Dr M hina sistem kehakiman, buat pusingan ‘U’ lagi, kata Azalina
Azalina menyifatkan kes Anwar sebagai 'peribadi' dan tidak timbul persoalan beliau menjadi mangsa dendam politik.
PETALING JAYA: Seorang menteri hari ini menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru sebagai satu lagi “pusingan U”, sambil berkata bekas timbalan perdana menteri itu sudah melalui semua proses sistem keadilan di negara ini.
“Tindakan Tun Mahathir yang kerap kali membuat pusingan U juga menunjukkan sikap sebenar pembangkang yang sanggup menggadai prinsip hanya kerana mahu memenuhi kepentingan peribadi,” kata Azalina, menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab urusan kehakiman.
Azalina mempersoalkan Dr Mahathir yang “lupa” Anwar disingkirkan ketika zaman pemerintahan beliau pada 1998, sambil menyifatkan tuduhannya terdapat campurtangan dalam kes liwat melibatkan Anwar sebagai mempersoalkan sistem kehakiman.
“Ini juga merupakan satu penghinaan kepada perundangan dan sistem demokrasi negara,” katanya.
Dr Mahathir yang kini mempengerusikan PPBM baru-baru ini dipetik akhbar Britain, The Guardian sebagai berkata Anwar “mangsa dendam politik”, sambil membayangkan kerajaan Pakatan Harapan boleh meyakinkan Yang di-Pertuan Agong dapat memberikan pengampunan untuk membebaskannya.
“Keputusan mahkamah jelas dipengaruhi pemerintah dan saya fikir kerajaan akan datang boleh meyakinkan Agong untuk mengampunkan Anwar.
“Jika begitu beliau boleh melibatkan diri dalam politik dan menjadi perdana menteri. Saya tidak akan menolaknya,” kata Dr Mahathir.
Pada September 1998, Dr Mahathir memecat Anwar, yang ketika itu timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, atas tuduhan salah laku moral.
Anwar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kemudian didakwa atas salah laku kuasa dan seks, sebelum beliau dipenjarakan selama 6 tahun. Pada 2015, Anwar dihukum penjara sekali lagi selepas disabit tuduhan meliwat bekas pembantunya.
Azalina berkata Anwar kini menjalani hukuman penjara atas “kes peribadi”.
“Justeru tidak timbul persoalan Anwar Ibrahim merupakan mangsa dendam politik seperti yang didakwa,” kata Azalina.
“Anwar Ibrahim telah melalui semua proses yang dibenarkan dibawah undang-undang untuk mempertahankan diri beliau termasuk telah mengemukakan rayuan kepada Lembaga Pengampunan.”
Kaitan: Dr M: Bebaskan Anwar dan benarkan dia bertanding
Kaitan: Dr M: Bebaskan Anwar dan benarkan dia bertanding
Sama ada ENCIK Azalina ini bebal atau keliru atau cuba mengelirukan umum. Benar seperti dikatanya itu, bahawa Anwar telah melalui semua proses perundangan, tetapi dengan fakta yang direkayasa oleh kumpulan pendakwa dan pasukan penyiasat serta ada kemungkinan berlakunya unsur rasuah. Segala bahan bukti, laporan doktor serta beberapa perkara lain telah diolah digubah dicemari dan sebab itulah keputusan telah diatur menjuruskan kepada sabit bersalah. Jika Saiful mengatakan dia diliwat secara tanpa kerelaan, kenapa berkali-kali perkara itu berlaku? Agaknya jika menteri betina ini dirogol berkali-kali berbeza tarikh dan tempat dalam masa 3 bulan misalnya hanya oleh seorang lelaki tua, tanpa diikat atau diberi dadah malahan dalam tempoh 3 bulan itu betina ini bebas ke mana-mana tanpa sekatan, adakah betina ini boleh menuduh dia telah dirogol tanpa kerelaan? Tanpa usaha melawan dan cuba melarikan diri pula tu? Bukankah dia sepatutnya dibicara atas tuduhan berzina? Jika didakwa kerana berzina, sepatutnya kedua-dua pasangan itu perlu dibicara sebagai tertuduh. Sama seperti kes Saifol itu, jika telah berkali-kali dia diliwat seperti diberitahunya dalam mahkamah, dimanakah kewajarannya untuk mengklasikasikan sebagai diliwat tanpa kerelaan? Mengapa pula Saiful berada di pihak pendakwa sedangkan sepatutnya dia perlu dibicarakan sebagai pihak yang tertuduh juga? Terdapat banyak sekali kejanggalan untuk mengatakan keadilan telah dilaksanakan semasa perbicaraan itu, tetapi hakikatnya, kes itu sepatutnya dibuang oleh mahkamah dari awal lagi. Akhir sekali perlu aku tegaskan di sini bahawa tuduhan dan semua laporan dan bahan bukti adalah palsu belaka disolek cantik oleh barisan pendakwa dan hakim yang tidak memegang prinsip 'trial without fear or favour'. Aku tetap percaya penuh yakin bahawa Anwar tidak melakukan seperti pertuduhan sama ada kes 1 juga kes 2 dan natijahnya Anwar teraniaya dizalimi!
ReplyDeleteTerbaek..
Delete