Anthony Loke jawab semua fitnah tentang isu ROS dan DAP
Pada 11 Julai 2017
KUALA LUMPUR, 11 JUL: Sehingga jam 5 petang semalam, DAP masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung arahan untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, surat rasmi itu masih belum diterima meskipun kenyataan media telah dikeluarkan agensi berkenaan sejak Jumaat lepas.
Ekoran itu, katanya, propagandis Barisan Nasional (BN) telah menggunakan kesempatan itu untuk “memutarbelitkan fakta, menyebarkan fitnah dan mengulangi pembohongan” untuk mengelirukan rakyat kononnya DAP tidak mematuhi arahan ROS.
“Salah satu fitnah yang paling jahat ialah kononnya tindakan ROS untuk mengarahkan pemilihan semula CEC akan menguntungkan Lim Guan Eng dan sebagai Setiausaha Agung DAP, beliau ialah ‘main beneficiary’ hasil daripada keputusan ROS untuk tidak mengiktiraf CEC yang dipilih pada 29 September 2013.
“Mereka mendakwa kononnya ini akan membenarkan Guan Eng untuk terus melanjutkan tempoh jawatan Setiausaha Agung DAP kerana tidak perlu terikat dengan had tiga penggal untuk jawatan Setiausaha Agung yang termaktub dalam Perlembagaan DAP,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun, katanya yang juga Ahli Parlimen Seremban, pendirian Guan Eng dan pemimpin tertinggi adalah jelas bahawa jawatan CEC yang dipilih pada 29 September 2013 harus diterima dan diiktiraf ROS.
“Sekiranya Guan Eng ingin mengambil kesempatan daripada arahan ROS ini, maka sudah tentu beliau akan terus mengarahkan pemilihan semula dijalankan serta merta seperti yang diminta oleh ROS. Namun, keputusan mesyuarat CEC pada 8 Julai 2017 adalah sebaliknya,” ujar Anthony lagi.
Malah, propagandis BN turut menyebarkan fitnah kononnya pemilihan semula CEC yang dilakukan pada 29 September 2013 tidak mematuhi syarat yang diarahkan ROS serta melanggar Perlembagaan parti.
“Perlu ditegaskan bahawa pemilihan semula CEC dalam Kongres Khas DAP pada 29 September 2013 adalah berpandukan sepenuhnya kepada peraturan-peraturan yang termaktub dalam Perlembagaan DAP.
“Fakta ini tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak termasuk ROS sendiri!” tegasnya.
Anthony menambah, sepanjang empat tahun sejak pemilihan semua CEC diadakan, ROS tidak pernah menghantar sebarang notis bertulis kepada DAP mengenai kesalahan atau arahan yang didakwa mereka kononnya tidak dipatuhi oleh parti.
“Sehingga hari ini, kami tidak tahu apakah “kesalahan” yang telah kami lakukan,” katanya. – sumber

No comments:
Post a Comment