMNO memang serasi sedondon bersama.

    ReplyDelete
  2. Otak Pas dah sama fikrah dengan Umno. Assobiyyah assobiyyah assobiyah...
    Perkauman perkauman perkauman...
    Rasisme rasisme rasisme...

    Huruf T, A, H, I jadi modal Umno dan Pas. Kasihan...

    ReplyDelete
  3. Kalau dia kata segi tiga itu menyerupai logo AMANAH kan lebih logik.... dulu aku amat meminati dia ni....

    ReplyDelete