Sunday, July 16, 2017

Ingatkan keadaan macam ni di Kelantan jer!

* Cuma agak lucu bila depa menyalahkan orang luar. Kat kampung (bukan bandar) depa, siapa orang luar?

Bau busuk sepanjang jalan
WARTAWAN SINAR HARIAN 14 JULAI 2017
Penduduk menunjukkan sampah yang dilonggok dan dibuang di sepanjang jalan kampung mereka.

PENDANG - Penduduk Kampung Belukar, Pendang terpaksa menghidu bau busuk sampah sarap yang dilongok di sepanjang laluan kampung mereka oleh pihak luar yang tidak bertanggungjawab.

Penduduk, Mohd Salim Umat, 34, berkata, laluan tersebut adalah laluan utama penduduk untuk ke kedai, sekolah dan sebagainya.

Menurutnya, penduduk yang lalu jalan ni terpaksa tutup hidung kerana bau sampah yang busuk.

"Bukan sahaja bau yang meloyakan tetapi sampah sepanjang jalan sejauh 500 meter turut mencacatkan pemandangan,” katanya ketika ditemui di lokasi pembuangan sampah, semalam.

Katanya, penduduk malu bila orang luar kampung datang dan  mesti akan berkata penduduk yang membuang sampah.

Turut mengakui masalah yang sama, Ahmad Udin Nik Ahmad, 73, berkata, pihaknya tidak boleh membuat sebarang aduan kerana tanah yang menjadi tapak pembuangan sampah itu adalah milik persendirian.

Berhampiran jalan tersebut, katanya lagi, terdapat tanah perkuburan Cina yang sentiasa di penuhi waris yang datang melawat.

“Malu juga bila bangsa lain mai lalu kampung kami lihat keadaan ini. Mesti depa ada pandangan buruk terhadap masyarakat Melayu yang beragama Islam kerana tidak tahu menjaga kebersihan,” katanya.

Katanya, pihak penduduk kampung sangat berharap mereka yang tidak bertanggungjawab menghentikan kegiatan ini.

“Kasihanilah kami dengan penduduk kampung yang terpaksa berdepan dengan masalah bau busuk ini.

“Tambahan pula sekarang musim hujan dan penduduk kampung terpaksa berdepan masalah ini pula sedangkan bukan kami yang lakukan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :
Ditangkap buang sampah

TAIPING - Jabatan Kebersihan dan Kesihatan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) kini giat mengadakan operasi melalui satu unit khas penyamaran bagi mengesan pihak membuang sampah haram di beberapa kawasan di daerah ini.

1 comment:

  1. Im constructive it gained't acquire you incredibly lengthy
    in almost any regard to construct up various articles materials in the element.

    ReplyDelete