Saturday, July 8, 2017

Dah jadi 'Darul Pil Kuda' pulakkah?

Tujuh ditahan positif pil kuda
WARTAWAN SINAR HARIAN  - 7 JULAI 2017
Yaacob (depan, kanan) bersama dua daripada tujuh individu yang ditahan dalam Operasi Cegah Dadah, kelmarin.

BUKIT BUNGA - Tujuh individu ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Tanah Merah dalam Operasi Cegah Dadah, di sini, kelmarin.

Ketua pegawainya, Yaacob Mohd Daud berkata, kesemua ditahan dalam operasi bermula jam 12 tengah malam dan berakhir jam 4 pagi di beberapa lokasi di Jeli serta Tanah Merah.

Katanya, antara lokasi terlibat Bukit Bunga, Batu Gajah, Bukit Durian, Lubuk Agor, Chat  Rimau dan Kusial.

"Kesemua ditahan berusia lingkungan 20 hingga 45 tahun. Lima ditahan didapati positif dadah jenis pil kuda manakala dua lagi melanggar syarat iaitu mengambil semula dadah ketika dalam tempoh pengawasan," katanya kepada media selepas operasi berkenaan.

Menurutnya, dua yang didapati melanggar syarat orang kena pengawasan (OKP) dikenakan hukuman di bawah Seksyen 6(2)(d) kerana mengambil semula dadah dan ujian urin disahkan positif ketika dalam tempoh pengawasan.

"Kedua-duanya akan dihantar ke Penjara Machang," katanya.

Tambah Yaacob, lima lagi akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 iaitu menjalani rawatan dan pemulihan secara sukarela di Pusat Pemulihan, Jagaan dan Rawatan (CCRC) dan akan dihantar ke CCRC Jeli.

"Kes disiasat Pegawai Penyiasat, Basri Masho dan pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa AADK, Mohd Juned Hassan Helmi," katanya.

No comments:

Post a Comment